Friday, June 14, 2013
Ijtimak Ilmu Pas Kawasan Tanjung akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:
Tarikh :
14 Jun 2013
Masa :
Bermula Solat Maghrib
Penceramah :
Al Fadhil Us Ati'ullah Othman
Semua dijemput hadir.
Wednesday, May 29, 2013
'Hidupkan' Al Quran Ketika Hidup
Al Quran diturunkan oleh Allah SWT untuk manusia sebagai panduan dan diamalkan atau dihidupkan. Ia selaras dengan tuntutan Al Quran sebagai Rukun Iman yang ketiga, beriman kepada Kitab. Malangnya, kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini menghidupkan Al Quran setelah dia mati, tetapi mematikan Al Quran ketika dia hidup.
Mengulas lanjut lagi, YB Ustaz Zawawi Hassan menyatakan sikap sesetengah umat Islam yang hanya menbaca atau mengupah orang lain membaca @ menghidupkan Al Quran setelah mati atau ketika ada kematian sahaja. Hal ini bertentangan dengan tujuan al Quran itu diturunkan.
YB Ustaz Zawawi berkata demikian ketika menyampaikan Tawjihad sempena Usrah Pemuda Pas Kawasan Tg Malim di Felda Besout yang diadakan di Markas Pas Besout Satu. Turut menyampaikan ucapan aluan Sdr Junaidin Yusop selaku Ketua Pemuda Pas Kawasan Tg Malim.
Majlis turut dihadiri oleh pimpinan Pas kawasan, cawangan serta tidak ketinggalan para Muslimat. Af Ustaz Zawawi yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas Perak menamatkan tawjihadnya di hadapan kira-kira 100 orang ahli Pas dengan mengingatkan akan tanggungjawab dakwah yang mesti dipikul oleh setiap ahli pas selaku ahli gerakan Islam. Pandanglah ahli masyarakat yang menjauhi Islam dengan pandangan kasih sayang dan niatkan setiap yang akan disampaikan, ikhlas dari hati seorang pendakwah agar mesej dapat sampai ke hati orang yang didakwah.Sebelum berangkat pulang, Yb Ustaz Zawawi turut merasmikan perlawanan persahabatan Futsal antara pemuda-pemuda Besout di Padang Futsal Besout 03.
Wednesday, May 22, 2013
Lahirkan Agamawan yang Memimpin dan Pemimpin yang Beragama
Sempena sambutan hari guru Pasti 2013, buat julung kalinya Pasti kawasan Tg Malim telah menganjurkan majlis bagi meraikan guru-guru Pasti yang terdiri dari sembilan buah Pasti di kawasan ini. Majlis yang serba sederhanana ini turut mengundang YDP Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli juga merupakan Calon N58 Slim pada PRU-13 baru-baru ini.
Dalam ucapannya, YDP melahirkan harapan yang amat tinggi kepada guru-guru Pasti agar melahirkan golongan agama yang boleh memimpin dan pemimpin yang beragama. Ini selaras dengan tuntutan Islam yang tidak memisahkan antara agama dan kehidupan, malah Islam itu diamalkan sebagai satu cara hidup.
Selain itu, beliau juga berharap agar anak-anak lepasan Pasti mampu menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris sebagai persediaan mendalami ilmu-ilmu Islam serta mampu menjadi pendakwah yang baik pada masa hadapan.
Turut hadir pada majlis tersebut, pengurus-pengurus unit, ahli keluarga guru Pasti serta Jawatankuasa Pasti kawasan Tg Malim.
Terdahulu, Pengerusi Pasti kawasan turut menyampaikan ucapan alu-aluan serta disambung dengan tazkirah yang disempurnakan oleh Ustazah Junaidah.
Sebelum menikmati jamuan tengah hari, YDP telah menyampaikan anugerah tokoh guru Pasti 2013 kepada sembilan orang guru yang mewakili setiap Pasti.
Sunday, April 28, 2013
Wednesday, April 24, 2013
Sunday, January 20, 2013
Kursus Persediaan Petugas Pilihanraya
Para petugas pilihanraya bagi DUN Slim telah menyertai kursus anjuran MTD Slim yang diadakan di Pejabat Pas Kawasan Tg Malim pagi tadi. Seramai 50 orang wakil terdiri daripada muslimin dan muslimat dari seluruh UPU berjaya menamatkan kursus yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengah hari.
Kursus telah disempurnakan oleh penceramah yang diundang khas daripada JPN Negeri Perak.
Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh TYD, Tn Hj Abdul Salam melahirkan rasa bersyukur dengan kehadiran para peserta dan berharap komitmen yang memberangsangkan ini terus bertahan sehingga pilihanraya.
Kursus berakhir dengan simulasi pilihanrya yang menurut para peserta yang hadir, lebih memantapkan kefahaman mereka.
Sunday, December 9, 2012
Al Fatihah .. Hj Abdullah Omar Kembali ke Rahmatullah
Pas Kawasan Tg Malim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hj Abdullah Omar yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Semoga ruhnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.
Allahyarham semasa hayatnya pernah bertugas sebagai OCPD di Slim River. Dan, di akhir hayatnya, beliau sempat berucap di Muktamar Pas baru-baru ini dan memohon maaf kepada semua ahli Pas di atas segala salah dan silapnya terutama ketika menjawat jawtan sebagai anggota polis. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruh beliau. Al Fatihah.
Allahyarham semasa hayatnya pernah bertugas sebagai OCPD di Slim River. Dan, di akhir hayatnya, beliau sempat berucap di Muktamar Pas baru-baru ini dan memohon maaf kepada semua ahli Pas di atas segala salah dan silapnya terutama ketika menjawat jawtan sebagai anggota polis. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruh beliau. Al Fatihah.
Sunday, December 2, 2012
UMNO Lahirkan Samseng Berpakaian Pemimpin
Gaya dan lagak seperti samseng, tetapi berpakaian pemimpin dan mengaku pembela keadilan serta menjaga kesejahteraan rakyat. Itulah gambaran bagaimana UMNO dan BN berjaya merekrut ahli-ahlinya agar menjadi samseng dan bertindak di luar batasan nilai serta jelas melanggar peraturan dan undang-undang negara. Beginikah orang yang akan kita harapkan untuk mewarisi pemimpin negara pada masa hadapan.
Mahukah kita menyerahkan nasib dan kebajikan kita diuruskan oleh orang seperti ini?? sambil disambut oleh para hadirin dengan 'KO UMNO'. Begitulah antara ucapan YDP Pas Kawasan Tg Malim,Tn Hj Aminuddin Zulkipli ketika berceramah di Felda Trolak Timur dalam sesi penerangan beberapa hari lalu.
Beliau mengulas isu yang berlaku di Felda Besout dan Felda Trolak Timur ketika program Konvoi Tawan DUN Slim yang diadakan pada 24 November yang lalu.
Terdahulu, YDP bersama pimpinan Pas kawasan telah membuat laporan polis di IPD Tg Malim bersama pimpinan Pas yang lain. Sejurus selepas itu, YDP telah mengadakan sidang media dan menyatakan kesediaan Pas Kawasan Tg Malim untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)















