Tuesday, March 30, 2010

Tahniah TG Nik Aziz



TG Nik Aziz telah dipilih semula sebagai Mursyidul Am Pas untuk lima tahun lagi. Walaupun Nik Aziz dilaporkan gembira dengan perlantikan semula itu dan begitu memahami hasrat penyokong parti, namun beliau tetap bergantung kepada kesihatannya.

Pas Kawasan Tg Malim sentiasa mendoakan kesihatan TG dan berharap diberi kelapangan untuk terus membimbing pejuang-pejuang Parti Islam Semalaysia seluruhnya.

Allahu Akbar

Monday, March 29, 2010

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tg Malim

Ijtimak Bulanan Pas di Sabar Jaya


Lujnah Tarbiyyah Pas Kawasan Tg Malim telah menganjurkan ijtimak bulanannya setiap bulan bermula bulan Februari bagi sesi 2010 ini. Kali pertama ijtimak bulanan ini diadakan di Felda Besout 2.

Ijtimak bulanan kali ini telah diadakan di Kampung Sabar Jaya, Sungkai. Program bermula dengan Solat Isyak berjamaah, dan seterusnya pengisian disampaikan oleh Tn Hj Abdul Salam, Timbalan YDP Pas Kawasan Tg Malim.

Seramai kira-kira 80 orang telah memenuhi ruang Surau Kg Sabar Jaya untuk mendengar Taujihad yang disampaikan oleh pimpinan Kawasan itu.

Majlis berakhir dengan dialog antara ahli dan pimpinan kawasan dan jamuan makan kira-kira jam 11.30 malam.

Kehidupan Terjaga Bila Infakkan Diri Untuk Allah



Dalam kita menjalani kehidupan kita seharian, manusia sering merasakan seolah-olah urusan hidupnya ditentukan oleh dirinya sendiri, sedangkan dia terlupa bahawa manusia hanya diberi ikhtiar oleh Allah SWT, tetapi pengatur sebenarnya ialah Allah SWT.

Apabila manusia yang berjuang dijalan Allah dengan penuh keikhlasan dan menyerahkan segala urusan kepada Allah, nescaya Allah akan memudahkan semua urusan dunianya. Inilah kemanisan yang dinikmati oleh pejuang-pejuang Agama Allah.

Menurut Ust Mior Isfandi bin Mior Azizan lagi selaku perasmi Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim kali ke 8, pemuda-pemuda juga perlu banyak bercakap mengenai kebesaran dan ayat-ayat Allah. Selain itu, banyakkan mengadu kepada Allah, banyakkan Solat Istikharah dan sentiasa mengamalkan Musyawarah dalam menangani sesuatu permasalahan. setelah itu, pertahankan keputusan musyawarah itu, katanya lagi.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Ustaz Nik Abdul Hadi selaku naib YDP Pas Kawasan Tg Malim sebagai wakil pihak Pas Kawasan.

Mesyuarat agung kali ini dikendalikan oleh Imam Kholili Kasim dan Sdr Zulkifi Che Nas kerana pengerusi tetap yang dilantik mengalami keuzuran, tidak dapat hadir.

Mesyuarat selesai pada pukul 2.00 petang dengan semua Jawatankuasa, perwakilan dan pemerhati menikmati hidangan tengah hari.