Monday, March 5, 2012

Pikat Pengundi dengan Ketinggian Akhlak


Akhlak yang sempurna atau disebut akhlak mahmudah adalah lambang kesempurnaan peribadi diri Muslim yang benar-benar mentaati Allah dan Rasul SAW. Ini dijelaskan lagi oleh Allah SWT bahawa Nabi Muhammad diutuskan adalah untuk memperbaiki akhlak.


Sebagai golongan pendakwah, sudah semestinya perlu diperhalusi tentang nilai akhlak yang mulia ini, kerana ianya mudah untuk mendekati semua golongan. Tidak kira siapa, pasti akan teruja dengan paparan akhlak yang baik, seterusnya teruja pula untuk bersama dalam satu perjuangan. Maka, menjadi kewajipan setiap ahli Pas berakhlak dengan akhlak yang terpuji selaras dengan perjuangan Islam yang di dokongnya.

Ahli Pas juga perlu meyakini dengan keberadaan mereka di dalam perjuangan Islam bersama Pas ini akan menyelamatkan iman dan Islam mereka. Buangkanlah pergantungan kepada makhluk, dan kembalilah kepada fitrah yang meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah SWT.

Begitulah panjang lebar tawjihad yang disampaikan oleh YDP Kawasan Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli semasa menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Cawangan Kg Rasau pada 29 Februari yang lalu. Turut hadir sebagai perasmi, Tn Hj Abdul Salam, Tim. YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Junid, Setiausaha Pas Kawasan Tg Malim serta beberapa pimpinan kawasan, cawangan dan Pemuda.

About Me

PT 2576, Bandar Baru Slim, 35800 Slim River - email: pastanjungmalim@gmail.com

Kalendar

Al Asr..

Pas Kawasan Tanjung Malim ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO