Sunday, December 9, 2012

Al Fatihah .. Hj Abdullah Omar Kembali ke Rahmatullah

Pas Kawasan Tg Malim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hj Abdullah Omar yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Semoga ruhnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Allahyarham semasa hayatnya pernah bertugas sebagai OCPD di Slim River. Dan, di akhir hayatnya, beliau sempat berucap di Muktamar Pas baru-baru ini dan memohon maaf kepada semua ahli Pas di atas segala salah dan silapnya terutama ketika menjawat jawtan sebagai anggota polis. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruh beliau. Al Fatihah.

Sunday, December 2, 2012

UMNO Lahirkan Samseng Berpakaian Pemimpin

Gaya dan lagak seperti samseng, tetapi berpakaian pemimpin dan mengaku pembela keadilan serta menjaga kesejahteraan rakyat. Itulah gambaran bagaimana UMNO dan BN berjaya merekrut ahli-ahlinya agar menjadi samseng dan bertindak di luar batasan nilai serta jelas melanggar peraturan dan undang-undang negara. Beginikah orang yang akan kita harapkan untuk mewarisi pemimpin negara pada masa hadapan.


Mahukah kita menyerahkan nasib dan kebajikan kita diuruskan oleh orang seperti ini?? sambil disambut oleh para hadirin dengan 'KO UMNO'. Begitulah antara ucapan YDP Pas Kawasan Tg Malim,Tn Hj Aminuddin Zulkipli ketika berceramah di Felda Trolak Timur dalam sesi penerangan beberapa hari lalu.

Beliau mengulas isu yang berlaku di Felda Besout dan Felda Trolak Timur ketika program Konvoi Tawan DUN Slim yang diadakan pada 24 November yang lalu.

Terdahulu, YDP bersama pimpinan Pas kawasan telah membuat laporan polis di IPD Tg Malim bersama pimpinan Pas yang lain. Sejurus selepas itu, YDP telah mengadakan sidang media dan menyatakan kesediaan Pas Kawasan Tg Malim untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat.