Monday, July 27, 2009

Hari Terbuka Pas Besout 3

26 Julai- Sempena Ihtifal Pasti Kawasan Tg. Malim 2009, Pas Cawangan Besout 3 buat julung-julung kalinya telah menganjurkan hari terbuka Pas. Program yang bermula dengan Ihtifal Pasti pada sebelah pagi hingga tengah hari dan diakhiri dengan jamuan makan malam serta ceramah pada malamnya.

Serentak dengan berlangsungnya Ihtifal Pasti, pasukan bola sepak 7 sebelah berentap di padang yang terletak bersebelahan Dewan Besar Felda Besout 3, yang menjadi tempat berlangsungnya Hari Terbuka Pas ini.

Semua pimpinan Pas Kawasan, Pemuda, Muslimat dan Nisa' turut memeriahkan majlis ini. Kelihatan Niza' Tg Malim tidak melepaskan peluang membuka gerai bagi menambah dana mereka. Menurut seorang petugas Nisa' yang ditemui berkata, program begini amat menggalakkan masyarakat untuk hadir dan terlibat serta lebih mengenali dan memahami Pas secara lebih dekat lagi.

Sebelah malamnya, para hadirin dihiburkan dengan Nasyid yang disampaikan oleh Pemuda-pemuda Besout sambil menikmati hidangan makan malam.

Ceramah dimulakan dengan aluan pembukaan disampaikan oleh AF Tn Hj Aminuddin Zulkipli, Ketua Pemuda Pas Tg Malim, diikuti pula oleh AF Ustaz Mohd Tarmizi Ab Rahman, YDP Pas Tg Malim dan ditutup oleh penceramah jemputan iaitu Sdr Salman bin salleh. Naib Ketua Pemuda Pas Perak.

Majlis berakhir kira-kira jam 11.40 malam dengan laungan takbir sebanyak 3 kali..



Antara Pimpinan sedang nebikmati sarapan

Ayahanda Imam Kholili dan AF Ustaz Mohd Shafie

Tn Hj Napiah sedang menyampaikan hadiah kepada murid Pasti


Ust Nik, Sdr Syukri dan Imam Kholili sedang bertukar-tukar pandangan


Beberapa lagi gambar menarik boleh dilayari di http://dpptmalim.blogspot.com/

Wednesday, July 15, 2009

Pas Menang Di Manik Urai


Syukur, Pas telah berjaya memenangi PRK DUN Manik Urai. Ini membuktikan Pas masih diterima dan akan terus bersedia sebagai 'Galang Ganti' pemerintahan negara pada pilihanraya umum ke 13 nanti.


Walaupun kemenangan yang agak tipis dan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Pas, tetapi ahli Pas perlu memahami bahawa perlunya bekerja lebih gigih untuk menawan hati rakyat bagi menerima Islam yang dibawa oleh Pas.


Tahniah juga kepada petugas-petugas Pas terutama dari Tg. Malim, Sdr Junaidin, Pak Imam Kholili, Sdr Zulkifli Che Nas dan ramai lagi yang tidak semapt disenaraikan di sini.


Akhirnya, bersyukurlah dengan kemenangan ini, dan bermuhasabahlah terhadap apa-apa yang menggagalkan kita. Insyaallah, isyarat kemenangan semakin hampir. Teruskan Perjuangan..

Monday, July 13, 2009

Pemuda Mesti Sedia Memimpin Perubahan

Pemuda mesti bersedia memimpin perubahan kerana semua melihat Pas akan menerajui kepimpinan negara dalam jangka waktu yang terdekat. Pas yang membawa imej golongan yang mentaati Perintah Allah lebih diyakini dan dipercayai oleh kawan dan lawan.

Demikianlah ucapan Ketua Pemuda pas, Tn Hj Aminuddin Zulkipli dalam satu majlis Rehlah yang diadakan di Felda Besout 3. Majlis tersebut diadakan pada hari Jumaat (10 Julai 2009) yang lalu yang turut dihadiri oleh YDP Pas Tg Malim, AF Ustaz Mohd Tarmizi Abd Rahman serta beberapa pimpinan Pas Kawasan.

Majlis yang diadakan secara santai menyaksikan sambutan daripada pemuda-pemuda yang begitu meyakini Pas hadir beramai-ramai walaupun mereka masih belum menyertai mana-mana parti politik. Sebanyak 30 borang ahli baru juga diserahkan untuk diproses pada malam tersebut.

Suasana sambutan yang begitu bermakna kepada Pas memberi isyarat yang jelas bahawa Pas akan dapat menakluki DUN Slim pada pilihanraya akan datang, sama ada pilihanraya kecil, pilihanraya DUN Perak ataupun pilihanraya umum.

Gambar suasana menarik dapat dilihat di http://dpptmalim.blogspot.com

Friday, July 10, 2009

Rehlah Pemuda Pas Tg Malim

Rehlah Dewan Pemuda Pas Tg Malim akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Felda Besout 03 (Rumah Tn Hj Napiah Tokoromo
Acara :
1) Membakar ayam
2) makan Durian
3) Ramah mesra

Semua dijemput hadir memeriahkan majlis tersebut pada malam ini. Kehadiran tuan-tuan amat dialu-alukan.

Thursday, July 2, 2009

Mantan Setiausaha Pas Cawangan Besout Meninggal Dunia

Pas Kawasan dimaklumkan, Mantan kepada Setiausaha Pas Cawangan Besout 2, Sdr Sarip Hj Mahmud telah kembali ke Rahmatullah hari ini.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Felda Besout 2 selepas Solat Asar.

Pas Kawasan Tg. Malim mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham.
Semoga Ruhnya dicucuri Rahmat..

Nizar yakin DUN Perak bubar sebelum pilihan raya

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan situasi semasa yang menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi ‘politik tegang’ yang melanda negeri tersebut. Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan berlaku lagi kekecohan sidang DUN Perak yang akhirnya menyebabkan BN terpaksa memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil di negeri tersebut. “Mahu tidak mahu dalam keadaan ini,


Perak terpaksa mengadakan sidang DUN dalam masa terdekat bagi meluluskan belanjawan 2010, saya percaya akan berlaku situasi kekecohan yang seperti mana sebelum ini. “Atas alasan tersebut saya menyatakan keyakinan penuh bahawa DUN Perak akhirnya terpaksa dibubarkan untuk mengelak situasi ini tidak berulang,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi beberapa blog di internet yang mendakwa tindakan membubarkan DUN terpaksa diambil memandangkan beberapa ADUN BN dikatakan akan berpaling tadah dan bertindak menyokong Pakatan Rakyat (PR).


Mengulas lanjut, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan beliau tidak mengetahui spekulasi tersebut namun mengaku ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai perkara itu. “Saya tidak boleh mengesahkan perkara ini betul atau tidak, tetapi perkara ini sudah lama dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu namun saya menolak dakwaan mengatakan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu ada datang memohon maaf, berjumpa biasa adalah,” katanya. Bagaimanapun Nizar mengakui bahawa terdapat pemimpin BN yang menyatakan sokongan penuh supaya pembubaran DUN Perak terpaksa diadakan bagi menyelamatkan parti tersebut.


“Saya sempat berjumpa beberapa ahli parlimen daripada BN, mereka tidak menafikan krisis yang melanda Perak merugikan perjuangan parti itu di seluruh negara, ekoran itu mereka juga menyatakan sokongan kepada pembubaran DUN, tetapi mereka tidak boleh menyuarakan pendapat tersebut atas kapasiti parti,” katanya.