Tuesday, June 1, 2010

Budaya 'Part Time' Melemahkan Jamaah

Memetik kata-kata Dr Fathi Yakan bahawa budaya bekerja secara 'Part Time' atau tidak menginfakkan sepenuh jiwa dan tenaga untuk membangunkan Islam adalah punca kewujudan situasi di mana lahirnya pendokong-pendokong yang mengaku menggabungkan dirinya dalam jamaah Islam tidak mempunyai kualiti yang sebenarnya.

Pas sebagai gerakan Islam yang meletakkan Tarbiyyah Islamiyyah sebagai asas untuk ahli-ahlinya agar dapat bertahan dengan segala cabaran dan tohmahan demi mencapai matlamat menegakkan daulah iskamiyyah di Malaysia ini kadang-kadang seakan-akan lambat dicapai. Ini mungkin berpunca daripada sikap sesetengah pendokong yang menganggap kerja Islam sebagai mengisi masa lapang, dibuat sekiranya berkesempatan atau dilaksanakan sekiranya tidak menjejaskan kepentingan dirinya.

Sebagai seorang ahli gerakan yang berbaiah untuk memperjuangkan Islam seharusnya tidak menimbulkan situasi begini. Walau apa yang dilakukan, setiap Mukmin perlu meletakkan Islam sebagai matlamat untuk dicapai. Tidak kira apa kerjaya yang diceburi, yang penting pamerkan akhlak Islamiyyah dan sentiasa menunjukkan kualiti terbaik serta mengajak ummat ke arah memahami Islam, seterusnya menjadikan Islam sebagai Addin atau cara hidup.

Begitulah antara tawjihad yang disampaikan oleh Exco Pemuda Pas Selangor dalam program Ijtimak Bulanan Pas Kawasan Tg Malim yang diadakan di Markas Pas Berop pada 29 Mei yang lalu.

Ijtimak yang bermula dengan Solat Maghrib berjamaah ini dihadiri kira-kira 50 orang ahli dan pimpinan Pas Tg Malim. Antara pimpinan yang hadir adalah setiausaha Pas Kawasan, Bendahari dan beberapa AJK Pas Kawasan yang lain.

No comments: