Thursday, January 7, 2010
Mesyuarat Pas Kawasan
Hari : Selasa
Tarikh : 12 Januari 2010
Masa : Mula Maghrib Berjamaah
Tempat : Markas Tarbiyyah Pas, Espek Serigala
Semua AJK dan Ketua Cawangan Wajib Hadir.
Monday, January 4, 2010
Hadiah BN Untuk Rakyat

“Jom countdown kenaikan harga RM0.20 sekilo gula bermula 12 tengah malam ini. Hadiah BN sempena tahun baru.”
Tepat jam 12 tengah malam, 1 Januari 2010 disaat orang ramai dimabukkan dengan pertunjukan bunga api di merata tempat dan laungan ucapan Selamat Tahun Baru, sedar tidak sedar rakyat Malaysia telah dibebankan sekali lagi dengan kenaikan harga barang. Kali ini harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.
Kerajaan Malaysia turut berbesar hati untuk menghadiahkan rakyat Malaysia dengan kenaikan harga roti putih ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan juga berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.
Kenaikan ini pasti sedikit sebanyak akan membebankan rakyat golongan bawahan dan peringkat pertengahan. Apa tidaknya, dengan kenaikan ini pastinya akan menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain terutama produk yang melibatkan penggunaan kedua-dua barangan pengguna ini.
Thursday, December 24, 2009
UMNO JANGAN POLITIKKAN MASJID
6 Muharram 1431Saya ingin merujuk kepada isu yang ditimbulkan oleh ADUN Slim River berkenaan Pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid Seluruh Negeri Perak. Saya adalah merupakan salah seorang bekas AJK Kariah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam suatu masa dahulu. Setahu saya Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid adalah dilantik berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998. Mengikut undang-undang hanya 3 pihak iaitu Pegawai Tadbir Agama, Penghulu dengan Orang Besar Jajahan sahaja yang mempunyai kuasa bagi mencadangkan kepada Majlis senarai nama ahli Jawatankuasa Kariah. Amatlah menghairankan bagaimana ada pihak mempertikaikan cadangan ketiga-tiga pihak dengan membandingkannya senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar.
Adalah amat biadab bagi seorang wakil rakyat yang mewakili parti pemerintah membuat tuduhan melulu terhadap seorang Ketua Jabatan yang dilantik oleh kerajaan yang memerintah. Apakah menjadi kesalahan bagi Pengarah Jabatan Agama Islam Perak menyenaraikan ahli parti pembangkang dalam AJK Kariah Masjid. Apakah hanya ahli UMNO sahaja yang layak menjadi AJK Kariah Masjid??? Pengalaman saya dalam menggangotai AJK Kariah Masjid, saya dapati kebanyakan orang UMNO hanya berminat berebut jawatan berbanding menjalankan amanah sebagai pengimarah masjid. Sebahagian daripada mereka beria-ia hendak merampas jawatan tersebut dengan tujuan untuk membatalkan kuliah-kuliah pengajian di masjid-masjid.
Kriteria pelantikan seharusnya hanya berdasarkan kepada penentuan Allah seperti yang disebutkan dalam Surah At-Taubah ayat 18 iaitu mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka tidak takut kecuali kepada Allah. Alangkah baiknya jika pendekatan campuran berbagai golongan di dalam AJK Kariah Masjid dilaksanakan sebagaimana usaha yang telah cuba dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Jika tidaklah kerana sikap UMNO yang suka mempolitikkan masjid dan surau, pasti Negeri Perak sudah mempunyai pentadbir masjid yang terbaik yang mampu mengimarahkan rumah Allah bertepatan dengan kehendak Allah.
Bekas,
Ahli Jawatankuasa Kariah,
Negeri Perak Darul Ridzuan
Copy-Paste dari Cina Islam
AJK MASJID: UMNO TIDAK LAYAK JAGA MASJID
Kenyataan Media (21 Disember 2009)
(DEWAN PEMUDA PAS PERAK)
AJK MASJID: UMNO TIDAK LAYAK JAGA MASJID
Tuesday, December 15, 2009
PASTI AKAN DIBUKA DI KG RASAU SLIM VILLAGE.
Maklumat lanjut, layari http://paskgrasau.blogspot.com/
