Sunday, December 9, 2012

Al Fatihah .. Hj Abdullah Omar Kembali ke Rahmatullah

Pas Kawasan Tg Malim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hj Abdullah Omar yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Semoga ruhnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Allahyarham semasa hayatnya pernah bertugas sebagai OCPD di Slim River. Dan, di akhir hayatnya, beliau sempat berucap di Muktamar Pas baru-baru ini dan memohon maaf kepada semua ahli Pas di atas segala salah dan silapnya terutama ketika menjawat jawtan sebagai anggota polis. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruh beliau. Al Fatihah.

Sunday, December 2, 2012

UMNO Lahirkan Samseng Berpakaian Pemimpin

Gaya dan lagak seperti samseng, tetapi berpakaian pemimpin dan mengaku pembela keadilan serta menjaga kesejahteraan rakyat. Itulah gambaran bagaimana UMNO dan BN berjaya merekrut ahli-ahlinya agar menjadi samseng dan bertindak di luar batasan nilai serta jelas melanggar peraturan dan undang-undang negara. Beginikah orang yang akan kita harapkan untuk mewarisi pemimpin negara pada masa hadapan.


Mahukah kita menyerahkan nasib dan kebajikan kita diuruskan oleh orang seperti ini?? sambil disambut oleh para hadirin dengan 'KO UMNO'. Begitulah antara ucapan YDP Pas Kawasan Tg Malim,Tn Hj Aminuddin Zulkipli ketika berceramah di Felda Trolak Timur dalam sesi penerangan beberapa hari lalu.

Beliau mengulas isu yang berlaku di Felda Besout dan Felda Trolak Timur ketika program Konvoi Tawan DUN Slim yang diadakan pada 24 November yang lalu.

Terdahulu, YDP bersama pimpinan Pas kawasan telah membuat laporan polis di IPD Tg Malim bersama pimpinan Pas yang lain. Sejurus selepas itu, YDP telah mengadakan sidang media dan menyatakan kesediaan Pas Kawasan Tg Malim untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat.


Friday, November 30, 2012

Jamuan Amal Pemuda Pas

Slim River : 28 Nov - Sekalung tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim kerana berjaya menganjurkan Jamuan Makan Malam Amal bagi mencari dana pilihanraya ke -13. YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkpli yang berucap pada malam tersebut turut meyakini tentang kebersediaan ahli-ahli Pas dan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya yang dikatakan tidak lama lagi. Pemuda yang merupakan sayap kanan bagi perjuangan Pas kini terbukti mampu mendepani cabaran serta berani menghadapi segala risiko demi memperjuangkan agenda Negara Berkebajikan menjadi kenyataan.


Antara pemidato yang menyampaikan ucapan pada malam tersebut selain YDP, Ketua Pemuda Sdr Junaidin Yusop, Cik Chua Yeeling (PKR) Us Zawawi Hassan Ketua Pemuda Pas Perak, Tn Hj Hamzah (PKR), Mejar (B) Kamal Ketua Cabang PKR Tg Malim, Us Abu Bakar Husin, Pesuruhjaya Pas Perak dan YAB Ir  Nizar Jamaludin, Menteri Besar Perak yang sah. 

Majlis makan malam yang bermula seawal jam 8.00 malam telah dipengerusikan oleh artis undangan khas, Sdr Leman raja lawak. Beliau dengan ketokohan dan kepakaran yang dimiliki telah membuatkan Dewan Cina Slim River riuh dengan gelak ketawa hadirin yang terhibur dengan telatah beliau.

Majlis berakhir sekitar jam 12.00 malam dengan pemidato terakhir menyampaikan ucapan, YAB Tn Hj Ir Nizar Jamaluddin.

Cik Chua Yeeling sedang menyampaikan ucapan

Tetamu tekun dan santai mendengar ucapan pimpinan

YAB Ir Tn Hj Nizar Jamaluddin 

YAB Nizar bersama pimpinan Keadilan selepas majlis

Bantuan kebajikan..

Pengerusi majlis - Leman Raja Lawak


Monday, November 26, 2012

Konvoi Jelajah DUN Slim Berjaya...

Konvoi Jelajah DUN Slim yang diadakan pada 24 November telah berjaya menggusarkan pihak lawan sehingga mereka telah mengatur satu perancangan bagi menggagalkan program jelajah tersebut. Namun, berkat kesabaran dan ketokohan kepimpinan Pas kawasan Tg Malim, hal ini telah berjaya menaikkan momentum perjuangan di kalangan ahli dan menarik sokongan dan simpati daripada pihak yang tidak berparti untuk bersama memenangkan Pas.

Konvoi yang dijadualkan bermula di Besout 4 & 5 telah diganggu oleh pihak yang tidak bertamadun. (Maklumat lanjut boleh baca di http://rojakpasembor.blogspot.com/2012/11/konvoi-jelajah-dun-slim-disekat-di.html )

YDP Pas Tg Malim selaku pihak yang dihalang untuk ke Besout pada pagi itu telah bergerak ke Kg Changkat Sulaiman untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian, terus menuju ke Sungkai untuk bersarapan dan sesi taklimat daripada pengarah program, Us Mohd Shafie Hamid.

Kg Klah Baru merupakan tempat pertama yang dikunjungi dan menyampaikan sumbangan kebajikan serta sumbangan kepada mangsa banjir. Kira-kira 15 buah rumah telah diziarahi. sumbangan disampaikan oleh Tn Hj Aminuddin Zulkipli dan dibantu oleh Tn Hj Razman, Timb. Pesuruhjaya II, Pas Perak.

Seterusnya, pasukan konvoi bergerak ke Pekan Trolak dan Slim River sebelum ke Kg Kuala Slim untuk berehat serta makan tengah hari. Selepas solat Zohor di Masjid kuala Slim, solat hajat diadakan bagi memohon kemenangan sahabat pejuang Islam palestin khususnya serta pejuang Islam seluruhnya.

Konvoi bertolak dari Kg Kuala Slim sekitar jam 3.00 petang menuju ke Felda Trolak Utara dan selepas Solat Asar, terus ke Markas Pas Trolak Selatan kira-kira jam 5.00 petang. Walaupun jadual asalnya akan ke Felda Trolak Timur, namun insiden sekatan berlaku sekali lagi. Akhirnya, jawatankuasa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan ceramah di Trolak Timur demi mengelak berlakunya sebarang pergaduhan.

Walau bagaimanapun, atas sikap biadap dan tidak bertamadun beberapa pihak dan individu yang menyekat dan melakukan provokasi untuk menggagalkan konvoi ini, pihak Pas Tg Malim akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak tersebut. kita tunggu berita seterusnya akan menyusul...

Gambar sekitar konvoi boleh dilihat di www.facebook.com/pastanjungmalim

Saturday, November 24, 2012

Jelajah Tawan DUN Slim


Insyaallah, sebentar lagi program Jelajah tawan DUN Slim ini akan bermula dengan para peserta akan berqiamulail di Markas Pas Besout 01 sebelum bertolak ke Besout 04 & 05 untuk memulakan siri jelajah.

Ayuh, kita bersama untuk menawan DUN Slim..

Saturday, November 3, 2012

Jom Berkhatan Sempena Cuti Sekolah...


Hanifa Maidin - Sebarkan Islam Dengan Akhlak Islamiyyah

Kekuatan dan tarikan kepada Islam itu sebenarnya banyak bergantung kepada umatnya yang beramal dengan akhlak Islamiyyah yang unggul. Ini dapat dibuktikan dengan menelusuri Sirah Nabawiyah dimana banyak terdapat kisah bagaimana tokoh-tokoh hebat yang menerima Islam kerana tertarik dengan akhlak penganut Islam itu sendiri. Saidatina Aishah R.A. pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah, lalu dikatakan Akhlak rasulullah itu ialah Al Quran.

Tanggungjawab umat akhir zaman ini, wajib perlengkapkan diri dan bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu serta beramal dengan apa yang telah diperolehi. Walaupun usaha dakwah tidak boleh dikesampingkan seperti ceramah, kuliah, bengkel, seminar, tetapi pendekatan dengan amalan ini jauh lebih berkesan dan memberi impak yang amat besar dalam merubah dan merungkai kebejatan sosial dan kezaliman dalam masyarakat. Ahli Pas sebagai pendokong Gerakan Islam perlu lebih bersungguh-sungguh demi mendaulatkan Islam di Malaysia dan seluruh alam.

Beliau berkata demikian dalam siri kuliahnya yang diadakan di Markas Pas Kawasan Tg Malim malam tadi. Turut berucap dan memberikan kata-kata aluan, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, YDP Pas Kawasan.

Seterusnya Sdr Hanipa menyampaikan ceramah bersama En Richard Wong dan pimpinan Pakatan Rakyat di Felda Trolak Selatan.

Friday, November 2, 2012

Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Ahli Gerakan Islam


Tn Hj Aminuddin Zulkipli, YDP Pas Kawasan Tg Malim mengingatkan semua ahli pas supaya tidak lalai dan alpa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ahli gerakan Islam. antara tugas yang perlu diselelsaikan oleh setiap ahli ialah meningkatkan ilmu dalam semua bidang terutama ilmu-ilmu Islam. 

Beliau mengulas demikian ketika ditanya di pejabatnya hari ini sebagai mengulas tentang kuliah perundangan yang akan disampaikan oleh Sdr Hanipa Maidin pada 2 November ini di Markas Tarbiyyah Pas, di Serigala. Beliau juga mengharapkan kehadiran awal daripada semua ahli demi melicinkan perjalanan program.

Sdr Hanipa Maidin dijadualkan akan berceramah bersama Richard Wong di Felda Trolak Selatan pada malam tersebut.

Saturday, September 15, 2012

Usrah DPPTM Bersama Pas Cawangan Slim River

Dewan Pemuda akan mengadakan Usrah Bulanannya bersama dengan Pas Cawangan Bandar Baru Slim pada ketetapan seperti yang berikut:

 Tarikh :
20 september 2012

Hari :
Khamis

Masa:
Mula Maghrib Berjamaah

Tempat :
Rumah Timb. Ketua Pemuda Pas Kawasan Tg Malim, 
Taman Slim Permai

P/s : Ziarah akan diadakan bermula jam 6.30 petang..

Semua AJK Pemuda dan AJK Pas Cawangan Bandar Baru Slim dijemput hadir.. 

Wednesday, August 22, 2012

JAMUAN AIDILFITRI PAS KAWASAN TG MALIM

Pas Kawasan Tg Malim akan mengadakan jamuan aidil fitri 1433H / 2012 pada ketetapan seperti yang berikut: 

Tarikh :
25 Ogos 2012

Hari:
Sabtu

Masa:
12.00 tengah hari - 6.00 ptg

Tempat:
Dewan Tan Sri Ghazali Jawi

Semua dijemput hadir
Kehadiran tuan/puan menambah keberkatan majlis tersebut.

Friday, July 20, 2012

Jadual Iftar Jamaie 1433H

Sila muat turun jadual Iftar Jamaie Pas Kawasan Tanjung Malim bagi tahun 1433H di SINI



Wednesday, July 11, 2012

Ijtimak Pas Tg Malim

Tarikh : 13 Julai 12 (jumaat)
Masa : Mula Maghrib berjamaah
Tempat : Markas Tarbiyyah Pas Tg Malim, Espek Serigala

Semua ahli Pas wajib hadir

Saturday, July 7, 2012

Manisnya Ibadah Puasa Bagi Yang Beriman

Kemanisan berpuasa hanya dirasai oleh orang-orang yang beriman. Orang yang beriman menanti-nanti kehadiran bulan yang dijanjikan dengan segala macam tawaran yang amat menguntungkan. Berlainan bagi orang yang fasik, yang telah mulai merasai resah apabila telah hampir tibanya Ramadhan.

Orang yang hatinya ikhlas berpuasa akan menatijahkan keuntungan baik dari segi zahir mahupun batin. Misalnya, orang yang berpuasa akan lebih sihat, dengan syarat memenuhi tuntutan dan adab berpuasa dan berbuka mengikut sunnah Rasulullah saw. Demikianlah antara tawjihad uang disampaikan oleh Tn Hj Baharuddin, Ketua Urusan Ulama' Pas Kawasan Tg Malim ketika menyampaikan kuliah Magrib di Masjid Slim Village sebentar tadi.

Seterusnya, beliau juga mengingatkan bahawa puasa bertujuan Mengekang hawa nafsu. Jika kita masih lagi melakukan pembaziran terutama ketika berbuka puasa, maka malanglah dan rigilah kerana berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Selain itu, keikhlasan berpuasa akan menatijahkan seseorang mukmin itu diberi petunjuk dan dibimbing oleh Allah swt ke jalan yang benar. Ditunjukkan juga jalan bagi memilih pemimpin yang bertaqwa dan beramal soleh serta mampu memerintah sekalian manusia berdasarkan undang-undang Allah, yang dengannya mendatangkan kemakmuran dan keamanan negara.

Tn Hj Baharuddin menamatkan  kuliah sebaik sahaja masuk waktu Isyak lalu mengimami Solat Isyak.


Ceramah Rakyat Bicara Selebriti


Monday, July 2, 2012

Majlis Makan Malam Bersama MP Khalid Samad

Majlis tersebut akan diadakan di Markas Pas Besout. Semua dijemput hadir. Tiket masih boleh didapati sehingga majlis bermula.

Jom kita meramaikan majlis sambil mendengar info-info terkini daripada ahli parlimen ini.


Tuesday, June 26, 2012

Mesyuarat Pas Kawasan

Tarikh : 26 jun 2012
Masa : 9.30 malam
Tempat : Pejabat Pas Kawasan Tg Malim

Semua AJK dan ketua cawangan wajib hadir.

Sunday, June 17, 2012

Jamaah Penyelamat Ummah

Berada dalam jamaah adalah satu rahmat Allah kepada ummah bagi menyelamatkan Aqidah dan perjuangan. Perbanyakkan bersyukur jika kita dipilih oleh Allah bagi meneruskan perjuangan yang diwariskan oleh Nabi SAW. Ramai pejuang yang telah berjaya dan tak kurang juga yang gagal di pertengahan jalan kerana termakan dengan hasutan dan tewas dengan nafsu. Itula antara pengisian yang disampaikan oleh af ustaz Zawawi, ketua pemuda pas perak ketika membentangkan tentang rukun baiah di ijtimak pas kawasan tanjing malim yang diadakan di markas tarbiyah, Serigala.

Ijtimak bermula dengan Solat Maghrib berjamaah, kemudian diikuti dengan Solat Hajat dan bacaan Ma'thur. Majlis berhenti rehat dan jamuan makan. Selepas solat isyak, af ust zawawi menyampaikan pengisian pertama dan diikuti oleh af ust soleh, setiausaha dewan ula,a' pas perak.

Ijtimak yang dihadiri  seramai 100 orang ini berakhir kira-kira pukul 11.45 malam.

Friday, April 20, 2012

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tg Malim Kali ke 30

Kebersamaan Mat Sabu menambah ceriakan suasana

Guru-guru Pasti turut hadir sebagai pemerhati

Makan bersama Timb. Presiden

Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi Pas

Selamat bermuktamar

Sertai Himpunan BERSIH Selamatkan Malaysia


Tn Hj Mohd Sabu menjelaskan bahawa Himpunan Bersih 3.0 adalah lanjutan daripada himpunan yang dibuat sebelumnya sebagai tanda protes dan menuntut keadilan dalam pilihanraya. Pas yang memilih perjuangan secara Muwajahah Silmiyyah, amat bergantung kepada perjalanan pilihanraya yang adil, telus dan bertamadun.

Apa yang berlaku hari ini, UMNO BN telah memporak perandakan sistem demokrasi di Malaysia dengan memasukkan pengundi-pengundi melalui pendaftaran oleh SPR dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Akibatnya, kedaulatan negara boleh tergadai.

Lanjutan itu, beliau menyeru dan mewajibkan seluruh ahli Pas menghadiri himpunan Bersih 3.0 ini agar hasrat dan impian melihat Malaysia dipimpin secara adil dapat direalisasikan. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Tg Malim kali ke 30 di Markas Tarbiyyah Pas Kawasan Tg Malim di Serigala.

Turut menyampaikan ucapan aluan sebelum itu, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, selaku YDP Pas Kawasan Tg Malim. Mesyuarat berjalan dengan jayanya serta perwakilah telah membahas dan menerima satu usul yang dibawa oleh Dewan Pemuda untuk dilaksanakan pada sesi ini.


Monday, March 5, 2012

Pikat Pengundi dengan Ketinggian Akhlak


Akhlak yang sempurna atau disebut akhlak mahmudah adalah lambang kesempurnaan peribadi diri Muslim yang benar-benar mentaati Allah dan Rasul SAW. Ini dijelaskan lagi oleh Allah SWT bahawa Nabi Muhammad diutuskan adalah untuk memperbaiki akhlak.

Sebagai golongan pendakwah, sudah semestinya perlu diperhalusi tentang nilai akhlak yang mulia ini, kerana ianya mudah untuk mendekati semua golongan. Tidak kira siapa, pasti akan teruja dengan paparan akhlak yang baik, seterusnya teruja pula untuk bersama dalam satu perjuangan. Maka, menjadi kewajipan setiap ahli Pas berakhlak dengan akhlak yang terpuji selaras dengan perjuangan Islam yang di dokongnya.

Ahli Pas juga perlu meyakini dengan keberadaan mereka di dalam perjuangan Islam bersama Pas ini akan menyelamatkan iman dan Islam mereka. Buangkanlah pergantungan kepada makhluk, dan kembalilah kepada fitrah yang meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah SWT.

Begitulah panjang lebar tawjihad yang disampaikan oleh YDP Kawasan Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli semasa menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Cawangan Kg Rasau pada 29 Februari yang lalu. Turut hadir sebagai perasmi, Tn Hj Abdul Salam, Tim. YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Junid, Setiausaha Pas Kawasan Tg Malim serta beberapa pimpinan kawasan, cawangan dan Pemuda.

Tuesday, February 28, 2012

Fahami Sejelasnya Matlamat Perjuangan Pas

Semua ahli Pas diseru agar memahami dengan sejelas-jelasnya tentang matlamat perjuangan Pas yang bermatlamatkan kepada tertubuhnya sebuah negara yang di dalamnya diamalkan hukum dan peradaban Islam secara keseluruhannya. Kegagalan memahami matlamat perjuangan menyebabkan ada antara ahli gerakan yang terpengaruh dengan dakyah pihak lawan sehingga akhirnya berpegang kepada fakta yang batil.

Menempatkan diri dalam perjuangan Pas adalah wajib kerana Pas memperjuangkan islam sebagai dasar. setiap keputusan yang dibuat, adalah melalui Majlis Syura Ulama'. Maka, tidak timbul Pas telah lari daripada perjuangan asal yang dilaung-laungkan oleh puak UMNO dan kuncu-kuncunya akhir-akhir ini.

Selain itu, perjuangan mestilah dimulakan dengan sifat ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah SWT agar Allah menetapkan hati dan perjuangan kita sehingga kita berjaya memperolehi kemenangan di dunia ataupun menemui syahid di jalan Allah.

Begitulah antara tawjihad yang disampaikan oleh Timbalan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Abdul Salam bin Abdullah ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Cawangan Slim Village Maju pada 25 Februari yang lalu. Turut bersama hadir bagi pihak Pas Kawasan, Tn Hj Junid bin Anuar, Setiausaha Pas Kawasan Tg Malim, yang turut menyampaikan beberapa pesanan daripada pihak Pas kawasan.

Mesyuarat Agung Pas Cawangan ini berjalan seperti yang dirancang atas kehendak Allah dengan jayanya. Tn Hj Salam meninggalkan majlis sejurus selesai jamuan ketika majlis berhenti rehat sebelum disambung dengan agenda mesyuarat penuh.

Friday, February 24, 2012

Kunjungan AMK Cabang Tg Malim ke Pejabat Pas Kawasan Tg Malim

Slim River - Seramai 20 orang terdiri daripada pimpinan Pas Kawasan Tg Malim dan PKR Cabang Tg Malim telah berkumpul dan bertukar-tukar pandangan di Pejabat Pas Kawasan malam tadi. Suasana ukhuwah jelas tergambar pada wajah semua yang hadir.

Pertemuan bertujuan merapatkan lagi ukhuwah serta berbincang beberapa program terdekat yang bakal dianjurkan secara bersama.

Dalam ucapan penutupan, YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli menekankan betapa UMNO BN gerun dan tak tidur malam bila berhadapan dengan gerak kerja secara bersama yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, terutama Pas dan PKR di kawasan ini.

Semua pimpinan yang hadir pada pertemuan kali ini memberi pengakuan akan terus bekerja dalam titik persamaan demi memenangkan Pakatan Rakyat dan menumbangkan UMNO BN.

Thursday, February 16, 2012

Anak tuntut EGM bantah penyenaraian FGVH

KUALA LUMPUR, 16 Feb:Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menghantar notis menuntut diadakan mesyuarat agung khas (EGM) bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia di pejabat Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Tuntutan tersebut dibuat menggunakan peruntukan fasal 29 (1) Undang-undang Kecil KPF.

Menurut Undang-undang Kecil KPF, Lembaga pada bila-bila masa boleh, dan apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus perwakilan mengikut mana yang kurang hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung perwakilan khas mengikut subseksyen 40 (1).

Bercakap kepada media selepas penyerahan tersebut, Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, EGM itu akan meminta KPF tidak dikaitkan dengan menyenarai FGVH dalam apa cara sekali pun.

"KPF dilarang sama sekali untuk lupuskan ekuiti milik KPF dalam Felda dan sepuluh anak syarikat milik Felda kepada FGVH atau mana-mana syarikat yang telah atau bakal ditubuhkan oleh Felda atau FGVH," katanya.

Selain itu, mereka juga menuntut agar KPF melarang sebarang jenis campur tangan dalam urusan harian KPF atau mengusik atau menyentuh atau melupuskan apa-apa ekuiti milik KPF dalam Felda dan sepuluh anak syarikat Felda oleh mana-mana pihak termasuk Felda atau FGVH atau mana-mana syarikat yang telah atau bakal ditubuhkan oleh Felda.

Mazlan menyerahkan notis tersebut kepada Pengurus Operasi dan Pentadbiran KPF, Ahmad Tarmizi.

Sebelum itu, hanya Mazlan dan Pengerusi Bangkit Abdul Rahman Ramli dibenarkan masuk berbincang kira-kira 10 minit sebelum penyerahan di luar pejabat.

Beliau turut berkata, pihaknya yakin jika EGM itu berlangsung, jumlah perwakilan yang hadir lebih ramai daripada perwakilan yang akan hadir ke EGM bagi menyokong penyenaraian FGVH pada 22 Februari ini.

Ditanya tindakan seterusnya jika EGM itu tidak diluluskan, Mazlan berkata Anak akan mengambil tindakan undang-undang.

"Kita dah berbincang dengan peguam dan peguam kata ia boleh dicabar di mahkamah sebab EGM ini memang ada dalam peruntukan undang-undang kecil KPF," katanya.

Sementara itu, Anak akan memfailkan injunksi sekali lagi di Mahkamah Tinggi Temerloh bagi menghalang EGM 22 Februari ini.

Beliau turut mengulangi gesaan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau EGM tersebut kerana dikhuatiri terdapat unsur rasuah.

"Anak ada terima maklumat perwakilan mula disogok untuk hadir ke EGM dengan diberikan RM350 seorang.

"Dan difahamkan RM1 juta habis untuk EGM itu. Kita takut perwakilan disogok untuk bersetuju dengan penyenaraian," katanya.

Sumber : Harakahdaily.net

Wednesday, February 15, 2012

PR Yakin Dapat Memerintah Negeri Perak - Aminuddin Zulkipli

Pas melalui Pakatan Rakyat berkeyakinan akan menawan semula Negeri Perak pada pilihanraya akan datang berdasarkan mood pengundi yang majoritinya telah terlalu benci kepada Barisan Nasional. Hal ini telah ditegaskan oleh YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli ketika berceramah di hadapan Pejabat Pas Kawasan Tg Malim. Beliau juga mengulangi hasrat bahawa kemenangan pakatan rakyat melalui kerjasama erat parti dalam Pakatan Rakyat akan menampakkan hasil pada pilihanraya akan datang serta menumbangkan rejim BN.

Turut berceramah pada majlis tersebut ialah Cik Chua Yee Ling, Exco Wanita PKR Pusat, YB Sivakumar, Adun Tronoh dan YB Drs Idham Lim, Adun Titi Serong.

Ribuan hadirin membanjiri perkarangan pejabat pas kawasan yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. Suasana yang ditunjukkan ini mengiakan ucapan YB Sivakumar bahawa BN kehilangan 90% undi Cina dan 50% undi masyarakat Melayu serta 30% masyarakat India.

Dalam ucapan YB Drs Idham Lim, beliau menyeru semua kaum di Malaysia menolak BN yang selama ini menindas rakyat serta mengamalkan kronisme. Beliau menarik perhatian hadirin dengan menukilkan Sirah Rasulullah SAW dan bagaimana keadilan Islam diterjemahkan dalam pentadbiran sehingga membawa rahmat kepada seluruh alam, termasuk orang-orang bukan Islam.

Monday, February 13, 2012

Ceramah Umum : YB Drs Khalil Idham Lim

Himpunan Peneroka Negeri Perak

Trolak Utara - Satu himpunan yang menggabungkan seluruh peneroka Felda dalam negeri Perak telah berjaya dianjurkan pada 11 Februari yang lalu. Himpunan yang diadakan di Felda Trolak Utara itu telah dihadiri lebih daripada 300 peneroka yang kebanyakannya datang dari peneroka, anak-anak peneroka generasi kedua di kawasan Tanjung Malim serta pertubuhan pekebun kecil.

Program ini merupakan program yang dianjurkan bersama Pas Kawasan Tanjung Malim dan Anak. Pihak penganjur yang melaksanakan program ini berpuas hati dengan kehadiran peserta pada sesi dialog yang dikendalikan oleh Tn Hj Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak.

Antara ahli panel yang menjayakan dialog ini terdiri daripada Presiden Anak, Tn Hj Mazlan Aliman, Sdr Haris Abdullah (Peguam) Dr Rusli Yaakub (Pakar Ekonomi) dan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Dalam suasana yang agak panas kerana permohonan menggunakan dewan Felda Trolak Utara telah dibatalkan di saat-saat akhir, namun majlis dialog telah berjaya mencapai matlamat serta mendapat respon yang baik daripada hadirin.

Di sebelah malamnya, kesemua ahli panel telah berceramah di hadapan kira-kira seribu orang yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka felda dan generasi kedua felda yang hadir untuk mendapatkan maklumat tentang penyenaraian Felda Global ke BSKL.




Thursday, February 9, 2012

UMNO Khianati Peserta Tanah Felcra

Slim River- Matlamat diwujudkan Felcra adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah memperolehi tambahan pendapatan secara pemberian keuntungan secara berkala. Malangnya hal ini tidak seperti yang dijanjikan, bahkan mereka yang diberi kuasa telah melakukan pembelotan yang menyebabkan individu yang sepatutnya diberi hak, tidak mendapat haknya. Lain pula bagi yang tidak berhak kerana berpendapatan tinggi serta berkedudukan dalam masyarakat, dan disebabkan berjawatan dalam kepimpinan UMNO Tg Malim, maka individu ini terus mendapat ganjaran. Mereka ini terus kaya dan kaya kerana tersenarai dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Tg Malim.

Perkara ini telah didedahkan oleh Timbalan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Abdul Salam dalam sesi ceramahnya pada 2 Februari lalu yang diadakan di Kuala Slim.

Berikut adalah kenyataan media yang dibuat oleh beliau pada hari berikutnya:

TANAH FELCRA : UMNO KHIANATI PESERTA


Pas Kawasan Tanjung Malim merasa amat dukacita dengan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO Bahagian Tanjong Malim. UMNO Bahagian Tg Malim telah menggunakan kaedah menghalalkan cara demi memperoleh keuntungan kepada pihak tertentu yang terdiri daripada Jawatankuasa Bahagian UMNO Tg Malim.



Bagi Pas Kawasan Tg Malim, Tanah Felcra yang telah dianugerahkan kepada mereka yang layak atas faktor ekonomi yang rendah sepatutnya dilayan dengan memberikan dividen setelah mereka membayar premuim dan mendapatkan geran hak milik tanah. Malangnya, mereka yang membayar premium tidak memperolehi sebarang dividen seperti dijanjikan, tetapi Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tg Malim dan seorang ahli perniagaan UMNO, tanpa perlu membayar sejumlah premium, dan hanya menandatangani satu borang tukar hak milik, telah dibayar dengan sejumlah wang (21,000.00) sebagai dividen Felcra.



Apakah kelayakan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Tg Malim dan seorang ahli perniagaan ini untuk diberi hak tanah dan dividen Felcra? Apakah mereka digolongkan dalam keluarga yang berpendapatan rendah? Bagaimanakah nasib peserta-peserta lain yang memang layak memperolehi hak, tetapi masih tidak memperolehi apa-apa dividen sehingga hari ini.



Berbekalkan amanah jawatan yang diberi oleh rakyat, dengan segala peluang yang diwujudkan untuk rakyat marhain bagi meringankan beban kesusahan hidup, telah diselewengkan oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Tg Malim. Di manakah slogan yang sering dilaung-laungkan UMNO sebagai pejuang bangsa Melayu. Jangan biarkan anda semua dikenang sebagai penyangak yang membujur lalu melintang patah bila berpeluang membolot harta rakyat.



HJ ABDUL SALAM


Timbalan YDP,

Pas Kawasan Tg Malim.

Wednesday, January 25, 2012

Anak Felda Perlu Bangkit Menentang Isu Felda

24 Januari 2012 - Bangkitlah anak-anak Felda. Selamatkan Felda. Jangan sampai Felda tergadai kepada warga asing dek kerakusan dan ketamakan penyangak-penyangak yang sentiasa mahu mengambil peluang dan ruang bagi mendapatkan keuntungan sebanyak mungkin daripada penyenaraian Felda Global ke BSKL. Jangan sampai nanti kita dipersalahkan oleh generasi akan datang kerana tidak melakukan sesuatu sehingga mengakibatkan mereka menanggung sengsara dan merempat di bumi sendiri.

Begitulah lantang dan bersemangat ucapan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli ketika menyampaikan ucapan sempena Ceramah Isu-isu Felda yang diadakan di Felda Besout 01. Turut berceramah bersama beliau, Ustaz Fakhrul Razi Mokhtar, EXCO Dewan Pemuda Pas Perak dan Sdr Nasaie Ismail, Setiausaha Akhbar Presiden Pas. Manakala ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ketua Pemuda Tg malim, Sdr Junaidin Yusop.


Friday, January 20, 2012

Edaran Limau Sempena tahun baru Cina di DUN Behrang

Tn Imam Kholili bersama Yee Ling berucap sesuatu...

Sedang mengedarkan limau mandarin..

Tn Imam, Hj Hamzah dan beberapa pimpinan sedang mengedarkan limau