Monday, October 18, 2010

Ceramah Perdana Pakatan Rakyat

Tarikh : 20 Oktober 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pejabat MTD Slim, Taman Seroja.

Penceramah :

1. YB V. Sivakumar (ADUN Tronoh)
2. Siti Aishah Shaik Ismail (Ketua Srikandi PKR Pusat)
3. Sdr Mohd Hafiz Sabri (EXCO Dewan Pemuda Pas Perak)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Monday, October 11, 2010

Usrah dan Jamuan Kesyukuran

Pas Cawangan Slim Village Maju bersama Pas Cawangan Ulu Slim telah berjaya menganjurkan usrah bulannanya di Kg Ulu Slim pada 9 Oktober yang lalu. Walaupun usrah dijalankan secara bulanan, namun kali ini usrah digabungkan dengan jamuan kesyukuran sempena Aidilfitri 1431H.

Majlis ini berjaya dianjurkan di rumah Sdr Abdul rahman dengan dihadiri seramai 50 orang ahli dari cawangan dan termasuk dari pimpinan Pas kawasan serta ahli Dewan Penyokong Pas.

Usrah dimulakan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Ma'thurat dan pengisian disampaikan oleh Af Ustaz Norzarir, AJK Dewan Pemuda Pas Tg Malim.

Antara pimpinan yang hadir termasuk AF Imam Kholili Kasim (ketua Penerangan Pas) Af Ust Mohd Shafie, AF Ust hashim, En Chandra dan beberapa pimpinan yang lain.

Majlis berakhir kira-kira jam 10.40 malam.

Tahniah Pas Slim Village dan Pas Ulu Slim.

Friday, October 1, 2010

Santunilah Golongan Miskin dan Anak Yatim


Persatuan Amal dan Kebajikan Kg Kuala Slim buat julung kalinya telah mengadakan sambutan Aidilfitri bertempat di Masjid Kg Kuala Slim. Majlis bermula dengan Solat Maghrib, diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh AF Ustaz Syed Sahrim bin Syed Tahrim. Setelah selesai solat Isyak, disampaikan pula sumbangan kepada penduduk miskin di sekitar kampung tersebut.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Berbahagia, Ketua Penolong Pegawai Daerah Tg Malim/Slim River. Setelah itu, majlis diteruskan dengan jamuan aidilfitri di perkarangan Masjid Kuala Slim.

Terdahulu, dalam ucapan AF Tn Hj Salam,(gambar) selaku naib Pengerusi persatuan, usaha yang kecil ini dimulakan untuk mengajak masyarakat sama-sama terlibat dalam mengambil tahu permasalahan yang dihadapi oleh penduduk serta turut menghulurkan bantuan bagi menyatakan kebersamaan masyarakat kepada mereka. Buat masa ini, sekadar ini yang termampu dilakukan untuk menyantuni golongan miskin dan anak-anak yatim. Beliau berazam akan meningkatkan lagi usaha pada masa akan datang.

Turut berucap pada majlis itu ialah Ketua Pen. Pegawai daerah Tg Malim/Slim River yang memberi ucapan tahniah kepada usaha persatuan membantu anak-anak yatim dan golongan miskin. Beliau turut menawarkan mana-mana ibu tunggal, saudara baru dan orang kelainan upaya (OKU) yang menghadapi masalah serta berhasrat memulakan perniagaan, boleh berbincang terus dengan beliau bagi mendapat bantuan yang telahpun disediakan untuk mereka demi memastikan peluang kejayaan turut dirasai oleh semua golongan.

Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam.