Wednesday, May 29, 2013

'Hidupkan' Al Quran Ketika Hidup


Al Quran diturunkan oleh Allah SWT untuk manusia sebagai panduan dan diamalkan atau dihidupkan. Ia selaras dengan tuntutan Al Quran sebagai Rukun Iman yang ketiga, beriman kepada Kitab. Malangnya, kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini menghidupkan Al Quran setelah dia mati, tetapi mematikan Al Quran ketika dia hidup.

Mengulas lanjut lagi, YB Ustaz Zawawi Hassan menyatakan sikap sesetengah umat Islam yang hanya menbaca atau mengupah orang lain membaca @ menghidupkan Al Quran setelah mati atau ketika ada kematian sahaja. Hal ini bertentangan dengan tujuan al Quran itu diturunkan.

YB Ustaz Zawawi berkata demikian ketika menyampaikan Tawjihad sempena Usrah Pemuda Pas Kawasan Tg Malim di Felda Besout yang diadakan di Markas Pas Besout Satu. Turut menyampaikan ucapan aluan Sdr Junaidin Yusop selaku Ketua Pemuda Pas Kawasan Tg Malim.

Majlis turut dihadiri oleh pimpinan Pas kawasan, cawangan serta tidak ketinggalan para Muslimat. Af Ustaz Zawawi yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas Perak menamatkan tawjihadnya di hadapan kira-kira 100 orang ahli Pas dengan mengingatkan akan tanggungjawab dakwah yang mesti dipikul oleh setiap ahli pas selaku ahli gerakan Islam. Pandanglah ahli masyarakat yang menjauhi Islam dengan pandangan kasih sayang dan niatkan setiap yang akan disampaikan, ikhlas dari hati seorang pendakwah agar mesej dapat sampai ke hati orang yang didakwah.

Sebelum berangkat pulang, Yb Ustaz Zawawi turut merasmikan perlawanan persahabatan Futsal antara pemuda-pemuda Besout di Padang Futsal Besout 03.

Wednesday, May 22, 2013

Lahirkan Agamawan yang Memimpin dan Pemimpin yang Beragama


Sempena sambutan hari guru Pasti 2013, buat julung kalinya Pasti kawasan Tg Malim telah menganjurkan majlis bagi meraikan guru-guru Pasti yang terdiri dari sembilan buah Pasti di kawasan ini. Majlis yang serba sederhanana ini turut mengundang YDP Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli juga merupakan Calon N58 Slim pada PRU-13 baru-baru ini.

Dalam ucapannya, YDP melahirkan harapan yang amat tinggi kepada guru-guru Pasti agar melahirkan golongan agama yang boleh memimpin dan pemimpin yang beragama. Ini selaras dengan tuntutan Islam yang tidak memisahkan antara agama dan kehidupan, malah Islam itu diamalkan sebagai satu cara hidup.

Selain itu, beliau juga berharap agar anak-anak lepasan Pasti mampu menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris sebagai persediaan mendalami ilmu-ilmu Islam serta mampu menjadi pendakwah yang baik pada masa hadapan.

Turut hadir pada majlis tersebut, pengurus-pengurus unit, ahli keluarga guru Pasti serta Jawatankuasa Pasti kawasan Tg Malim.

Terdahulu, Pengerusi Pasti kawasan turut menyampaikan ucapan alu-aluan serta disambung dengan tazkirah yang disempurnakan oleh Ustazah Junaidah.

Sebelum menikmati jamuan tengah hari, YDP telah menyampaikan anugerah tokoh guru Pasti 2013 kepada sembilan orang guru yang mewakili setiap Pasti.