Saturday, May 29, 2010

Ijtimak Bulanan Pas

Pas Kawasan Tanjung Malim dengan hormatnya menjemput tuan/puan ke majlis:

Ijtimak Bulanan Pas Kawasan Tanjung Malim

Tarikh :
29 Mei 2010


Hari :
Sabtu


Masa :
Bermula dengan Solat Maghrib


Tempat :
Markas Pas Berop, Taman Bernam, Tg Malim


Pembentang :
Ust Zubir Embong

Sebarkan dan ajaklah semua masyarakat menghadiri Ijtimak ini...

Wednesday, May 19, 2010

ADUN Slim Tidak Menghiraukan Masalah Banjir Di Pekan Trolak

Banjir kerap berlaku di Pekan Trolak. Terbaru berlaku lagi banjir di Kampung Trolak Lama pada 16.05.2010 yang lalu. Sebanyak 8 buah rumah penduduk telah mengalami banjir yang agak teruk. 5 buah rumah keluarga Melayu dan 3 buah rumah keluarga India.


Air sungai di belakang rumah telah memasuki rumah penduduk berkenaan pada waktu Mahgrib dan mulai surut pada jam hampri 12.00 tengah malam. Kerja-kerja pembersihan rumah telah dilakukan oleh Ahli Unit Amal Kawasan Tanjong Malim sehingga jam 3.00 pagi.


Banjir sering melanda di Kampung Trolak Lama tersebut berikutan daripada air hujan yang banyak serta peparitan yang tidak diselanggara dengan baik oleh KTMB adalah punca kejadian tersebut.


Banjir juga kerap melanda penduduk tersebut dan sehingga ini tiada usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi mengatasi masalah ini, walaupun ianya telah dilaporkan kepada ADUN SLIM iaitu Dato Khusairi. Apa yang sangat dikesali adalah tiada kerjasama dari penduduk setempat (Kampung Trolak Pekan) dan Ketua Kampung iaitu Ishak Tahir yang hanya datang 'menjenguk' dan tidak ada apa-apa tindakan susulan yang diambil. 2 daripada keluarga tersebut telah membuat permohonan sebelum ini bagi mendapatkan penempatan yang lain dan permohonan mereka telah ditolak dengan alasan telah memiliki rumah sendiri.

Sehubungan dengan itu, juga PAS Cawangan Trolak memohon dan merayu kepada sesiapa yang sudi membantu penduduk yang terlibat dengan banjir ini agar dapat menyalurkan bantuan derma kewangan, bagi meringankan beban kerosakan barangan akibat kejadian tersebut. Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada Ketua Pas Cawangan Pekan Trolak iaitu Ustaz Mohd Shafie bin Hamid.

Tuesday, May 18, 2010

Aedes Yang Digempur Umno Yang Ketakutan

Tahniah kepada Pas Kampung Rasau yang istiqamah melaksanakan program sehingga membuatkan Umno cawangan begitu fobia apabila mendengar akan ada program yang akan dilaksanakan di kampong tersebut. Mana tidaknya program-program tersebut sentiasa didatangi pimpinan-pimpinan negeri.

Terbaru, Program Gotong-royong Hapuskan Tempat Pembiakan Aedes sekali lagi menggemparkan mereka sehingga Umno cawangan terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar seolah-olah Surau Gapis mahu mengadakan Program Gotong-royong Hapuskan Tempat Pembiakan Umno. Malah mesyuarat tersebut terpaksa meluluskan sejumlah wang untuk kerja-kerja memotong rumput di sepanjang kiri kanan jalan. Pelik tapi benar. Itulah Umno yang dibangga-banggakan. Takut tak bertempat. Entah apa objektifnya mengupah orang untuk menebas rumput di tepi jalan.


Hendak meggagalkan program Surau Gapis, program masih berjalan seperti yang dirancang, malah para peserta gotong-royong dilihat gembira hadir ke program yang diadakan selama 2 hari itu. Malah program turut dihadiri pengarah Amal Perak bersama ahli lembaga pengarahnya. Hendak dikatakan mahu turut sama bergotong-royong, mengapa tidak dilakukan pada hari yang sama malah melaksanakan pada hari berkerja. Peserta pula dibayar upah??? Ohh kenapa terlalu bercelaru pemikiran dorang ni…. Ahh terlupa pula, mana ada orang Umno yang mahu bekerja jika tidak di bayar…


“Kami bukan sekadar membersihkan perkarangan rumah penduduk kampong, tetapi turut membeli barangan lusuh seperti tin, besi, plastik dan sebagainya. Malah ada dikalangan penduduk yang mendapat lebih seratus ringgit dengan hanya menjual barang-barang lusuh yang selama ini terbiar di perkarangan rumah.” Kata seorang Ajk program, Manap Azim.


“Makcik tak sangka dengan menjual barangan yang terbuang ni boleh dapat seratus ringgit. Dulu makcik pernah jual selori hanya dapat lapan ringgit.” Kata seorang penduduk kampong.


Apa-apa pun tahniah kepada Ajk Surau Gapis dan Pas Cawangan Kampong Rasau yang telah berjaya menjalankan program seperti ini sehingga ramai yang meminta program seperti ini dilaksanakan lagi…




Monday, May 17, 2010

Parlimen Sibu Dimenangi DAP


Tahniah. Pakatan Rakyat terus mendapat tempat dihati rakyat Malaysia..

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, May 14, 2010

Ashaari Muhammad Meninggal Dunia

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Bernama memetik seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein bahawa jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.

Katanya, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.

"Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan," kata Marzuki kepada Bernama selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di Ipoh.

Marzuki berkata rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.

Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan pada kira-kira 5.30 petang tadi.

Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut.

Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber: Malaysiakini

Satu Lagi Judi 'HALAL' Di Malaysia

Dalam kekalutan ummat hari ini yang bobrok dengan masalah sosial yang pelbagai, kini ditambah dengan satu jenis lagi punca masalah sosial yang telah dilarang oleh Allah SWT dan digolongkan dalam dosa-dosa besar.

Apapun alasannya, judi tetap haram, walaupun ianya dihalalkan oleh pemerintah hari ini. Semalam, Kerajaan telah meluluskan pertaruhan atau JUDI Piala Dunia 2010 dan diberi Lesen kepada kumpulan BERJAYA. Apakah alasan untuk mengawal judi haram berleluasa, maka di'halal'kannya.

Taubatlah saudaraku...takutlah akan neraka Allah yang membakar dimana bahan bakarnya adalah terdiri daripada Jin dan Manusia.

Berikut kenyataan yang dipetik daripada BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Bernama

p/s :- Buka minda, tanya iman, dimanakah kita..bersama mereka yang zalim atau mengikuti jalan yang ditunjuki oleh Rasulullah SAW

Sumber: ibnuibrahim.blogspot.com

Wednesday, May 12, 2010

Lawatan Lajnah Perpaduan Nasional Ke Kelantan

Sekalung tahniah diucapkan kepada Lajnah ini kerana telah berjaya memenuhkan 2 buah bas dengan 80 orang penumpang yang 80 peratus daripadanya adalah ahli Dewan Penyokong Pas Kawasan Tg Malim. Lawatan ini telah diadakan pada 30 April hingga 2 Mei yang lalu.

Apa yang menariknya, sebelum berlakunya lawatan ini, terdapat ahli rombongan yang diugut oleh Ketua UMNO (salah satu cawangan di Kawasan Tg Malim) untuk tidak diberi rumah sekiranya menyertai rombongan ini. Terdapat juga seorang ahli JKKK yang turut serta dan meluahkan perasaan sekiranya dipecat pun, beliau lebih rela daripada mengikut ugutan-ugutan jahat dan tidak bertamadun ini.

Ahli rombongan telah dibawa melawat rumah Menteri Besar Kelantan, YAB TG Nik Abdul Aziz dan Masjid Pulau Melaka. Peserta juga diberi taklimat daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di kediaman rasmi MB, JKR 10.

Secara kebetulan, sewaktu mengikuti rombongan, rumah salah seorang ahli rombongan yang tinggal di Pekan Trolak telah dinaiki air. Tindakan pantas Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, AF Ustaz Mohd Shafie memaklumkan perkara itu, telah menghasilkan satu kutipan kilat sejumlah kira-kira RM500.00 berjaya dikumpul dan diserahkan kepada mangsa tersebut. Beliau amat terharu dengan keperihatinan tersebut sambil mengucapkan terima kasih, kelihatan berlinangan air mata...menceritakan perasaannya.

Rombongan selama 3 hari 2 malam ini juga turut disertai oleh beberapa pimpinan kawasan yang lain, iaitu AF Imam Kholili (Ketua Penerangan), Ust Hashim (Urusan Ulama'), Mejar (B) Ahmad Shahabudin (AJK), Ust Nik Abdul Hadi (Naib YDP) dan 2 orang pimpinan Muslimat kawasan.

Lawatan ini meninggalkan banyak kesan dan kenangan kepada semua yang menyertai, lebih-lebih lagi kepada Chandra (Setiausasa Dewan Penyokong Pas) yang memaklumkan bahawa beliau telah tidak minum bir dan kurang merokok sejak balik dari rombongan kerana mengamalkan minum air yang didoakan oleh TG Nik Aziz..

Usaha dan doa dipanjatkan kehadrat Allah SWT, dan Hidayah adalah milik-Nya..Wallahua'lam.





Peneroka Sebagai Tuan Tanah

Lajnah Peneroka Pas Kawasan Tg malim akan menganjurkan satu sesi penerangan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 14 Mei 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Felda Besout 01
Penceramah : Tn Hj Abdul Salam
Tajuk : Peneroka Sebagai Tuan Tanah

Semua Peneroka dijemput hadir.

Monday, May 10, 2010

Kemeriahan Sukan Pasti 2010

Tn Hj Aminuddin sedang menyampaikan ucapan perasmian


Kelihatan Tn Hj Kadri dan Tn Hj Aminuddin sebelum majlis perasmian


Tn Imam Kholili sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang guru pasti


Tahniah adik..lawan tetap lawan

Tahniah..

Tahniah yer, mesti jadi pejuang Islam yang hebat nanti..

Hj Kadri turut meyampaikan hadiah kepada pemenang

Mesyuarat AJK Kali Pertama Sesi 2010-2011

Akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 10 Mei 2010
Hari : Selasa
Masa : 9.00 malam

Semua AJK Wajib hadir

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, May 5, 2010

Petua Cepatkan Kemenangan Perjuangan Islam


Sebelum nabi diangkat menjadi Rasul, telah berlaku satu peristiwa banjir besar yang menyebabkan Hajarul Aswad terjatuh dari tempatnya. Akibatnya, puak Musyrikin Quraisy hampir berbunuhan kerana berebut untuk meletakkan Hajarul Aswad itu.

Penulis yakin ramai yang mengetahui dan pernah mendengar peristiwa ini, namun apa yang cuba disampaikan oleh AF Ustaz Abu Bakar Husin dalam ucapannya sewaktu Muktamar Pemuda Pas Perak pada 2 Mei 2010 yang bertempat di Markas Tarbiyyah Air Kuning adalah untuk mengimbau Sirah supaya sidang muktamirin menghayati 5 prinsip yang perlu diambil iktibar melalui peristiwa tersebut. Prinsip-prinsip tersebut diulaskan oleh beliau ialah:

1. Integriti. Ini dibuktikan dengan keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada Nabi SAW sebagai orang yang paling layak untuk menyelesaikan kes berkenaan kerana Akhlak nabi yang diketahui sebagai yang terbaik.

2. Kreatif. Ini dibuktikan oleh baginda SAW apabila dalam situasi genting begitu, baginda dapat menyelesaikan konflik dengan cepat, tepat dan adil. Sebagai pemimpin, sifat kreatif ini perlu ada supaya setiap permasalahan yang datang dihadapi dengan penuh hikmah.

3. Siqah. Terbukti apabila Nabi diminta menyelesaikan masalah tersebut, nabi bersedia memberi khidmat tanpa banyak alasan.

4. Politik boleh di mana-mana sahaja, hatta di masjid. Peristiwa ini menjadi bukti bahawa Nabi SAW berpolitik di Masjidil Haram.

5. Pejuang Islam mesti menjadi "Mughayyir" atau pengubah kepada masyarakat melalui pembentukan peribadi mulia setiap individu, terutama ahli gerakan Islam yang membolehkan masyarakat menaruh keyakinan kepada kepimpinan yang dibawa.

Akhirnya, beliau menegaskan secara berseloroh, sekiranya mahu cepat mencapai kemenangan, pemuda boleh mempunyai lebih dari satu isteri, yang mana seorang isteri untuk menguruskan rumah, manakala seorang lagi boleh membantu kerja-kerja parti. Takbir bergema oleh sidang muktamirin sebagai menyambut cabaran PJ Pas Perak itu.. Wallahua'lam.

Sukan Pasti 2010

Kemalangan Melibatkan Setiausaha Amal Tg Malim


Pas Kawasan Tg Malim mengucapkan takziah atas kejadian yang menimpa Setiausaha Amal Tg Malim, Sdr Hisyamudin kerana terlibat dalam kemalangan berhampiran Politeknik Sultan Azlan Shah pada 3 Mei yang lalu.

Dalam kejadian tersebut, dimaklumkan Sdr Hisyamudin mengalami cedera ringan, tetapi kenderaan yang dinaiki beliau remuk di bahagian belakang dan tepi.

Menurutnya lagi, sewaktu kejadian, beliau sedang memandu berseorangan apabila tiba-tiba sebuah lori yang pancit tayarnya telah gagal dikawal dan merempuh keretanya. Alhamdulillah, hanya terkena di bahagian sisi belakang.


Dalam kejadian itu juga, sebuah kereta Proton Waja yang berada di belakang kereta hisyamudin remuk di bahagian hadapan menyebabkan mangsa yang memandu kereta itu terperosok ke bawah stereng. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untu mengeluarkan mangsa.

Buat keluarga Sdr Hisyamudin, semoga terus tabah menghadapi dugaan ini..

Sunday, May 2, 2010

Kenangan Bertugas di SKC - PRK Hulu Selangor



About Me

PT 2576, Bandar Baru Slim, 35800 Slim River - email: pastanjungmalim@gmail.com

Kalendar

Al Asr..

Pas Kawasan Tanjung Malim ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO