Saturday, February 27, 2010

Sambutan Maulid Al Rasul 1430H

Pas Cawangan Slim Village Maju telah mengadakan sambutan Maulid al Rasul bagi tahun 1431H pada hari ini. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini disertai seramai kira-kira 80 orang yang terdiri daripada kaum muslimin dan muslimat, serta tidak ketinggalan golongan remaja.

Sambutan kali ini diadakan di Surau Sg Gesa. Perarakan yang diketuai oleh Tn Hj Mohd Arif bin Khatib telah dimulakan di hadapan Masjid Slim Village, menuju ke perkarangan Surau.

Penceramah yang terlibat menjayakan majlis ini ialah Pn Hjh Harisah bt Sidek dan Ustaz Azhari Yahaya.

Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan jamuan makan tengah hari.









Monday, February 22, 2010

Sumbangan Beras Yang Telah Digunakan?!!




Peristiwa yang amat memalukan ini telah berlaku di Pekan Trolak, apabila adanya majlis gotong-royong di kawasan tersebut diadakan oleh penduduk kampung.

Ahli Parlimen Tg Malim telah menyerahakan beras yang telahpun digunakan sebagai menunjukkan yang beliau begitu mendekati masyarakat dalam Parlimennya. Apa dah jadi ni...

Menurut sumber, beras itu diserahkan kepada isteri bekas ketua kampung yeng pertama di Pekan Trolak ini. Sama-sama kita menilainya..

Tamrin Qiadi DPPN Perak di Kg Rasau

Pemuda Pas Perak dengan dibantu oleh DPP Tg Malim sebagai Tuan Rumah program Tamrin Qiadi 2010 telah berjaya menaikkan semangat juang petugas-petugas Pas terutama pemuda-pemuda yang cukup komited menghadiri dan mengikuti program tamrin dari awal hingga akhir.

Program ini dihadiri oleh kira-kira 100 pemuda dari seluruh kawasan Negeri Perak.

Ustaz Mohd Shafie dan Imam Kholili selaku AJK Pas Kawasan telah turut meraikan program ini. Kehadiran Jawatankuasa ini sudah semestinya menaikkan lagi semangat pemuda0pemuda untuk terus berjuang demi memenangkan Islam.

"Saya amat kagum dan gembira melihat anak-anak muda yang bersungguh-sungguh menggerakkan perjuangan Islam. Saya amat yakin, kemenangan Islam amat hampir, Insyaallah," begitulah luahan hati Tn Imam Kholili selaku Ketua Penerangan Pas Kawasan Tg Malim.









Thursday, February 11, 2010

Perangi dan Hancurkan Pengkhianat

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“(Iaitu) orang-orang Yang Engkau telah mengikat perjanjian setia Dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu).

Oleh itu, jika Engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya Dengan itu) orang-orang Yang di belakang mereka (gerun gentar); Mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf).” (Surah Al Anfal: Ayat 56 -57)

Begitulah antara peringatan Allah yang disampaikan oleh perasmi Mesyuarat Agung Tahunan Pas Cawangan Slim Village Maju kali ke 9, Tn Hj AminuddinZulkipli, AJK Pas Kawasan merangkap Ketua Pemuda Pas Tg Malim.

Mesyuarat diadakan di rumah Sdr Fauzi dengan dihadiri kira-kira 50 orang ahli cawangan Slim Village Maju. Turut hadir ialah anggota Unit Amal yang mempromosikan ahli serta melancarkan kempen RM 1 untuk mengisi tabung Unit Amal.
Majlis berhenti rehat seketika dan menikmati jamuan sebelum disambung semula pada jam 9.45 malam. Mesyuarat berlangsung dalam keadaan ukhuwah serta perbincangan banyak difokuskan kepada bagaimana memajukan lagi Pas Cawangan.











Monday, February 1, 2010

Mesyuarat AJK Pas Kawasan Tg Malim

Akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari : Selasa
Tarikh : 2 Februari 2010
Masa : 9.15 malam
Tempat : Markas Serigala

Semua AJK Pas Kawasan Wajib hadir

Himpunan Pemuda Pas Perak (HEMPAP) 2010



Seawal jam 6.30 pagi, barisan pemuda Pas dari tanjung Malim telah bersiap sedia untuk ke Darul Ta'lim, Selama Perak bagi menghadiri Hempap yang dijadualkan bermula pada jam 10.00 pagi.

Seramai 60 orang pemuda Pas Tg Malim menyertai himpunan tersebut yang menggunakan bas dan kereta sebagai kenderaan. Perjalanan kali ini diketuai oleh Sdr Shukri dan dibantu oleh Sdr Firdaus yang juga merupakan SUK DPPTM.

Dalam perjalanan menuju ke destinasi, Tn Hj Aminuddin selaku Ketua Pemuda Pas Tg Malim tidak melepaskan peluang menasihati peserta agar mengambil peluang daripada menyertai program ini untuk belajar dan memahami perjuangan yang dibawa oleh Pas dengan lebih mendalam. beliau berkata demikian dalam ucapannya di dalam perjalanan dan diikuti pula dengan ucapan Komanden Unit Amal Tg Malim, Sdr Norazmi Abu Bakar. Majlis berakhir dengan bacaan Doa oleh Naib Ketua Pemuda Tg Malim.

Himpunan ini agak menarik apabila terdapat juga peserta yang bukan dari kalangan pemuda turut serta. Ini suatu suntikan semangat buat semua pemuda untuk bergiat lebih aktif.

Alhamdulillah, semua peserta selamat pergi dan balik tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Semua peserta selamat sampai di Tg Malim kira-kira jam 10.00 malam.





Lagi gambar menarik di http://dpptmalim.blogspot.com