Thursday, January 28, 2010

Lawatan Jabatan Amal Negeri Ke Rasau


Sdr Zamarul Aini Menyampaikan Sumbangan


Sempat Posing Macam kat ...


Meninjau Kawasan Kebakaran


Tn Hj Aminuddin Turut Menyambut Rombongan Amal Negeri

Tuesday, January 26, 2010

Gotong-royong Bersihkan Kawasan Kebakaran



















Monday, January 25, 2010

Rumah Ibu Ketua Unit Amal Terbakar

Kampung Rasau – Satu kebakaran melibatkan rumah ibu kepada Pengerusi Unit Amal Tanjung Malim, Sdr Azmi bin Abu Bakar telah dimaklumkan berlaku kira-kira jam 11 malam, 22 Januari lalu.



Dalam kejadian tersebut, rumah mangsa hangus yang dikatakan berpunca dari bahagian bilik tidur telah mengakibatkan kerugian kira-kira RM15,000.00. Menurut Sdr Azmi, semua barang-barang di dalam rumah tersebut hangus terbakar, terutamanya pakaian dan perabut. Selain itu, alatan elektrik juga turut musnah.



Semasa kejadian, Sdr Azmi bertugas di Ceramah Pakatan Rakyat, manakala ibunya tiada di rumah.



Pihak bomba telah melakukan siasatan dan kemungkinan besar kebakaran berpunca daripada lilin yang dipasang oleh Hussin (adik Sdr Azmi) yang difahamkan menghidapi masalah Autisme.



Pimpinan Pas kawasan telah menziarahi kebakaran pada malam tersebut, terdiri daripada Ketua Peneranag, Imam Kholili, Ketua Pemuda, Tn Hj Aminuddin dan beberapa pimpinan yang lain. Keesokannya, Setiausaha dan Naib Ketua Dewan Pemuda Tg Malim turut menziarahi kebakaran tersebut.



Dewan Pemuda Pas melancarkan derma bagi membantu mangsa. Derma boleh disumbangkan terus kepada Dewan Pemuda Pas Tg Malim di talian 019-4551536 (SUK) atau berhubung terus dengan Sdr Azmi di talian 019-4936710.


Monday, January 18, 2010

DPPN Perak Menziarahi Pemuda Tanjong Malim


Program Exco DPPN Perak menziarahi kawasan-kawasan yang diatur telah berjaya dilaksanakan oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Perak. Sekalung tahniah atas komitmen dan keperihatinan menziarahi kawasan-kawasan serta mengambil tahu permasalahan di peringkat kawasan. Selain itu, ianya juga dilihat sebagai wadah pengukuhkan lagi ukhuwah antara pimpinan negeri dan kawasan.


Dewan Pemuda Pas Tg Malim merakamkan terima kasih khusus kepada Sdr Salman bin Salleh serta rombongan iaitu Sdr Safarizal dan Sdr Hafiz kerana sudi meluangkan masa mendengar dan berdialog bersama DPP Tg Malim.


Pengisian program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Naib Ketua Pemuda yang mewakili Ketua Pemuda, Tn Hj Aminuddin Zulkipli kerana menghadiri Mesyuarat Perhubungan Negeri di Ipoh. Pengisian disambung pula dengan pembentangan laporan DPP Tg Malim yang dibentangkan oleh Sdr SUK DPP Tg Malim.


Dalam sesi dialog, ketiga-tiga Exco yang hadir mengambil bahagian menjawab serta memberi penerangan sebaik mungkin kepada para peserta. Ucapan penutup disudahi oleh Naib Ketua Pemuda Pas Negeri.


Sebelum berakhir, Sdr Salman telah melancarkan kutipan RM 1 untuk tabung Unit Amal kawasan Tg Malim.


Majlis bersurai kira-kira jam 12.30 tengah hari.


Lagi gambar di http://dpptmalim.blogspot.com


Friday, January 15, 2010

Himpunan Pemuda Pas Perak 2010

Friday, January 8, 2010

Doa dan Harapan DS Nizar Cepat Sembuh

Pas kawasan Tg Malim mengucapkan takziah dan mendoakan DS Nizar Jamaludin yang terlibat dalam kemalangan semalan cepat sembuh. Kami mendoakan semoga Dato` Seri Ir. Haji Mohammad Nizar dilimpahkan kesihatan dan kekuatan yang jitu dari Allah S.W.T. Harapan juga agar keluarga Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar dan seluruh rakyat dapat bersabar dalam ujian dan ketentuan dari Allah S.W.T ini .

Thursday, January 7, 2010

Kereta terbalik, Dato' Seri Nizar cedera

Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.

Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau hilang kawalan kereta Toyota Camry yang dipandunya ketika cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang itu.

Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital. - Bernama

Mesyuarat Pas Kawasan

Akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari : Selasa
Tarikh : 12 Januari 2010
Masa : Mula Maghrib Berjamaah
Tempat : Markas Tarbiyyah Pas, Espek Serigala

Semua AJK dan Ketua Cawangan Wajib Hadir.

Monday, January 4, 2010

Hadiah BN Untuk Rakyat

Jom countdown kenaikan harga RM0.20 sekilo gula bermula 12 tengah malam ini. Hadiah BN sempena tahun baru.”


Tepat jam 12 tengah malam, 1 Januari 2010 disaat orang ramai dimabukkan dengan pertunjukan bunga api di merata tempat dan laungan ucapan Selamat Tahun Baru, sedar tidak sedar rakyat Malaysia telah dibebankan sekali lagi dengan kenaikan harga barang. Kali ini harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.


Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.


Kerajaan Malaysia turut berbesar hati untuk menghadiahkan rakyat Malaysia dengan kenaikan harga roti putih ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan juga berkuatkuasa 1 Januari lalu.


Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.


Kenaikan ini pasti sedikit sebanyak akan membebankan rakyat golongan bawahan dan peringkat pertengahan. Apa tidaknya, dengan kenaikan ini pastinya akan menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain terutama produk yang melibatkan penggunaan kedua-dua barangan pengguna ini.

About Me

PT 2576, Bandar Baru Slim, 35800 Slim River - email: pastanjungmalim@gmail.com

Kalendar

Al Asr..

Pas Kawasan Tanjung Malim ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO