Monday, July 26, 2010

Ceramah-ceramah Umum Kawasan Tg Malim

Tarikh : 2 Ogos 2010
Masa : 9.30 malam
Tempat : Kg Kuala Slim

Penceramah
1. Sdr Salahuddin Ayub
2. Ustaz Misbahul Munir Masduki


Tarikh : 7 Ogos 2010
Masa : 9.30 malam
Tempat : Besout 04

Penceramah
YB Nasir Zakaria


Tarikh: 8 Ogos 2010
Masa : 9.30 malam
Tempat : Kg Menderang, Sungkai

Penceramah
Dr Hatta Ramli
YB Khalid Samad

Semua dijemput hadir

Unit Amal Sebagai Dai'e


Pas ditubuhkan dan didaftarkan pada tahun 1951 adalah untuk berperanan sebagai satu Jamaah yang bertujuan menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar, yang mana ianya selaras dengan perintah Allah dalam Surah Ali Imrah : ayat 114.

Sehubungan itu, Pas terus berkembang dan mendapat sambutan ramai. Pas telah mengorak langkah demi langkah dengan tujuan melibatkan semua golongan tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa, lelaki, perempuan..semua bertanggungjawab dan perlu dilibatkan dalam gerakan Amar Makruf Nahi Mungkar ini. Maka golongan pemuda yang merupakan tulang belakang perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini telah diberi amanah mewujudkan Unit Amal sebagai salah satu wasilah mencapai cita-cita murni tersebut.

Keterlibatan unit Amal dalam masyarakat amat besar ertinya bagi mempromosikan Islam di kalangan masyarakat yang begitu tersentuh jiwanya dengan cakna yang ditunjukkan oleh ahli-ahli amal ini. Maka, ahli-ahli amal perlu terus berkhidmat dan menabur bakti kepada masyarakat agar Islam lebih dikenali dan mendapat tempat dihati rakyat.

begitulah antara tawjihad yang disampaikan oleh AF Tn Imam Kholili selaku Penasihat Amal Tg malim merangkap Ketua Penerangan Pas Tg Malim dalam sesi perasmian penutup Jambori Amal Tg Malim 2010 yang diadakan di Kg baru, Sabar Jaya, Sungkai. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Sdr Zulkifli Che Nas selaku Pengarah Pilihanraya Kawasan Tg Malim, Pengerusi Lajnah IT dan beberapa pimpinan lain yang turut menjayakan jambori kali ini.

Jambori yang diadakan selama tiga hari ini telah disertai oleh kira-kira 50 orang remaja dari pelbagai latar belakang.

Majlis penutup telah berlangsung pada jam 11.00 pagi dengan dengan penyampaian Anugerah Jasamu dikenang kepada Tn Imam Kholili dan Anugerah sahabat Amal kepada En Rahim. Majlis berakhir dengan semua peserta bersalam-salaman dan berselawat.

Sunday, July 11, 2010

Bersama Perjuangan Pas Adalah Pilihan Yang Betul

Pas merupakan sebuah gerakan Islam yang merupakan satu-satunya wadah yang mesti didokong semua rakyat Malaysia. Pas telah melalui pelbagai mehnah dan cabaran, sehinggalah Pas dilihat begitu konsisten dan boleh dipercayai sebagai galang ganti kepada UMNO BN yang kini sedang menuju kehancurannya.

Berada dalam Pas, bersama perjuangannya merupakan pilihan yang tepat kerana Pas sebagai sebuah gerakan Islam bukan sahaja diterima oleh orang-orang Islam, bahkan orang-orang bukan Islam juga turut meyakini dan bersama-sama bergabung untuk memenangkan Parti Islam Pas ini. Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas adalah bukti bahawa Pas diterima oleh semua. Sesuailah dengan slogan yang dilaungkan oleh Pas, iaitu "Pas 4 all".

Demikianlah antara intipati tawjihad yang disampaikan oleh Tn Hj Salam selaku Naib YDP Pas Kawasan Tg Malim sewaktu menjayakan Usrah Pas Cawangan Slim Village Maju yang diadakan di rumah Pak Ngah Omar, Kampung Pasir. Turut hadir ialah Ust Hashim, Ketua Urusan Ulama', Penolong Setiausaha dan beberapa pimpinan Kawasan.

Pas Cawangan Slim Village Maju secara tradisinya bersama Pas Cawangan Ulu Slim akan mengadakan usrah bersama setiap bulan. Untuk kali ini, pihak Pas Cawangan telah menjemput pimpinan kawasan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara ahli di cawangan dengan pimpinan kawasan. Alhamdulillah, kehadiran amat memberangsangkan..

Monday, July 5, 2010

Pemergian Ustaz Shuib Husin Satu Kehilangan...


Al Fadhil ustaz Shuib Husin bukanlah individu yang asing buat gerakan Islam Pas di Perak ini. Bila menjelang pilihanraya terutamanya, ustaz Shuib Husin tentu tak sempat nak berehat, terpaksa bergegas ke semua kawasan untuk memberi taklimat, kursus dan sebagainya.

Seingat penulis semenjak bergiat aktif dalam Pas, Ustaz Shuib Husinlah pimpinan yang akan kerap berjumpa kerana beliau akan terlibat langsung dalam hal-hal pilihanraya. Masih terbayang-bayang lagi kursus PACA yang diberi oleh alMarhom.

Beliau telah dijemput oleh Allah dan banyak meninggalkan jasanya untuk perjuangan Islam. Pas kawasan Tg malim merakamkan ucapan takziah buat keluarga dan mendoakan Almarhom digolongkan bersama golongan mereka yang diberi Rahmat serta diredhoi Alllah. Insyaallah..