Friday, May 29, 2009

Amalan BN sekarang sama dengan PKM dulu - Nik Aziz


PULAU PINANG,28 Mei. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.

Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.

"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.

"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.

"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.

Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.

"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk meimilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Sumber: Siasahdaily.blogspot.com

Thursday, May 28, 2009

Sheikh Qardawi - Mogok lapar Tidak Haram Bahkan Dituntut !

"Utusan Malaysia yang bertarikh 26 Mei 2009 telah melaporkan dengan memetik kata-kata seorang tokoh agama berkata : "mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain" .

Saya tidak mahu mengulas panjang memandangkan beliau mempunyai autoriti untuk mengeluarkan pandangan tersebut. Tapi penulis di sini ingin menjelaskan bahawa Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka ! Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut : Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru : "

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”

Wednesday, May 27, 2009

Laporan Polis Peneroka Felda di Slim River

Seramai kira-kira 50 orang peneroka Felda sekitar Kawasan Tanjung Malim berkumpul di Pejabat MTD Slim di Taman Seroja, Slim River seawal jam 9.40 pagi. Kira-kira pukul 10.00 pagi, YDP Pas Tg Malim, AF Ustaz Mohd Tarmizi Ab Rahman memulakan ucapan dan diikuti oleh Sdr Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK). Dalam ucapan Sdr Mazlan, beliau banyak menyentuh tentang betapa perlunya warga Felda bangkit dan mempertahankan hak mereka daripada terus dizalimi.

Sekitar jam 10.30 pagi, seramai 27 peneroka berkumpul di Balai Polis Slim River untuk membuat laporan polis. Turut mengiringi mereka untuk membuat laporan polis tersebut ialah AF Ustaz Mohd Tarmizi Ab Rahman, Setiusaha Pas Kawasan Sdr Salim bin Arifin, Ketua Penerangan Pas Kawasan Imam Khalili bin Kassim, Ketua Pemuda Pas Kawasan Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli serta beberapa pimpinan kawasan dan pemangku Ketua Bahagian Keadilan Tg Malim.

Laporan yang dibuat adalah berkaitan dengan penyelewengan tanaman semula dan bantuan sara hidup peneroka felda. Difahamkan, antaranya pihak pengurusan felda tidak memulangkankan wang cagaran kepada peneroka apabila peneroka mengusahakan sendiri tanaman semula tersebut.

Pada jam 3.00 petang ini, Sdr Mazlan Aliman akan mengadakan dialog dengan penerok felda di Dewan Orang Ramai Felda Trolak Utara. Sebelah malamnya pula, beliau akan berceramah di Felda Trolak Selatan. Semua dijemput hadir.

Ketika tulisan ini disiarkan, mereka masih di Balai Polis Slim River. Bersama kita berdoa agar kezaliman ini akan terhapus dari Bumi Malaysia ini khususnya dan di dunia amnya buat selama-lamanya. Amin..

Tuesday, May 26, 2009

Al Fatihah Untuk Suami Mantan Ketua Muslimat

Pas Kawasan dimaklumkan tentang kematian suami kepada Mantan Ketua Muslimat Pas Tanjung Malim, Kak Zan pagi tadi. AF Ustaz tarmizi bersama setiausaha dan beberapa pimpinan Pas Kawasan sempat menziarahi jenazah Allahyarham kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Takziah untuk Kak Zan dan keluarga..
Semoga Ruhnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..

Suasana Sekitar Majlis Bersama DS Nizar