Monday, December 23, 2013

Bukan Pujian Yang Diimpikan Unit Amal

Pujian daripada masyarakat seringkali kedengaran tentang kehebatan anggota Amal yang sedia menyumbang bakti tanpa mengharapkan imbuhan. Inilah generasi pemuda Islam yang berjaya dilahirkan oleh Pas dalam mentarbiyyah ahli-ahlinya.

Walaupun sering mendapat pujian, itu bukanlah matlamat utama anggota Amal. Jangan hapuskan pahala beramal hanya kerana inginkan pujian.

YDP Pas Kawasan Tanjong Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli berkata demikian ketika merasmikan Jambori Amal 2013 yang berlangsung di Kem Ansar, Sungkai.

Turut disampaikan cenderahati kepada 'Geng 40' yang merujuk kepada jawatankuasa pemuda sesi lalu yang telah mencapai usia 40 tahun.

YDP turut merakamkan ucapan tahniah kepada penganjur yang berjaya menjalankan Jambori Amal dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.






Monday, November 18, 2013

Konvokesyen Pasti 2013 Berjaya..

Alhamdulillah, Konvokesyen Pasti Kawasan Tg Malim berjaya diadakan di Dewan Seri Sungkai pagi ini dengan dirasmikan oleh YB Us Radhi Zainon, ADUN Sungai Rapat.

Dalam ucapan perasmian, beliau menyeru agar para ibubapa dan pendidik peka terhadap perkembangan anak-anak kerana suasana yang mereka lalui ketika kecil akan mempengaruhi cara hidup mereka apabila dewasa kelak. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ibubapa yang memilih Pasti sebagai tempat untuk anak-anak mereka dididik secara Islam.

Turut hadir dan menyampaikan hadiah, YDP Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, Ketua Pemuda Us Faiz Zainal, Pengerusi Pasti Us Nik Asri dan beberapa pimpinan pemuda dan kawasan. Tidak dilupakan juga kepada anggota Amal yang bertugas sepanjang majlis berlangsung.

Majlis berakhir sekitar jam 12,00 tengah hari. Semua petugas menikmati jamuan makan tengah hari berjamaah di Pasti Ansar.






Tuesday, September 17, 2013

Lensa Sekitar Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kali ke - 31

 Tn Hj Junid, Us Nik dan Tn Hj Salam..

 Para perwakilan



 YB Us Idris Ahmad, perasmi Mesyuarat Agung ke 31

 Dr Muhaimin Sulam, wakil badan Perhubungan Pas Perak sedang berbincang sesuatu dengan YB Us Idris dan Hj Aminuddin, YDP Pas Tg Malim

 Komander Amal Kawasan Tg Malim

 Ketua Muslimat Pas 

Pengundian sedang dijalankan..kawalan oleh Pengerusi Pemilahan, Sdr Shamsul Hady

Saturday, September 14, 2013

Tahniah Kepimpinan Baru Pas Kawasan Sesi 2013-15


Pengerusi Tetap   : Us Suhaili bin Ishak (Menang tanpa bertanding)
Tim. P'rusi Tetap : Hj Puji bin Ahmad (MTB)
Yang Dipertua     : Hj Aminuddin bin Zulkipli
Tim. YDP           : Us Nik Abdul Hadi (MTB)
Naib YDP          : Hj Baharuddin Ishak
Ketua Urusan Ulama' : Us Syed Zamzuri bin Syed Nengah (MTB)

Ahli Jawatankuasa :

1. Hj Daud bin Husain
2. Sdr Hassan bin Ariffin
3. Sdr Mohd Isa bin Jasad
4. Us Mohd Shafie bin Hamid
5. Sdr Zulkifli Che Nas
6. Hj Napiah bin Tokoromo
7. Sdr Yusuf bin Ahmad
8. Hj Azali
9. Hj Ismail bin Yahaya
10. Hj Abdul Hamid
11. Sdr Abdul Gani
12. Sdr Khalili bin Kassim
13. Hj Abdul Salam
14. Hj Kadri
15. Hj Waruahmatullah
16. Hj Mohd Junid bin Hj Anuar


Monday, September 9, 2013

Tahniah Kepimpinan Baru Muslimat Pas Kawasan Tg Malim Sesi 2013-15

Dewan Muslimat Pas Kawasan Tanjong Malim telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada 8 September 2013.

Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Ustazah Zuhairah bt Mohd Ghazali, yang merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Perak.

Tahniah juga diucapkan kepada Pn Hjh Rohana (gambar) kerana dipilih sebagai ketua muslimat yang baru bagi sesi akan datang.

Harapan semoga DMP Kawasan Tg Malim terus menempa kejayan demi kejayaan pada masa akan datang.

Tuesday, September 3, 2013

Ijtimak Ilmu

Tarikh : 07 September 2013
Masa   : Mula Maghrib berjamaah
Tempat : Markas Tarbiyyah Pas, Serigala

Penceramah : Dr Fadhli Ghani

Semua dijemput untuk menjayakan majlis ilmu..


Ziarah Ukhuwah DPPK Tg Malim ke Rumah AF Us Mohd Shafie


Kunjungan mesra menziarahi Ketua Penerangan Pas Kawasan Tg Malim, AF Ustaz Mohd Shafie Hamid di kediamannya petang semalam cukup bermakna. Penuh ukhuwah.

Dimaklumkan AF ustaz akan menjalani pembedahan di Hospital Selayang pada hari Rabu ini untuk membuang batu karang.

Marilah kita bersama mendoakan kesejahteraan beliau sepanjang menjalani rawatan dan sembuh seperti sediakala. Insyaallah.

Monday, September 2, 2013

Tahniah, Kepimpinan DPPK Tanjong Malim sesi 2013-2015

Dewan Pemuda Pas Kawasan tanjong malim telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 11 dengan dirasmikan oleh YB Tn Hj Zaidi bin Abdul Talib, ADUN Taman Templer.

Mesyuarat juga turut dihadiri oleh wakil DPP negeri, Sdr Salman bin Salleh serta ketua Pemuda DPPK Tapah, Us Shamsul.

Berikut adalah keputusan jawatankuasa yang telah dipilih oleh para perwakilan:

Ketua Pemuda : Sdr Junaidin bin Yusop (Menang tanpa bertanding)
Timb. K.Pemuda : Sdr Abdul Gani (Menang tanpa bertanding)
Naib K.Pemuda : Us Azhari Yahaya

Jawatankuasa :

1. Sdr Faiz bin Zainal
2. Us Arman bin Yusop
3. Us Nik Asri
4. Us Naim
5. Sdr Norhishamuddin
6. Sdr Mohd Salleh
7. Us Zulfadli
8. Sdr Mohd Norazmi

Pengerusi Tetap : Us Mohd Shafie Hamid
Timb. Pengerusi Tetap : Us Nik Abdul Hadi

Pemeriksa kira-kira 1 : Sdr Shamsul Hady
Pemeriksa kira-kira 2 : Sdr Abu Bakar





Wednesday, July 3, 2013

Ramadhan Bulan Mengumpul Kekuatan dan Ketaqwaan - Dr Jamnul Azhar Mulkan

Ambil peluang di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini untuk kita sebagai umat Islam, lebih-lebih lagi bagi kita yang berjuang dalam gerakan Islam untuk memanfaatkan sepenuhnya bulan ini dengan membanyakkan Qiamulail. Amalan ini jika dilakukan akan membuahkan natijah kekuatan dalaman serta  menjadi benteng terhadap sebarang serangan ideologi atau apa jua ancaman yang boleh merosakkan aqidah.

 Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ' Sesiapa yang hatinya gembira menyambut kedatangan Ramadhan dan membuat persediaan menyambutnya, Allah haramkan jasadnya dari api neraka.

Seterusnya, beliau juga mengingatkan agar bersedia dan melatih diri dengan melazimkan bacaan al Quran bermula sebelum Ramadhan lagi agar dapat dihabiskan bacaan al Quran dalam bulan Ramadhan. Dan, yang lebih penting, bacalah al Quran dan fahamilah kandungannya dengan membaca tafsiran ayat-ayat Allah agar dikurniakan taufiq dan hidayah dari Allah dapat memilih yang makruf dan menghindari yang mungkar.

Begitulah antara intipati tazkirah yang disampaikan oleh AF Ustaz Dr Jamnul Azhar Mulkan ketika menympaikan kuliah sempena perasmian Madrasah Al Rasyid di Kampung Kuala Slim.

Turut hadir, setiausaha Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Junid bin Hj Anuar, Ketua Pemuda Sdr Junaidin Yusop dan barisan kepimpinan pemuda dan kawasan serta jawatankuasa cawangan yang memenuhi dewan bermula Maghrib lagi.

Tidak ketinggalan, mantan YDP Pas Tg Malim AF Ustaz Tarmizi Ab Rahman turut hadir bersama menjayakan program anjuran Pas Cawangan Kuala Slim ini.

Majlis berakhir sekitar jam 11.00 malam.


Saturday, June 29, 2013

Al Fatihah - Mantan YDP Pas Kembali ke Rahmatullah..

Af Us Zainal yang berbaju batik ketika menyertai Mesyuarat Agung 
Pas Kawasan Tg Malim pada 2012

Mantan YDP Pas Kawasan Tg Malim, AF Us Zainal telah kembali kerahmatullah malam tadi kira-kira pukul 9.45 malam. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di felda Gunung Besout 02 sejurus pulang dari Solat Isyak di Masjid Besout 02.

Semua sahabat tidak menyangka kerana baru sahaja bertemu dengan arwah ketika solat berjamaah di masjid.

Allahyarham telah disolatkan di Masjid Felda Besout 02 pada jam 11.00 pagi dengan dihadiri pimpinan Pas kawasan, Pemuda, Cawangan, sahabat handai dan ahli keluarga.

Semoga ruh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat keredhaan Allah SWT.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada perjuangan Islam terutama di kawasan Tg Malim.

Friday, June 14, 2013

Ijtimak Bulanan - Kepimpinan Menurut Islam

Ijtimak Ilmu Pas Kawasan Tanjung akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 
14 Jun 2013

Masa : 
Bermula Solat Maghrib

Penceramah : 
Al Fadhil Us Ati'ullah Othman

Semua dijemput hadir.

Wednesday, May 29, 2013

'Hidupkan' Al Quran Ketika Hidup


Al Quran diturunkan oleh Allah SWT untuk manusia sebagai panduan dan diamalkan atau dihidupkan. Ia selaras dengan tuntutan Al Quran sebagai Rukun Iman yang ketiga, beriman kepada Kitab. Malangnya, kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini menghidupkan Al Quran setelah dia mati, tetapi mematikan Al Quran ketika dia hidup.

Mengulas lanjut lagi, YB Ustaz Zawawi Hassan menyatakan sikap sesetengah umat Islam yang hanya menbaca atau mengupah orang lain membaca @ menghidupkan Al Quran setelah mati atau ketika ada kematian sahaja. Hal ini bertentangan dengan tujuan al Quran itu diturunkan.

YB Ustaz Zawawi berkata demikian ketika menyampaikan Tawjihad sempena Usrah Pemuda Pas Kawasan Tg Malim di Felda Besout yang diadakan di Markas Pas Besout Satu. Turut menyampaikan ucapan aluan Sdr Junaidin Yusop selaku Ketua Pemuda Pas Kawasan Tg Malim.

Majlis turut dihadiri oleh pimpinan Pas kawasan, cawangan serta tidak ketinggalan para Muslimat. Af Ustaz Zawawi yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas Perak menamatkan tawjihadnya di hadapan kira-kira 100 orang ahli Pas dengan mengingatkan akan tanggungjawab dakwah yang mesti dipikul oleh setiap ahli pas selaku ahli gerakan Islam. Pandanglah ahli masyarakat yang menjauhi Islam dengan pandangan kasih sayang dan niatkan setiap yang akan disampaikan, ikhlas dari hati seorang pendakwah agar mesej dapat sampai ke hati orang yang didakwah.

Sebelum berangkat pulang, Yb Ustaz Zawawi turut merasmikan perlawanan persahabatan Futsal antara pemuda-pemuda Besout di Padang Futsal Besout 03.

Wednesday, May 22, 2013

Lahirkan Agamawan yang Memimpin dan Pemimpin yang Beragama


Sempena sambutan hari guru Pasti 2013, buat julung kalinya Pasti kawasan Tg Malim telah menganjurkan majlis bagi meraikan guru-guru Pasti yang terdiri dari sembilan buah Pasti di kawasan ini. Majlis yang serba sederhanana ini turut mengundang YDP Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli juga merupakan Calon N58 Slim pada PRU-13 baru-baru ini.

Dalam ucapannya, YDP melahirkan harapan yang amat tinggi kepada guru-guru Pasti agar melahirkan golongan agama yang boleh memimpin dan pemimpin yang beragama. Ini selaras dengan tuntutan Islam yang tidak memisahkan antara agama dan kehidupan, malah Islam itu diamalkan sebagai satu cara hidup.

Selain itu, beliau juga berharap agar anak-anak lepasan Pasti mampu menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris sebagai persediaan mendalami ilmu-ilmu Islam serta mampu menjadi pendakwah yang baik pada masa hadapan.

Turut hadir pada majlis tersebut, pengurus-pengurus unit, ahli keluarga guru Pasti serta Jawatankuasa Pasti kawasan Tg Malim.

Terdahulu, Pengerusi Pasti kawasan turut menyampaikan ucapan alu-aluan serta disambung dengan tazkirah yang disempurnakan oleh Ustazah Junaidah.

Sebelum menikmati jamuan tengah hari, YDP telah menyampaikan anugerah tokoh guru Pasti 2013 kepada sembilan orang guru yang mewakili setiap Pasti.





Sunday, January 20, 2013

Kursus Persediaan Petugas Pilihanraya


Para petugas pilihanraya bagi DUN Slim telah menyertai kursus anjuran MTD Slim yang diadakan di Pejabat Pas Kawasan Tg Malim pagi tadi. Seramai 50 orang wakil terdiri daripada muslimin dan muslimat dari seluruh UPU berjaya menamatkan kursus yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengah hari.

Kursus telah disempurnakan oleh penceramah yang diundang khas daripada JPN Negeri Perak.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh TYD, Tn Hj Abdul Salam melahirkan rasa bersyukur dengan kehadiran para peserta dan berharap komitmen yang memberangsangkan ini terus bertahan sehingga pilihanraya.

Kursus berakhir dengan simulasi pilihanrya yang menurut para peserta yang hadir, lebih memantapkan kefahaman mereka.