Wednesday, July 3, 2013

Ramadhan Bulan Mengumpul Kekuatan dan Ketaqwaan - Dr Jamnul Azhar Mulkan

Ambil peluang di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini untuk kita sebagai umat Islam, lebih-lebih lagi bagi kita yang berjuang dalam gerakan Islam untuk memanfaatkan sepenuhnya bulan ini dengan membanyakkan Qiamulail. Amalan ini jika dilakukan akan membuahkan natijah kekuatan dalaman serta  menjadi benteng terhadap sebarang serangan ideologi atau apa jua ancaman yang boleh merosakkan aqidah.

 Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ' Sesiapa yang hatinya gembira menyambut kedatangan Ramadhan dan membuat persediaan menyambutnya, Allah haramkan jasadnya dari api neraka.

Seterusnya, beliau juga mengingatkan agar bersedia dan melatih diri dengan melazimkan bacaan al Quran bermula sebelum Ramadhan lagi agar dapat dihabiskan bacaan al Quran dalam bulan Ramadhan. Dan, yang lebih penting, bacalah al Quran dan fahamilah kandungannya dengan membaca tafsiran ayat-ayat Allah agar dikurniakan taufiq dan hidayah dari Allah dapat memilih yang makruf dan menghindari yang mungkar.

Begitulah antara intipati tazkirah yang disampaikan oleh AF Ustaz Dr Jamnul Azhar Mulkan ketika menympaikan kuliah sempena perasmian Madrasah Al Rasyid di Kampung Kuala Slim.

Turut hadir, setiausaha Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Junid bin Hj Anuar, Ketua Pemuda Sdr Junaidin Yusop dan barisan kepimpinan pemuda dan kawasan serta jawatankuasa cawangan yang memenuhi dewan bermula Maghrib lagi.

Tidak ketinggalan, mantan YDP Pas Tg Malim AF Ustaz Tarmizi Ab Rahman turut hadir bersama menjayakan program anjuran Pas Cawangan Kuala Slim ini.

Majlis berakhir sekitar jam 11.00 malam.


No comments: