Thursday, December 24, 2009

UMNO JANGAN POLITIKKAN MASJID

6 Muharram 1431

Saya ingin merujuk kepada isu yang ditimbulkan oleh ADUN Slim River berkenaan Pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid Seluruh Negeri Perak. Saya adalah merupakan salah seorang bekas AJK Kariah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam suatu masa dahulu. Setahu saya Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid adalah dilantik berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998. Mengikut undang-undang hanya 3 pihak iaitu Pegawai Tadbir Agama, Penghulu dengan Orang Besar Jajahan sahaja yang mempunyai kuasa bagi mencadangkan kepada Majlis senarai nama ahli Jawatankuasa Kariah. Amatlah menghairankan bagaimana ada pihak mempertikaikan cadangan ketiga-tiga pihak dengan membandingkannya senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar.

Adalah amat biadab bagi seorang wakil rakyat yang mewakili parti pemerintah membuat tuduhan melulu terhadap seorang Ketua Jabatan yang dilantik oleh kerajaan yang memerintah. Apakah menjadi kesalahan bagi Pengarah Jabatan Agama Islam Perak menyenaraikan ahli parti pembangkang dalam AJK Kariah Masjid. Apakah hanya ahli UMNO sahaja yang layak menjadi AJK Kariah Masjid??? Pengalaman saya dalam menggangotai AJK Kariah Masjid, saya dapati kebanyakan orang UMNO hanya berminat berebut jawatan berbanding menjalankan amanah sebagai pengimarah masjid. Sebahagian daripada mereka beria-ia hendak merampas jawatan tersebut dengan tujuan untuk membatalkan kuliah-kuliah pengajian di masjid-masjid.

Kriteria pelantikan seharusnya hanya berdasarkan kepada penentuan Allah seperti yang disebutkan dalam Surah At-Taubah ayat 18 iaitu mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka tidak takut kecuali kepada Allah. Alangkah baiknya jika pendekatan campuran berbagai golongan di dalam AJK Kariah Masjid dilaksanakan sebagaimana usaha yang telah cuba dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Jika tidaklah kerana sikap UMNO yang suka mempolitikkan masjid dan surau, pasti Negeri Perak sudah mempunyai pentadbir masjid yang terbaik yang mampu mengimarahkan rumah Allah bertepatan dengan kehendak Allah.

Bekas,
Ahli Jawatankuasa Kariah,
Negeri Perak Darul Ridzuan

Copy-Paste dari Cina Islam

AJK MASJID: UMNO TIDAK LAYAK JAGA MASJID

Kenyataan Media (21 Disember 2009)

(DEWAN PEMUDA PAS PERAK)



AJK MASJID: UMNO TIDAK LAYAK JAGA MASJID

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah pendedahan yang telah dilakukan oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang ditimbulkan olehnya baru-baru ini.

Dengan pendedahan Dato’ Khusairi tersebut jelas bahawa UMNO telah menyusun perlantikan AJK Masjid yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk) awal bulan Ogos tahun ini.

UMNO jelas telah menjadikan Masjid sebagai medan politik dengan meletakkan proksi-proksinya sebagai AJK tanpa melihat kelayakan sebagai AJK Masjid dan telah menderhakai titah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak supaya Masjid yang sepatutnya menjadi alat penyatuan dan bukannya perpecahan.

Usaha UMNO ini jelas untuk menganjurkan perpecahan di dalam Masjid kerana isu perlantikan AJK Masjid jelas mencampuri bidang kuasa Agama Islam yang Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak sebagai ketuanya.

DPPN Pk dengan ini membantah perlantikan AJK Masjid yang bersifat kepartian dan mendesak supaya perlantikan ini dikaji semula. DPPN Pk meminta supaya sistem perlantikan AJK Masjid ini diserahkan kepada kariah atau jamaah yang menentukan siapakah yang layak mentadbirnya.












SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, December 15, 2009

PASTI AKAN DIBUKA DI KG RASAU SLIM VILLAGE.

atu kemajuaan Pas Kg Rasau akan membuka PASTI di Kg Rasau,dimana setelah sekian lama Pas bertapak di Kg Rasau.Insyallah Pasti ini akan dibuka pada thn 2010 nanti. Pendaftaran boleh dibuat melalui Ketua Cawangan,Timb,Ketua Pemuda cwg atau datang terus ke Markas Pas Kg Rasau.

Maklumat lanjut, layari http://paskgrasau.blogspot.com/

Tuesday, December 8, 2009

Tak Nampak Atau Buat-Buat Tak Nampak

Pelik tapi benar. Jika banner Pas belum pun sempat 12 jam dipasang pasti akan hilang (dipercayai dibuang oleh MDTM). Tetapi bangkai anjing ini telah seminggu ditempat yang sama. Tiada siapa yang peduli. Persoalannya ialah dimanakan MDTM yang bertanggung jawab untuk membersihkan kawasan tersebut??? Mengapa jadi seperti ini??? Adakah kerana mereka jijik untuk membuang bangkai tersebut ataupun kerja-kerja pembersihan telahpun diswastakan. Jika sudah diswastakan, sepatutnya pihak majlis perlu juga memantau keadaan sekitar.


Ya mungkin betul salah pihak kami kerana menggantung banner tanpa permit majlis, namun perkara yang sama (kejadian buang banner) tidak pula berlaku pada banner UMNO sedangkan mereka juga tidak mempunyai permit menggantung banner.


Mungkinkah pihak Majlis tak nampak ataupun buat-buat tak nampak???


Oh mungkin pihak majlis jijik untuk membuang banner tersebut kerana banner UMNO tersebut setaraf dengan bangkai anjing yang mati dilanggar (mungkin la, kalau tak takkan dorang biarkan je). Mana tidaknya jika anjing haram, Umno pula mengamalkan politik haram, Sidang haram, speaker haram dan MB ….


Kepada MDTM, sudah-sudahla politik pilih kasih kalian tu. Bawak-bawak la buat kerja dengan adil. Kami tak kisah jika banner kami dirampas tapi berlaku adil lah kepada kami. Mengapa orang lain boleh pasang Banner tanpa gangguan tapi kami tidak…. Lagi satu pi la tolong buang bangkai anjing tu dah tak lalu nak tengok.


Muhasabah Buat Pimpinan

Hayati kisah benar ini….

Ketika kami mahu pulang daripada kenduri seorang pimpinan Pas cawangan, Pak Imam telah bertanya kepada tuan rumah,

Yang lain (pimpinan) tak datang ke?”

Menyampuk salah seorang rakan (jiran) yang ada bersama kami,

Tak datang pun. Lain kali tak payah jemputlah, kalau jemput pun bukan pernah datang, haha (ketawa) Gurau ja.”

Apa yang kita dapati daripada perbualan ini?

Mungkin itu hanyalah gurauan tetapi itulah sebenarnya luahan hati ahli bawahan yang disampaikan secara spontan kepada kami. Mungkin dirasakan terlalu kasar beliau telah meng’cover’ dengan menyatakan bahawa itu hanyalah satu gurauan. Dan saya yang berada disitu berasa terlalu pedih dengan kata-kata tersebut dan menginsafi segala kekurangan yang ada pada kami. Pak Imam yang mewakili kawasan terdiam tak berkata apa-apa.

Komen Pak Imam dalam perjalanan pulang, “orang melayu ni bukan susah nak ambik hati dia, orang jemput kenduri kita pi, tolong bacakan doa, kalau kematian kita jengok, kalau ada masalah kita bersama mereka walaupun tak dapat membantu. Lama-lama depa hormat kita. Baru orang nak undi. Jangan nanti dah bubar Dun baru kita nak jengok orang ramai. Masa tu kita jadi macam orang tak malu. Orang tak jemput kenduri pun kita pi. Orang pun dah tau datang sebab nak suruh undi. Mana orang nak undi”

Pak imam turut menceritakan kisah seorang calon di Kedah sana yang datang ke rumah kakaknya untuk meraih undi dan dijawab oleh kakaknya apabila memberitahu dia adalah calon di kawasan tersebut.

ooo macam tu ka, hang ni adik aku tapi pasai apa baru la ni hang nak mai rumah aku.”

Ya mungkin pimpinan kita kini tak ada yang sampai jadi seperti itu, tetapi tuan-tuan harus ingat, masih ramai lagi anak-anak buah anda di cawangan-cawangan yang masih tidak mengenali anda. Bagaimana mereka ingin memenangkan anda sedangkan anda hanya menjengok mereka di saat hampir bubar Dun, sama seperti yang di lakukan oleh orang-orang di seberang Sana.

Jangan berikan alasan kesibukan membuatkan anda tidak dapat meluangkan masa bersama ahli bawahan kerana bukan alasan yang mereka inginkan. Jika tak mampu memegang amanah mengapa anda harus menawarkan diri untuk dicalonkan. Ubahlah sikap demi Islam dan ubahlah sikap demi parti yang cuba memperjuangkan Islam.

Tulisan ini di buat kerana kami hormat pada Pimpinan kami dan tak mahu fitnah menimpa pada agama dan parti yang kami sayangi.

(Copy and Paste dari www.usmad05.blogspot.com)

BN Tiru Pakatan Rakyat – Ustaz Khalil

Manusia memang diciptakan untuk berpolitik, Firman Allah ‘Aku jadikan manusia di atas muka bumi sebagai Khalifah’ dan tugas Khalifah adalah mentadbir. Mentadbir tu berpolitiklah.” Petikan ucapan pembukaan oleh Al-Fadhil Ustaz Tarmizi Abdul Rahman ketika berucap di dalam majlis Ceramah Isu Semasa yang diadakan di Kampung Kuala Slim. Beliau menegaskan setiap orang islam wajib berpolitik dan perlu berpolitik cara Rasullullah bukannya secara asobiyyah.


Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Chan Ming Kai, Adun Simpang Pulai dan YB Ustaz Khalil Idham Lim Bin Abdullah Adun Titi Serong merangkap Ketua Penerangan Pas Perak.


YB Chan Ming Kai yang segak dengan berbaju melayu dan bersongkok menarik perhatian hadirin dengan ucapan penuh bersemangat diselangi dengan hujah-hujah ayat al-Quran sehingga di gelar pengerusi Majlis dengan gelaran Ustaz Chan Ming Kai. Alang-alang penceramah pastinya kalah dengan anak muda lepasan Jurusan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini.


Ustaz Khalil pula mendedahkan beberapa perkara yang dicedok oleh UMNO daripada pentadbiran Pakatan Rakyat yang lalu yang mana mereka ini seperti sedang bertungkus lumus menjilat kotoran yang dimuntahkan ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak. Diantara perkara tersebut adalah, peruntukan kepada portfolio Hal ehwal bukan islam yang menjadi antara serangan kepada isu Pas tunggangan DAP. Jika PR

hanya menyediakan RM1juta tetapi BN cuba tunjuk lagak dengan menambah peruntukan kepada RM4juta.


Begitu juga dengan peruntukan kepada SUWA (sekolah aliran cina), jika Pakatan Rakyat memberikan 1000ekar tanah kepada SUWA dan 1000 ekar tanah lagi kepada SAR, UMNO cuba tunjuk baik dengan memperuntukkan RM300,000 kepada setiap SUWA malah mengeluarkan pendahuluan sebanyak RM100,000 tetapi mereka cuba menganaktirikan SAR dengan tiada sebarang peruntukan kepada SAR. Sedangkan mereka lupa isu pemberian tanah kepada SUWA itulah yang mereka jerit-jeritkan sehingga lupa kepada sejarah yang UMNO telah memberikan berkali-kali ganda tanah kepada tauke-tauke cina. Semua ini mereka lakukan hanya untuk menarik kembali sokongan orang cina kepada mereka.

Majlis Khitan Meriah

Satu majlis berkhitan beramai-ramai telah dilakukan di Kampung Kuala Slim yang mana majlis perasmiannya telah di sempurnakan oleh Pengarah Hospital Slim River. Program yang dianjurkan oleh AMAL dengan kerjasama Hospital Slim River berjaya mengumpulkan lebih 30 orang kanak-kanak dalam program tersebut.

Turut kelihatan dalam majlis tersebut adalah Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Hj Abdul Salam, Setiausaha Pas Kawasan, Ketua Muslimat dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan.

Dalam perkembangan yang sama Pas cawangan Kampung Rasau dan Pas cawangan Berop turut akan mengadakan program yang sama di cawangan masing-masing.

Dan diharapkan pada masa akan datang satu program khitan dapat dilakukan atas nama PAS Kawasan Tanjung Malim.

Timbalan Yang Di Pertua Pas turut kelihatan meraikan anak-anak ini

Para peserta bergambar beramai-ramai