Friday, November 30, 2012

Jamuan Amal Pemuda Pas

Slim River : 28 Nov - Sekalung tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim kerana berjaya menganjurkan Jamuan Makan Malam Amal bagi mencari dana pilihanraya ke -13. YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkpli yang berucap pada malam tersebut turut meyakini tentang kebersediaan ahli-ahli Pas dan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya yang dikatakan tidak lama lagi. Pemuda yang merupakan sayap kanan bagi perjuangan Pas kini terbukti mampu mendepani cabaran serta berani menghadapi segala risiko demi memperjuangkan agenda Negara Berkebajikan menjadi kenyataan.


Antara pemidato yang menyampaikan ucapan pada malam tersebut selain YDP, Ketua Pemuda Sdr Junaidin Yusop, Cik Chua Yeeling (PKR) Us Zawawi Hassan Ketua Pemuda Pas Perak, Tn Hj Hamzah (PKR), Mejar (B) Kamal Ketua Cabang PKR Tg Malim, Us Abu Bakar Husin, Pesuruhjaya Pas Perak dan YAB Ir  Nizar Jamaludin, Menteri Besar Perak yang sah. 

Majlis makan malam yang bermula seawal jam 8.00 malam telah dipengerusikan oleh artis undangan khas, Sdr Leman raja lawak. Beliau dengan ketokohan dan kepakaran yang dimiliki telah membuatkan Dewan Cina Slim River riuh dengan gelak ketawa hadirin yang terhibur dengan telatah beliau.

Majlis berakhir sekitar jam 12.00 malam dengan pemidato terakhir menyampaikan ucapan, YAB Tn Hj Ir Nizar Jamaluddin.

Cik Chua Yeeling sedang menyampaikan ucapan

Tetamu tekun dan santai mendengar ucapan pimpinan

YAB Ir Tn Hj Nizar Jamaluddin 

YAB Nizar bersama pimpinan Keadilan selepas majlis

Bantuan kebajikan..

Pengerusi majlis - Leman Raja Lawak


Monday, November 26, 2012

Konvoi Jelajah DUN Slim Berjaya...

Konvoi Jelajah DUN Slim yang diadakan pada 24 November telah berjaya menggusarkan pihak lawan sehingga mereka telah mengatur satu perancangan bagi menggagalkan program jelajah tersebut. Namun, berkat kesabaran dan ketokohan kepimpinan Pas kawasan Tg Malim, hal ini telah berjaya menaikkan momentum perjuangan di kalangan ahli dan menarik sokongan dan simpati daripada pihak yang tidak berparti untuk bersama memenangkan Pas.

Konvoi yang dijadualkan bermula di Besout 4 & 5 telah diganggu oleh pihak yang tidak bertamadun. (Maklumat lanjut boleh baca di http://rojakpasembor.blogspot.com/2012/11/konvoi-jelajah-dun-slim-disekat-di.html )

YDP Pas Tg Malim selaku pihak yang dihalang untuk ke Besout pada pagi itu telah bergerak ke Kg Changkat Sulaiman untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian, terus menuju ke Sungkai untuk bersarapan dan sesi taklimat daripada pengarah program, Us Mohd Shafie Hamid.

Kg Klah Baru merupakan tempat pertama yang dikunjungi dan menyampaikan sumbangan kebajikan serta sumbangan kepada mangsa banjir. Kira-kira 15 buah rumah telah diziarahi. sumbangan disampaikan oleh Tn Hj Aminuddin Zulkipli dan dibantu oleh Tn Hj Razman, Timb. Pesuruhjaya II, Pas Perak.

Seterusnya, pasukan konvoi bergerak ke Pekan Trolak dan Slim River sebelum ke Kg Kuala Slim untuk berehat serta makan tengah hari. Selepas solat Zohor di Masjid kuala Slim, solat hajat diadakan bagi memohon kemenangan sahabat pejuang Islam palestin khususnya serta pejuang Islam seluruhnya.

Konvoi bertolak dari Kg Kuala Slim sekitar jam 3.00 petang menuju ke Felda Trolak Utara dan selepas Solat Asar, terus ke Markas Pas Trolak Selatan kira-kira jam 5.00 petang. Walaupun jadual asalnya akan ke Felda Trolak Timur, namun insiden sekatan berlaku sekali lagi. Akhirnya, jawatankuasa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan ceramah di Trolak Timur demi mengelak berlakunya sebarang pergaduhan.

Walau bagaimanapun, atas sikap biadap dan tidak bertamadun beberapa pihak dan individu yang menyekat dan melakukan provokasi untuk menggagalkan konvoi ini, pihak Pas Tg Malim akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak tersebut. kita tunggu berita seterusnya akan menyusul...

Gambar sekitar konvoi boleh dilihat di www.facebook.com/pastanjungmalim

Saturday, November 24, 2012

Jelajah Tawan DUN Slim


Insyaallah, sebentar lagi program Jelajah tawan DUN Slim ini akan bermula dengan para peserta akan berqiamulail di Markas Pas Besout 01 sebelum bertolak ke Besout 04 & 05 untuk memulakan siri jelajah.

Ayuh, kita bersama untuk menawan DUN Slim..

Monday, November 12, 2012

Sekitar Majlis Konvokesyen Pasti 2012









Saturday, November 3, 2012

Jom Berkhatan Sempena Cuti Sekolah...


Hanifa Maidin - Sebarkan Islam Dengan Akhlak Islamiyyah

Kekuatan dan tarikan kepada Islam itu sebenarnya banyak bergantung kepada umatnya yang beramal dengan akhlak Islamiyyah yang unggul. Ini dapat dibuktikan dengan menelusuri Sirah Nabawiyah dimana banyak terdapat kisah bagaimana tokoh-tokoh hebat yang menerima Islam kerana tertarik dengan akhlak penganut Islam itu sendiri. Saidatina Aishah R.A. pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah, lalu dikatakan Akhlak rasulullah itu ialah Al Quran.

Tanggungjawab umat akhir zaman ini, wajib perlengkapkan diri dan bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu serta beramal dengan apa yang telah diperolehi. Walaupun usaha dakwah tidak boleh dikesampingkan seperti ceramah, kuliah, bengkel, seminar, tetapi pendekatan dengan amalan ini jauh lebih berkesan dan memberi impak yang amat besar dalam merubah dan merungkai kebejatan sosial dan kezaliman dalam masyarakat. Ahli Pas sebagai pendokong Gerakan Islam perlu lebih bersungguh-sungguh demi mendaulatkan Islam di Malaysia dan seluruh alam.

Beliau berkata demikian dalam siri kuliahnya yang diadakan di Markas Pas Kawasan Tg Malim malam tadi. Turut berucap dan memberikan kata-kata aluan, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, YDP Pas Kawasan.

Seterusnya Sdr Hanipa menyampaikan ceramah bersama En Richard Wong dan pimpinan Pakatan Rakyat di Felda Trolak Selatan.

Friday, November 2, 2012

Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Ahli Gerakan Islam


Tn Hj Aminuddin Zulkipli, YDP Pas Kawasan Tg Malim mengingatkan semua ahli pas supaya tidak lalai dan alpa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ahli gerakan Islam. antara tugas yang perlu diselelsaikan oleh setiap ahli ialah meningkatkan ilmu dalam semua bidang terutama ilmu-ilmu Islam. 

Beliau mengulas demikian ketika ditanya di pejabatnya hari ini sebagai mengulas tentang kuliah perundangan yang akan disampaikan oleh Sdr Hanipa Maidin pada 2 November ini di Markas Tarbiyyah Pas, di Serigala. Beliau juga mengharapkan kehadiran awal daripada semua ahli demi melicinkan perjalanan program.

Sdr Hanipa Maidin dijadualkan akan berceramah bersama Richard Wong di Felda Trolak Selatan pada malam tersebut.

Thursday, November 1, 2012

Hari Konvokesyen Pasti 2012


About Me

PT 2576, Bandar Baru Slim, 35800 Slim River - email: pastanjungmalim@gmail.com

Kalendar

Al Asr..

Pas Kawasan Tanjung Malim ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO