Monday, November 16, 2015

Majlis Asatizah Kawasan Tg Malim

Seramai 100 orang asatizah yang terdiri daripada guru-guru, imam, bilal dan beberapa pimpinan masyarakat menjayakan majlis Asatizah pada tahun 2015 ini.

Majlis ini berlangsung di Dewan Dato Kasim, Slim River yang telah dirasmikan oleh PJ Pas Perak, Tn Hj Razman Zakaria.

Turut menyampaikan ucapan, YDP Pas Tg Malim, Af Ustaz Tarmizi Ab Rahman dan Yb Ustaz Zawawi.

Majlis berlangsung dalam keadaan penuh harmoni. Jamuan laksam menutup majlis Asatizah.

Thursday, September 3, 2015

Sambutan Merdeka Pas

Pas kawasan Tg Malim bersama Pas negeri Perak telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan di Parlimen Tg Malim.

Majlis yang berlangsung di Bandar Behrang 2020 telah dijayakan oleh PJ Pas Perak, Tn Hj Razman, Us Azli Musa, Sdr Narayanan, Dr Zuhdi dan beberapa pimpinan lain. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YDP Pas Tg Malim, Us Tarmizi Ab Rahman.

Majlis ditutup dengan coundown detik 12.00 malam, laungan Takbir, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Pas. Doa penutup dibacakan oleh Us Norazli.

Monday, August 31, 2015

Futsal Piala YDP Mendapat Sambutan Hebat

Tahniah kepada Pas Kawasan Tg Malim, terutamanya Lajnah Sukan Dewan Pemuda Pas yang berjaya nenganjurkan Pertandingan Futsal Piala YDP Tg Malim buat julung kalinya.

Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan ini, yang diadakan di Gelanggang Futsal Behrang 2020.

Acara perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan sendiri oleh ydp, Us Tarmizi Ab Rahman.

Saturday, June 13, 2015

Kursus Asas Penerangan

Tarikh : 13 Jun 2015
Masa  :  8.00 pagi - 12.00 t.hari
Tempat : Pejabat Pas Kawasan
Peserta :
1. Ajk Pas Kawasan
2. Ajk Dewan Pemuda Pas Kawasan
3. Ajk Dewan Muslimat Pas Kawasan
4. Ketua & S/U Cawangan
5. Ketua dan S/U Penerangan Cawangan

Kehadiran : 30 orang
Pembentang : Af Ustaz Misbahul Munir Masduki

Saturday, May 30, 2015

Bengkel Plan Strategik Pas Tg Malim

Perancangan yang tersusun adalah penyumbang kepada tercapainya pelaksanaan yang mantap dan dapat mencapai objektif yang diharapkan.

Sebelum sesuatu takwim disusun, perlu ada satu perbincangan dan perancangan yang disusun rapi agar setiap lajnah dapat bergerak dengan baik.

Pas kawasan mengambil langkah yang proaktif dengan mengadakan satu Bengkel Plan Strategik yang melibatkan semua jawatankuasa lajnah Pas Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Ydp Pas Kawasan Tg Malim, AF Ustaz Tarmizi Ab Rahman telah membentangkan Visi dan Misi Pas kawasan sepanjang 2015-17 untuk memandu peserta bengkel mengatur program bagi mencapai visi dan misi tersebut.

Turut berucap, ketua Dewan Muslimat dan Ketua Dewan Pemuda yang memperkenalkan jawatankuasa masing-masing.

Sesi pertama selepas ucapan ialah perbincangan objektif dan penyusunan objektif setiap lajnah.

Selepas itu, semua ketua lajnah membentangkan cadangan aktiviti dan diikuti dengan komen dan cadangan penambahbaikan daripada semua peserta.

Sebelah petang, satu rumusan takwim telah dibentangkan oleh setiausaha sebagai hala tuju Pas Kawasan untuk dicapai.

Program berakhir dengan bacaan doa oleh Af Ustaz Aswad dan peserta menikmati jamuan minum petang sebelum bersurai.

Friday, May 22, 2015

Tanjung Malim Lahirkan Pejuang Islam

Pas kawasan Tanjung Malim diketuai oleh YDP, Af Ustaz Mohd Tarmizi bersama Setiausaha dan beberapa pimpinan Pas Kawasan telah berjaya mengenengahkan fakta sebenar tentang kewujudan sejarah perjuangan Islam di bumi Tanjung Malim ini.

Af Ustaz Tarmizi telah berucap dalam sebuah forum anjuran UPSI berjudul 'Wacana Riwayat Tanjung Malim' yang mana beliau menyanggah fakta yang dikemukakan oleh ahli panel seolah menafikan kewujudan pejuang kemerdekaan di Kawasan Tg Malim. Beliau maksudkan ialah Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Bostaman dan Dr Zulkifli Mohamad.

Atas kekuatan fakta dan bukti yang diketengahkan, ahli panel bersetuju meletakkan nama pejuang tadi sebagai pejuang Islam menuntut kemerdekaan yang dipadam nama mereka daripada sejarah oleh pihak pemerintah.

Tahniah kepada Af Ustaz Tarmizi dan rombongan atas kejayaan ini.