Wednesday, January 25, 2012

Anak Felda Perlu Bangkit Menentang Isu Felda

24 Januari 2012 - Bangkitlah anak-anak Felda. Selamatkan Felda. Jangan sampai Felda tergadai kepada warga asing dek kerakusan dan ketamakan penyangak-penyangak yang sentiasa mahu mengambil peluang dan ruang bagi mendapatkan keuntungan sebanyak mungkin daripada penyenaraian Felda Global ke BSKL. Jangan sampai nanti kita dipersalahkan oleh generasi akan datang kerana tidak melakukan sesuatu sehingga mengakibatkan mereka menanggung sengsara dan merempat di bumi sendiri.

Begitulah lantang dan bersemangat ucapan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli ketika menyampaikan ucapan sempena Ceramah Isu-isu Felda yang diadakan di Felda Besout 01. Turut berceramah bersama beliau, Ustaz Fakhrul Razi Mokhtar, EXCO Dewan Pemuda Pas Perak dan Sdr Nasaie Ismail, Setiausaha Akhbar Presiden Pas. Manakala ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ketua Pemuda Tg malim, Sdr Junaidin Yusop.


Friday, January 20, 2012

Edaran Limau Sempena tahun baru Cina di DUN Behrang

Tn Imam Kholili bersama Yee Ling berucap sesuatu...

Sedang mengedarkan limau mandarin..

Tn Imam, Hj Hamzah dan beberapa pimpinan sedang mengedarkan limau




Ceramah UMUM; Ustaz Idris Ahmad

Ceramah Penerangan; Selamatkan FELDA

Bersama

Tn Hj Aminuddin Zulkipli
(YDP PAS Kawasan Tg Malim)

Sdr Nasaie bin Ismail
(Setiausaha Akhbar Presiden Pas/ Exco Lajnah Tanah/ Exco ANAK)

Ustaz Fakrulrazi bin Mohd Mokhtar
(Exco Pemuda Pas Perak)

Sdr Junaidin bin Yusop
(Ketua Pemuda Pas Tg Malim/ Pengerusi ANAK Negeri Perak)

Pada:

24 Januari 2012 (Selasa)
9.00 Malam
Markas Pas Gugusan Felda Besout 01

Jom beramai-ramai kita hadir..

Thursday, January 19, 2012

Setuju Dengan Tuntutan Pas Perak

IPOH: PAS Perak `melanggar' persetujuan pembangkang untuk mengekalkan status quo kerusi yang akan ditandingi di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menuntut tiga kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana yakin peluang parti itu memenanginya lebih cerah berbanding PKR.
Tiga kerusi itu ialah Parlimen Bagan Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan DUN Behrang, tetapi dibantah PKR negeri.
Pada PRU-12, ketiga-tiga kerusi itu dimenangi oleh calon PKR tetapi mereka membuat keputusan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas beberapa bulan kemudian.

Bagaimanapun, hasrat PAS Perak diumumkan semalam dilihat bertentangan dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bulan lalu yang dilaporkan berkata Perak antara enam negeri yang mengekalkan status quo pengagihan kerusi pada PRU-13, hasil persetujuan pimpinan pakatan pembangkang peringkat negeri itu yang sudah dimaklumkan ke pimpinan pusat.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, berkata tuntutan dibuat sebagai menghormati kehendak ahli parti di ketiga-tiga kawasan terbabit yang merasakan pakatan pembangkang boleh mengekalkan kerusi terbabit jika ditandingi calon PAS.

Sumber : Berita Harian

Ulasan

Tindakan yang baik. Pas Kawasan Tg Malim mengalu-alukan dan menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan Pas Perak.


Tuesday, January 10, 2012

Penyenaraian Ke Felda Global Merugikan Peneroka - Hj Razman


Peneroka Felda seluruh Malaysia akan mengalami kerugian sekiranya Felda Plantation dibuat pelarasan dan disenaraikan dalam bursa saham melalui Felda Global. Penyenaraian ini akan mengakibatkan tergadainya saham KPF Felda yang selama ini membawa keuntungan yang besar kepada peneroka Felda. Dalam jangka panjang, penyenaraian ini akan menggadaikan tanah peneroka.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata demikian ketika memberikan taklimat tertutup kepada ahli-ahli Pas Kawasan Tg Malim serta jemputan yang majoritinya masyarakat peneroka felda.

Tambahnya lagi, Kawasan Tg Malim yang mempunyai 11 kawasan Felda menyaksikan keperluan sokongan peneroka bagi merubah lanskap politik dan tadbir utus Malaysia ke arah yang lebih baik. Kesedaran yang benar tentang isu felda harus disebarluaskan kepada peneroka-peneroka felda agar mereka faham dan tahu bahawa nasib mereka sedang diperjudikan dan diperbodohkan. BN melihat felda adalah satu cara bagi mereka mendapatkan keuntungan secara tunai dengan mudah.

Turut hadir, YDP Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli, Ketua Pemuda, Sdr Junaidin Yusop, barisan exco Pas kawasan dan Pemuda Kawasan.

Majlis diakhiri dengan sesi dialog oleh para peserta dan soalan rata-rata ditanya oleh peneroka felda.