Pujian daripada masyarakat seringkali kedengaran tentang kehebatan anggota Amal yang sedia menyumbang bakti tanpa mengharapkan imbuhan. Inilah generasi pemuda Islam yang berjaya dilahirkan oleh Pas dalam mentarbiyyah ahli-ahlinya.
Walaupun sering mendapat pujian, itu bukanlah matlamat utama anggota Amal. Jangan hapuskan pahala beramal hanya kerana inginkan pujian.
YDP Pas Kawasan Tanjong Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli berkata demikian ketika merasmikan Jambori Amal 2013 yang berlangsung di Kem Ansar, Sungkai.
Turut disampaikan cenderahati kepada 'Geng 40' yang merujuk kepada jawatankuasa pemuda sesi lalu yang telah mencapai usia 40 tahun.
YDP turut merakamkan ucapan tahniah kepada penganjur yang berjaya menjalankan Jambori Amal dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
![]() Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". (Surah Al-Kahf ayat 96) Powered by WaktuSolat.net |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment