Monday, September 20, 2010

Ibu Mantan Setiausaha Pas Tg Malim Meninggal Dunia


Pas Kawasan Tanjong Malim mengucapkan takziah kepada keluarga Tn Hj Sharudin bin Husin di atas kembalinya menghadap Allah ibunya lebih kurang jam 7.30 pagi tadi.

Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Slim River sejurus selepas selesai Solat Zohor.

Turut menziarahi dan menyembahyangkan jenazah Allahyarhamah, YDP Pas Tg Malim, AF ustaz Tarmizi Ab Rahman serta semua pimpinan Pas Kawasan.

Jenazah telah dikebumikan di tanah Perkuburan Islam, Kg batu 4, Trolak.

Doa dipanjatkan semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )

Friday, September 17, 2010

Rumah Terbuka Pas Menyemarakkan Ukhuwah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghubungkan tali silaturahim. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik, jika tidak hendaklah dia diam.” (Hadis riwayat Ahmad)

Aidilfitri datang lagi. Kesyukuran ummat Islam seluruh dunia menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Amat sesuai bergembira kerana hari raya merupakan hari gembira, asalkan jangan berlebihan.

Dalam merealisasikan kegembiraan dan merapatkan ukhuwah, Pas Kawasan Tg Malim telah berjaya menganjurkan Rumah Terbukanya yang bermula jam 3.00 petang hingga jam 5.30 petang. Sekitar 500 orang tetamu telah hadir bagi meraikan majlis tersebut.

Kelihatan semua pimpinan Pas Kawasan segak berbaju melayu dan batik menyambut kehadiran para tetamu. Turut hadir meraikan majlis ini antaranya YB Dr Khalil Idham Lim, YB Sivanesen, Ust Misbahul Munir dan beberapa pimpinan-pimpinan negeri yang lain.

Kemeriahan Rumah Terbuka Pas ini begitu terasa apabila semua kaum terdiri Melayu, Cina dan India hadir bersama-sama menjayakan majlis ini. Lebih menarik lagi, kanak-kanak yang hadir mendapat sumbangan duit raya daripada YDP Pas Tg Malim, AF Ustaz Tarmizi..

Semua tetamu yang hadir kelihatan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan serta disajikan juga dengan ucapan-ucapan daripada pimpinan Pas Kawasan dan tetamu-tetamu jemputan.

Wajah-wajah Ceria beberapa Pimpinan Pas Kawasan

Kehadiran tetamu yang amat memberangsangkan

Pimpinan-pimpinan menyampaikan ucapan menambahkan lagi kemeriahan

Pimpinan Pas Kawasan sibuk melayan tetamu

Tuesday, August 3, 2010

Jamuan Kesyukuran


Aturcara Majlis

7.30 malam - Solat Maghrib
8.00 malam - Tazkirah
8.45 malam - Solat Isyak
9.00 malam - Jamuan

Tayangan Multimedia juga disediakan..


Sumber: dpptmalim.blogspot.com