Monday, June 15, 2009

Muqayyam Tarbawi

Sungkai- Pas Kawasan telah menjalankan satu Muqayyam Tarbawi melibatkan pimpinan Pas Kawasan, Dewan-dewan dan Semua pimpinan dan ahli di peringkat cawangan. Program yang bermula pada hari Khamis, 8.00 pagi itu telah dirasmikan oleh YDP Pas Tg Malim yang juga merupakan AJK Badan Perhubungan Negeri Perak, AF Ustaz Mohd Tarmizi bin Ab Rahman.

Seramai 300 orang peserta telah hadir mengikuti Muqayyam kali ini yang dijalankan selama 2 hari satu malam. Peserta muslimat juga membanggakan, itu kira-kira sebahagiannya terdiri daripada muslimat. Tahniah kepada kepimpinan Muslimat.

Peserta Muqayyam diwajibkan menyertai permainan yang dijalankan pada sebelah petang. Selepas Zohor, semua peserta daripada cawangan-cawangan dan pemuda berkumpul di dalam sungai untuk memulakan pertandingan Bola Tampar Air. Tahniah kepada pemuda yang memenangi pertandingan tersebut.

Pada sebelah malamnya pula, dibentangkan kertas kerja bertajuk Pengurusan Organisasi. Kertas ini dibentangkan oleh Tn Hj Noh (Cikgu Noh) YDP Lumut juga merupakn mantan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak.

Qiamulail diteruskan pada jam 3.00 pagi dengan dipimpin oleh Tn Hj Shahabuddin.

Alhamdulillah, program Muqayyam ini amat berjaya disamping dapat memupuk ukhuwah di kalangan pimpinan dan ahli bagi memeruskan perjuangan yang panjang ini. Difahamkan, Pas Tg Malim merupakan kawasan yang pertama mengadakan Muqayyam selepas pemilihan pimpinan baru pada mesyuarat agung yang lalu.

Program berakhir pada jam 11.00 pagi. Semua peserta bersalam-salaman dan berselawat tanda ukhuwah sesama ahli serta menampakkan kesediaaan memikul tanggungjawab memenangkan Islam di bumi Tg Malim ini, seterusnya di muka bumi Allah ini..

Tuesday, June 9, 2009

Takziah Kepada Mantan S/U Pas Kawasan

Pas Kawasan Tg Malim dimaklumkan dengan kematian bapa kepada Mantan Setiausaha Pas Kawasan Tg Malim, Sdr Zulkifli (Cikgu Zul). Jenazahnya kini berada dirumahnya di Kampung AA Tin, Sungkai. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 1.00 tengah malam tadi.

Difahamkan, jenazahnya akan disembahyangkan di rumahnya di Kg AA Tin pada jam 11.00 pagi ini.

YDP Pas kawasan, AF Ustaz Mohd Tarmizi bin Ab Rahman dan beberapa pimpinan Pas Kawasan telah menziarahi jenazah.

Mohon ziarah kepada semua ahli dan seluruh masyarakat sebagai penghormatan terakhir.

Takziah, kepada Cikgu Zul dan keluarga. Semoga Ruhnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Monday, June 8, 2009

Sabar Mengajak Manusia Ke Arah Kebaikan - Presiden PAS

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di dalam ucapan penutupnya mengumpamakan PAS sebagai sebuah bahtera yang kukuh dan selamat walau dilanda pelbagai ombak dugaaan. Islam yang memimpin perubahan kerana hanya Islam yang sempurna dan lengkap. Hanya Islam yang berjaya membina tamadun manusia walaupun pada masa kedatangan Islam, telah wujud pelbagai tamadun lain seperti Rom dan Parsi.


Tugas utama pejuang agama Allah ialah menyelamatkan manusia keseluruhannya. Oleh itu hanya melalui pemerintahan usaha ini dapat dilakukan. Pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan dan dibenarkan oleh Islam. Allah mengharamkan umat Islam daripada menyerah kalah, sehingga dibenarkan peperangan dalam usaha mempertahankan Islam.

Namun begitu, pendekatan yang paling utama ialah perdamaian kerana matlamat utama adalah untuk menyelamatkan manusia seluruhnya. Kerana itu, tidak boleh menutup pintu perbincangan dengan mana-mana pihak. Perbezaan yang wujud mestilah ditolak dengan cara yang baik.

Dalam mengajak manusia ke arah kebaikan, pelbagai ujian yang dihadapi. Hanya orang-orang yang bersabar sahaja yang dapat menghayati usaha dalam mengajak manusia ke arah kebaikan. Beliau mengingatkan ahli-ahli akan konsep penting dalam jemaah Islam iaitu:

1. Menyuburkan sifat takwa. Ini kerana takwa adalah asas bagi mendapat kemenangan dan pertolongan daripada Allah.
2. Ketakwaan dan wala’. Islam mengajar kita agar taat kepada pemimpin dalam perkara yang tidak melibatkan maksiat.
3. Ukhuwah atau persaudaraan Islam penting dalam membentuk persatuan tidak kira dalam perkara yang dipersetujui atau dalam perkara yang tidak dipersetujui.

Tahniah Kepada Pimpinan Pas 2009-2011

Presiden
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden
Ustaz Nasharuddin Mat Isa 480

Naib Presiden
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man 871
Haji Salahuddin Ayub 824
Dato’ Mahfuz Omar 636

AJK PAS Pusat
1- Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin 854
2- Ustaz Idris Ahmad 799
3- Dato’ Kamaruddin Jaaffar 769
4- Dato’ Seri Azizan Abdul Razak 653
5- Dato’ Hassan Mohd Ali 642
6- Dr Hatta Mohd Ramli 638
7- Ustaz Ghani Samsudin 637
8- Dato’ Abu Bakar Chik 622
9- Saudara Hanipa Maidin 619
10- Dato’ Ir Amirudin Hamzah 606
11- Dr Lo’ lo’ Haji Ghazali 589
12- Ustaz Ghani Abdul Rahman 584
13- Dr Dzulkefly Ahmad 576
14- Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi 536
15- Ustaz Hashim Jasin 522
16- Saudara Mazlan Aliman 513
17- Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib508
18- Dr Mujahid Yusof Rawa 488

Tuesday, June 2, 2009

Majlis Khatan Beramai-ramai

Pas Kawasan Tg Malim menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai di Hospital Slim River. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi.

Seramai 16 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak dari Kg Sabar Jaya dan sekitar Slim River serta Slim Village menyertai program ini.

YDP Pas Tg Malim, AF Ustaz Mohd Tarmizi telah mengiringi peserta khatan. Beberapa pimpinan Pas kawasan juga hadir bersama bagi meraikan majlis tersebut. Antara yang hadir ialah Ketua Penerangan Pas Kawasan, Bendahari dan Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Kawasan.

Majlis berakhir kira-kira jam 1.00 tengah hari. Majlis khatan akan disambung semula pada esok dengan 6 orang lagi peserta.