Tuesday, December 8, 2009

BN Tiru Pakatan Rakyat – Ustaz Khalil

Manusia memang diciptakan untuk berpolitik, Firman Allah ‘Aku jadikan manusia di atas muka bumi sebagai Khalifah’ dan tugas Khalifah adalah mentadbir. Mentadbir tu berpolitiklah.” Petikan ucapan pembukaan oleh Al-Fadhil Ustaz Tarmizi Abdul Rahman ketika berucap di dalam majlis Ceramah Isu Semasa yang diadakan di Kampung Kuala Slim. Beliau menegaskan setiap orang islam wajib berpolitik dan perlu berpolitik cara Rasullullah bukannya secara asobiyyah.


Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Chan Ming Kai, Adun Simpang Pulai dan YB Ustaz Khalil Idham Lim Bin Abdullah Adun Titi Serong merangkap Ketua Penerangan Pas Perak.


YB Chan Ming Kai yang segak dengan berbaju melayu dan bersongkok menarik perhatian hadirin dengan ucapan penuh bersemangat diselangi dengan hujah-hujah ayat al-Quran sehingga di gelar pengerusi Majlis dengan gelaran Ustaz Chan Ming Kai. Alang-alang penceramah pastinya kalah dengan anak muda lepasan Jurusan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini.


Ustaz Khalil pula mendedahkan beberapa perkara yang dicedok oleh UMNO daripada pentadbiran Pakatan Rakyat yang lalu yang mana mereka ini seperti sedang bertungkus lumus menjilat kotoran yang dimuntahkan ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak. Diantara perkara tersebut adalah, peruntukan kepada portfolio Hal ehwal bukan islam yang menjadi antara serangan kepada isu Pas tunggangan DAP. Jika PR

hanya menyediakan RM1juta tetapi BN cuba tunjuk lagak dengan menambah peruntukan kepada RM4juta.


Begitu juga dengan peruntukan kepada SUWA (sekolah aliran cina), jika Pakatan Rakyat memberikan 1000ekar tanah kepada SUWA dan 1000 ekar tanah lagi kepada SAR, UMNO cuba tunjuk baik dengan memperuntukkan RM300,000 kepada setiap SUWA malah mengeluarkan pendahuluan sebanyak RM100,000 tetapi mereka cuba menganaktirikan SAR dengan tiada sebarang peruntukan kepada SAR. Sedangkan mereka lupa isu pemberian tanah kepada SUWA itulah yang mereka jerit-jeritkan sehingga lupa kepada sejarah yang UMNO telah memberikan berkali-kali ganda tanah kepada tauke-tauke cina. Semua ini mereka lakukan hanya untuk menarik kembali sokongan orang cina kepada mereka.

No comments: