Tuesday, April 13, 2010

PROGRAM LAJNAH TANAH & PEMBANGUNAN WILAYAH PAS PERAK

26 Rabiulakhir 1431H,

Program taklimat dan dialog bersama Mazlan Aliman. yang diadakan antara jam 3.00 ptg - 6.00 ptg di PASTI di Felda Gunung Besout 2. Di dalam taklimat yang sampaikan oleh Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK) banyak menyentuh isu - isu penyelewengan dan penindasan Felda terhadap golongan peneroka.

Banyak persoalan yang dikemukan oleh peneroka di dalam sessi dialog yang berkisar tentang masalah generasi kedua Felda, bebanan hutang yang terpaksa di tanggung dan masalah hak milik tanah di Felda. Kira-kira 100 orang peneroka hadir dalam program ini. Program ini turut di hadiri oleh Haji Razman selaku Pengerusi Lajnah Tanah & Pemb. Wilayah Pas Perak, YDP Pas Kawasan Tanjung Malim dan AJK Lajnah.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerus lajnah di Penringkat Negeri Perak, Hj. Razman Zakaria.

Pada sebelah mamam pula diadakan satu Ceramah penerangan yang dianjur oleh Pas Kawasan Tanjung Malim di sampaikan oleh Mazlan Aliman sebagai penceramah pertama dan YB Drs. Khalil Idhan Lim ( Ketua Penerangan Pas Perak). Ceramah dihadiri kira- kira 200 orang.





Sekitar Mesyuarat Agung Pas Kawasan ke 28



Sunday, April 11, 2010

Perjuangan Pas Demi Menyempurnakan Taqwa

Suatu hari, Saidina Umar Al Khattab telah bertanya Ibnu Abbas tentang Taqwa. Ibnu Abbas seorang yang terkenal sebagai orang yang lebih faham tentang sesuatu tafsiran telah menjawab dengan katanya, "Jika kamu berjalan dalam keadaan tempat yang banyak duri, bagaimanakah keadaanmu?" Maka jawab Umar, "Aku akan berhati-hati" lalu dilanjutkan bicara oleh Ibnu Abbas, "Itulah Taqwa"

Daripada kisah ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa sifat taqwa wajib ada dalam jiwa setiap Muslim demi menyelamatkannya daripada terjerumus ke lembah kebinasaan, baik kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

Perjuangan Pas adalah bertujuan untuk menyempurnakan Taqwa. Ini bermakna, ketaqwaan Muslim belum sempurna sekiranya seluruh hidupnya tidak diinfakkan dalam perjuangan Islam yang menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar. Demikianlah penegasan daripada AF Ustaz Misbahul Munir Masduki selaku perasmi Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tanjong Malim kali ke 28 yang bertempat di Markas Pas Kawasan Tg Malim, Espek Serigala, Slim River.

Beliau juga menegaskan bahawa frasa menyempurnakan Taqwa telah ditulis oleh para Ulama' yang terkandung dalam perlembagaan Pas. Beruntunglah bagi sesiapa yang berjuang bersama Pas demi menegakkan Islam.

Mesyuarat agung tanpa pemilihan ini telah berlangsung dalam suasana yang penuh ukhuwah serta berjaya meluluskan beberapa usul yang rata-rata didisifatkan oleh perwakilan sebagai usaha untuk memperkasakan Parti.

Perasmi juga telah sudi menyampaikan cenderahati kepada beberapa mantan pimpinan Pas Tg Malim yang dijemput khas sama ada datang sendiri atau warisnya (bagi yang telah kembali ke Rahmatullah) sebagai mengenang jasa-jasa mereka dalam memajukan serta meningkatkan sokongan masyarakat kepada Islam melalui perjuangan Pas di kawasan Tg Malim ini.

Mesyuarat kali ini berakhir pada pukul 2.00 petang.