Saturday, May 30, 2015

Bengkel Plan Strategik Pas Tg Malim

Perancangan yang tersusun adalah penyumbang kepada tercapainya pelaksanaan yang mantap dan dapat mencapai objektif yang diharapkan.

Sebelum sesuatu takwim disusun, perlu ada satu perbincangan dan perancangan yang disusun rapi agar setiap lajnah dapat bergerak dengan baik.

Pas kawasan mengambil langkah yang proaktif dengan mengadakan satu Bengkel Plan Strategik yang melibatkan semua jawatankuasa lajnah Pas Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Ydp Pas Kawasan Tg Malim, AF Ustaz Tarmizi Ab Rahman telah membentangkan Visi dan Misi Pas kawasan sepanjang 2015-17 untuk memandu peserta bengkel mengatur program bagi mencapai visi dan misi tersebut.

Turut berucap, ketua Dewan Muslimat dan Ketua Dewan Pemuda yang memperkenalkan jawatankuasa masing-masing.

Sesi pertama selepas ucapan ialah perbincangan objektif dan penyusunan objektif setiap lajnah.

Selepas itu, semua ketua lajnah membentangkan cadangan aktiviti dan diikuti dengan komen dan cadangan penambahbaikan daripada semua peserta.

Sebelah petang, satu rumusan takwim telah dibentangkan oleh setiausaha sebagai hala tuju Pas Kawasan untuk dicapai.

Program berakhir dengan bacaan doa oleh Af Ustaz Aswad dan peserta menikmati jamuan minum petang sebelum bersurai.

Friday, May 22, 2015

Tanjung Malim Lahirkan Pejuang Islam

Pas kawasan Tanjung Malim diketuai oleh YDP, Af Ustaz Mohd Tarmizi bersama Setiausaha dan beberapa pimpinan Pas Kawasan telah berjaya mengenengahkan fakta sebenar tentang kewujudan sejarah perjuangan Islam di bumi Tanjung Malim ini.

Af Ustaz Tarmizi telah berucap dalam sebuah forum anjuran UPSI berjudul 'Wacana Riwayat Tanjung Malim' yang mana beliau menyanggah fakta yang dikemukakan oleh ahli panel seolah menafikan kewujudan pejuang kemerdekaan di Kawasan Tg Malim. Beliau maksudkan ialah Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Bostaman dan Dr Zulkifli Mohamad.

Atas kekuatan fakta dan bukti yang diketengahkan, ahli panel bersetuju meletakkan nama pejuang tadi sebagai pejuang Islam menuntut kemerdekaan yang dipadam nama mereka daripada sejarah oleh pihak pemerintah.

Tahniah kepada Af Ustaz Tarmizi dan rombongan atas kejayaan ini.

Wednesday, May 20, 2015

Pas Bentuk Ahlinya Ikut Syariat Allah

Pas adalah sebuah parti dakwah dan siyasah. Pimpinannya dipilih dari kalangan Ulamak yang memahami Islam untuk memimpin ahli-ahlinya menuju jalan diredhai Allah.

Mereka yang bersama Pas amat beruntung kerana dapat bernaung di bawah ulamak. Ulamak membawa ahli Pas perbetulkan aqidah dan cara hidup yang dikehendaki Islam.

'Marilah bersama Pas untuk pastikan kita bersama-sama berjuang menegakkan Islam demi kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat'

Begitulah antara ucapan YDP Pas Kawasan Tg Malim, Ustaz Tarmizi Ab Rahman dalam ceramahnya bersama YB Us Idris Ahmad yang diadakan di Kampung Kuala Slim.

Beliau juga menutup ceramahnya dengan Firman Allah yang bermaksud: ' Di hari kiamat, ada manusia yang nengadap Allah, membawa amal kebajikan, tetapi semua hasil amalan ditolak kerana Aqidahnya batal, syariatnya rosak, cara hidupnya tidak diterima Allah'

Itulah gambaran kehidupan manusia yang tidak mengikut syari'at Allah.

Saturday, May 16, 2015

Sambutan Hari Guru Pasti 2015

                     Tarikh   : 16 Mei 2015
                     Masa     : 9.00 pagi
                     Tempat  : Dewan Orang Ramai, Besout 2, Sungkai
                     Perasmi : Af Ustaz Tarmizi Ab Rahman ( YDP kaw. Tg. Malim)



Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Pas dan Lagu Guru Pasti

Ucapan Timbalan Pengerusi Pasti Kawasan 

Tawjihad dan Ucapan Perasmian oleh Af Ustaz Tarmizi Ab Rahman
Pengarah Pasti Perak turut hadir memeriahkan majlis
Guru-guru Pasti yang diraikan


Us Tarmizi sedang merasa hidangan untuk menilai Pertandingan Kreativiti Guru..

Kelihatan Timbalan YDP, Us Nik Abd Hadi bertungkus lumus memanggang kambing dan ayam untuk hidangan sambil dibantu oleh Unit Amal dan Jawatankuasa Cawangan Besout 2

Selamat Hari Guru


Thursday, May 14, 2015

Laporan Polis Terhadap Salah Guna Wang Tabung Haji

Pas kawasan Tg Malim melalui Bendahari Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Napiah Tokoromo dan barisan Jawatankuasa Harian kawasan telah membuat laporan polis terhadap penyalah gunaan wang Tabung Haji.

Laporan ini bertujuan melahirkan rasa tidak puas hati pendeposit terhadap tindakan pihak kerajaan BN yang mempergunakan wang rakyat sesuka hati demi memenuhi tuntutan nafsu serakah pihak pimpinan negara.

Laporan ini juga adalah manifestasi ketidakpuasan hati rakyat terhadap salah urus kerajaan BN.

Turut bersama membuat laporan, Setiausaha Pas Kawasan Tg Malim, Sdr Zulkifli Che Nas, Ketua Pemuda Sdr Faiz Zainal, Naib YDP, Penolong setiausaha dan beberapa pimpinan kawasan dan pemuda.

Saturday, May 9, 2015

JIBG Melakar Sejarah di SRI At Ta'lim

Alhamdulillah dan sekalung tahniah kepada ALP serta tenaga penggerak SRI AT Ta'lim kerana melangkah setapak lagi kehadapan dengan penubuhan JIBG pagi ini.

Perjumpaan pagi ini juga adalah untuk mengetahui perkembangan anak-anak sama ada akademik mahupun sahsiah melalui suatu majlis interaksi antara guru dan ibubapa.

Tahniah..tahniah kepada semua yang menjayakan terutamanya kepada Pengarah SRI At Taklim, Us Azhari yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Kawasan serta semua ALP dan tenaga pengajarnya.


Barisan ALP dan ibubapa bergambar kenangan
Jawatankuasa JIBG At Taklim yang pertama
Barisan Jawatankuasa JIBG

Taklimat Bersama Ketua dan Setiausaha Cawangan

Kepimpinan Pas Kawasan Tanjung Malim telah mengambil inisiatif memanggil semua ketua dan setiausaha cawangan bagi menyelesaikan dan menyelaras gerak kerja peringkat kawasan dan cawangan.

Antara yang ditaklimatkan ialah laporan minit ke pertubuhan. Semua setiausaha diedarkan dengan borang 9 dan draf minit mesyuarat agung tahunan.

Boleh muat turun fail berikut :



Selain itu, Penolong setiausaha 1 juga mengendalikan urusan aktiviti yang dicadangkan oleh pihak cawangan untuk dibawa ke Retreat Pas Kawasan pada 31 Mei nanti.

Terdahulu, YDP telah memberikan Tawjihad kepada semua ajk yang hadir.
Turut dijemput bersama dalam program ini ialah Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda.

Monday, May 4, 2015

Majlis Suaikenal AJK Pas Kawasan sesi 2015-17

Pimpinan Pas kawasan sesi 2015-17 telah berkumpul di Kg Sabar Jaya, Sungkai bagi menjayakan Majlis Suaikenal Pimpinan Pas Kawasan Tg Malim.

Majlis diadakan di rumah Imam Omar dengan dibantu kira-kira 100 anak muda dan penduduk tempatan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Pas. Kemudian diikuti dengan ucapan pimpinan mengikut cawangan, pemuda dan muslimat.

Dalam majlis juga, ydp turut membacakan surat pengesahan mesyuarat agung pemuda yang menjadi isu baru2 ini. Surat tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Agung Pas dan ditandatangani oleh Dato Mustafa Ali.

Turut menyerikan majlis, Af Tn Hj Razman Zakaria, pj Pas Perak. Beliau juga turut menyampaikan ucapan sebelum berakhir dengan doa Wehdah.

Majlis disudahi dengan jamuan kari kambing.