Thursday, December 24, 2009

UMNO JANGAN POLITIKKAN MASJID

6 Muharram 1431

Saya ingin merujuk kepada isu yang ditimbulkan oleh ADUN Slim River berkenaan Pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid Seluruh Negeri Perak. Saya adalah merupakan salah seorang bekas AJK Kariah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam suatu masa dahulu. Setahu saya Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid adalah dilantik berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998. Mengikut undang-undang hanya 3 pihak iaitu Pegawai Tadbir Agama, Penghulu dengan Orang Besar Jajahan sahaja yang mempunyai kuasa bagi mencadangkan kepada Majlis senarai nama ahli Jawatankuasa Kariah. Amatlah menghairankan bagaimana ada pihak mempertikaikan cadangan ketiga-tiga pihak dengan membandingkannya senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar.

Adalah amat biadab bagi seorang wakil rakyat yang mewakili parti pemerintah membuat tuduhan melulu terhadap seorang Ketua Jabatan yang dilantik oleh kerajaan yang memerintah. Apakah menjadi kesalahan bagi Pengarah Jabatan Agama Islam Perak menyenaraikan ahli parti pembangkang dalam AJK Kariah Masjid. Apakah hanya ahli UMNO sahaja yang layak menjadi AJK Kariah Masjid??? Pengalaman saya dalam menggangotai AJK Kariah Masjid, saya dapati kebanyakan orang UMNO hanya berminat berebut jawatan berbanding menjalankan amanah sebagai pengimarah masjid. Sebahagian daripada mereka beria-ia hendak merampas jawatan tersebut dengan tujuan untuk membatalkan kuliah-kuliah pengajian di masjid-masjid.

Kriteria pelantikan seharusnya hanya berdasarkan kepada penentuan Allah seperti yang disebutkan dalam Surah At-Taubah ayat 18 iaitu mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka tidak takut kecuali kepada Allah. Alangkah baiknya jika pendekatan campuran berbagai golongan di dalam AJK Kariah Masjid dilaksanakan sebagaimana usaha yang telah cuba dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Jika tidaklah kerana sikap UMNO yang suka mempolitikkan masjid dan surau, pasti Negeri Perak sudah mempunyai pentadbir masjid yang terbaik yang mampu mengimarahkan rumah Allah bertepatan dengan kehendak Allah.

Bekas,
Ahli Jawatankuasa Kariah,
Negeri Perak Darul Ridzuan

Copy-Paste dari Cina Islam

AJK MASJID: UMNO TIDAK LAYAK JAGA MASJID

Kenyataan Media (21 Disember 2009)

(DEWAN PEMUDA PAS PERAK)



AJK MASJID: UMNO TIDAK LAYAK JAGA MASJID

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah pendedahan yang telah dilakukan oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang ditimbulkan olehnya baru-baru ini.

Dengan pendedahan Dato’ Khusairi tersebut jelas bahawa UMNO telah menyusun perlantikan AJK Masjid yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk) awal bulan Ogos tahun ini.

UMNO jelas telah menjadikan Masjid sebagai medan politik dengan meletakkan proksi-proksinya sebagai AJK tanpa melihat kelayakan sebagai AJK Masjid dan telah menderhakai titah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak supaya Masjid yang sepatutnya menjadi alat penyatuan dan bukannya perpecahan.

Usaha UMNO ini jelas untuk menganjurkan perpecahan di dalam Masjid kerana isu perlantikan AJK Masjid jelas mencampuri bidang kuasa Agama Islam yang Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak sebagai ketuanya.

DPPN Pk dengan ini membantah perlantikan AJK Masjid yang bersifat kepartian dan mendesak supaya perlantikan ini dikaji semula. DPPN Pk meminta supaya sistem perlantikan AJK Masjid ini diserahkan kepada kariah atau jamaah yang menentukan siapakah yang layak mentadbirnya.












SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, December 15, 2009

PASTI AKAN DIBUKA DI KG RASAU SLIM VILLAGE.

atu kemajuaan Pas Kg Rasau akan membuka PASTI di Kg Rasau,dimana setelah sekian lama Pas bertapak di Kg Rasau.Insyallah Pasti ini akan dibuka pada thn 2010 nanti. Pendaftaran boleh dibuat melalui Ketua Cawangan,Timb,Ketua Pemuda cwg atau datang terus ke Markas Pas Kg Rasau.

Maklumat lanjut, layari http://paskgrasau.blogspot.com/

Tuesday, December 8, 2009

Tak Nampak Atau Buat-Buat Tak Nampak

Pelik tapi benar. Jika banner Pas belum pun sempat 12 jam dipasang pasti akan hilang (dipercayai dibuang oleh MDTM). Tetapi bangkai anjing ini telah seminggu ditempat yang sama. Tiada siapa yang peduli. Persoalannya ialah dimanakan MDTM yang bertanggung jawab untuk membersihkan kawasan tersebut??? Mengapa jadi seperti ini??? Adakah kerana mereka jijik untuk membuang bangkai tersebut ataupun kerja-kerja pembersihan telahpun diswastakan. Jika sudah diswastakan, sepatutnya pihak majlis perlu juga memantau keadaan sekitar.


Ya mungkin betul salah pihak kami kerana menggantung banner tanpa permit majlis, namun perkara yang sama (kejadian buang banner) tidak pula berlaku pada banner UMNO sedangkan mereka juga tidak mempunyai permit menggantung banner.


Mungkinkah pihak Majlis tak nampak ataupun buat-buat tak nampak???


Oh mungkin pihak majlis jijik untuk membuang banner tersebut kerana banner UMNO tersebut setaraf dengan bangkai anjing yang mati dilanggar (mungkin la, kalau tak takkan dorang biarkan je). Mana tidaknya jika anjing haram, Umno pula mengamalkan politik haram, Sidang haram, speaker haram dan MB ….


Kepada MDTM, sudah-sudahla politik pilih kasih kalian tu. Bawak-bawak la buat kerja dengan adil. Kami tak kisah jika banner kami dirampas tapi berlaku adil lah kepada kami. Mengapa orang lain boleh pasang Banner tanpa gangguan tapi kami tidak…. Lagi satu pi la tolong buang bangkai anjing tu dah tak lalu nak tengok.


Muhasabah Buat Pimpinan

Hayati kisah benar ini….

Ketika kami mahu pulang daripada kenduri seorang pimpinan Pas cawangan, Pak Imam telah bertanya kepada tuan rumah,

Yang lain (pimpinan) tak datang ke?”

Menyampuk salah seorang rakan (jiran) yang ada bersama kami,

Tak datang pun. Lain kali tak payah jemputlah, kalau jemput pun bukan pernah datang, haha (ketawa) Gurau ja.”

Apa yang kita dapati daripada perbualan ini?

Mungkin itu hanyalah gurauan tetapi itulah sebenarnya luahan hati ahli bawahan yang disampaikan secara spontan kepada kami. Mungkin dirasakan terlalu kasar beliau telah meng’cover’ dengan menyatakan bahawa itu hanyalah satu gurauan. Dan saya yang berada disitu berasa terlalu pedih dengan kata-kata tersebut dan menginsafi segala kekurangan yang ada pada kami. Pak Imam yang mewakili kawasan terdiam tak berkata apa-apa.

Komen Pak Imam dalam perjalanan pulang, “orang melayu ni bukan susah nak ambik hati dia, orang jemput kenduri kita pi, tolong bacakan doa, kalau kematian kita jengok, kalau ada masalah kita bersama mereka walaupun tak dapat membantu. Lama-lama depa hormat kita. Baru orang nak undi. Jangan nanti dah bubar Dun baru kita nak jengok orang ramai. Masa tu kita jadi macam orang tak malu. Orang tak jemput kenduri pun kita pi. Orang pun dah tau datang sebab nak suruh undi. Mana orang nak undi”

Pak imam turut menceritakan kisah seorang calon di Kedah sana yang datang ke rumah kakaknya untuk meraih undi dan dijawab oleh kakaknya apabila memberitahu dia adalah calon di kawasan tersebut.

ooo macam tu ka, hang ni adik aku tapi pasai apa baru la ni hang nak mai rumah aku.”

Ya mungkin pimpinan kita kini tak ada yang sampai jadi seperti itu, tetapi tuan-tuan harus ingat, masih ramai lagi anak-anak buah anda di cawangan-cawangan yang masih tidak mengenali anda. Bagaimana mereka ingin memenangkan anda sedangkan anda hanya menjengok mereka di saat hampir bubar Dun, sama seperti yang di lakukan oleh orang-orang di seberang Sana.

Jangan berikan alasan kesibukan membuatkan anda tidak dapat meluangkan masa bersama ahli bawahan kerana bukan alasan yang mereka inginkan. Jika tak mampu memegang amanah mengapa anda harus menawarkan diri untuk dicalonkan. Ubahlah sikap demi Islam dan ubahlah sikap demi parti yang cuba memperjuangkan Islam.

Tulisan ini di buat kerana kami hormat pada Pimpinan kami dan tak mahu fitnah menimpa pada agama dan parti yang kami sayangi.

(Copy and Paste dari www.usmad05.blogspot.com)

BN Tiru Pakatan Rakyat – Ustaz Khalil

Manusia memang diciptakan untuk berpolitik, Firman Allah ‘Aku jadikan manusia di atas muka bumi sebagai Khalifah’ dan tugas Khalifah adalah mentadbir. Mentadbir tu berpolitiklah.” Petikan ucapan pembukaan oleh Al-Fadhil Ustaz Tarmizi Abdul Rahman ketika berucap di dalam majlis Ceramah Isu Semasa yang diadakan di Kampung Kuala Slim. Beliau menegaskan setiap orang islam wajib berpolitik dan perlu berpolitik cara Rasullullah bukannya secara asobiyyah.


Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Chan Ming Kai, Adun Simpang Pulai dan YB Ustaz Khalil Idham Lim Bin Abdullah Adun Titi Serong merangkap Ketua Penerangan Pas Perak.


YB Chan Ming Kai yang segak dengan berbaju melayu dan bersongkok menarik perhatian hadirin dengan ucapan penuh bersemangat diselangi dengan hujah-hujah ayat al-Quran sehingga di gelar pengerusi Majlis dengan gelaran Ustaz Chan Ming Kai. Alang-alang penceramah pastinya kalah dengan anak muda lepasan Jurusan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini.


Ustaz Khalil pula mendedahkan beberapa perkara yang dicedok oleh UMNO daripada pentadbiran Pakatan Rakyat yang lalu yang mana mereka ini seperti sedang bertungkus lumus menjilat kotoran yang dimuntahkan ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak. Diantara perkara tersebut adalah, peruntukan kepada portfolio Hal ehwal bukan islam yang menjadi antara serangan kepada isu Pas tunggangan DAP. Jika PR

hanya menyediakan RM1juta tetapi BN cuba tunjuk lagak dengan menambah peruntukan kepada RM4juta.


Begitu juga dengan peruntukan kepada SUWA (sekolah aliran cina), jika Pakatan Rakyat memberikan 1000ekar tanah kepada SUWA dan 1000 ekar tanah lagi kepada SAR, UMNO cuba tunjuk baik dengan memperuntukkan RM300,000 kepada setiap SUWA malah mengeluarkan pendahuluan sebanyak RM100,000 tetapi mereka cuba menganaktirikan SAR dengan tiada sebarang peruntukan kepada SAR. Sedangkan mereka lupa isu pemberian tanah kepada SUWA itulah yang mereka jerit-jeritkan sehingga lupa kepada sejarah yang UMNO telah memberikan berkali-kali ganda tanah kepada tauke-tauke cina. Semua ini mereka lakukan hanya untuk menarik kembali sokongan orang cina kepada mereka.

Majlis Khitan Meriah

Satu majlis berkhitan beramai-ramai telah dilakukan di Kampung Kuala Slim yang mana majlis perasmiannya telah di sempurnakan oleh Pengarah Hospital Slim River. Program yang dianjurkan oleh AMAL dengan kerjasama Hospital Slim River berjaya mengumpulkan lebih 30 orang kanak-kanak dalam program tersebut.

Turut kelihatan dalam majlis tersebut adalah Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Hj Abdul Salam, Setiausaha Pas Kawasan, Ketua Muslimat dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan.

Dalam perkembangan yang sama Pas cawangan Kampung Rasau dan Pas cawangan Berop turut akan mengadakan program yang sama di cawangan masing-masing.

Dan diharapkan pada masa akan datang satu program khitan dapat dilakukan atas nama PAS Kawasan Tanjung Malim.

Timbalan Yang Di Pertua Pas turut kelihatan meraikan anak-anak ini

Para peserta bergambar beramai-ramai

Tuesday, November 24, 2009

Ceramah Mat Sabu

Sekitar Konsert Azhan Atan dan Ringgo

20 November 2009, buat julung-julung kalinya Dewan Pemuda Pas Tanjong Malim menganjurkan konsert diberi nama 'Konsert Ikatan Mesra Tautan Kasih'

Walaupun hujan lebat turun sejak jam 3.00 petang, namun ianya tidak menghalang penganjuran konsert itu berjalan seperti yang dirancang.

Di sebelah petangnya, diadakan satu majlis Wacana Ilmu di Markas Pas kampung Rasau yang dihadiri kira-kira 50 orang penduduk kampung tersebut.

Suasana hujan tanpa henti, banjir di sekitar Slim Village, Ulu Slim dan Behrang batu 8 sedikit sebanyak mengurangkan jumlah penonton yang hadir. Walaupun begitu, dilihat kepada peratusan yang hadir, ianya boleh dibanggakan, iaitu kira-kira 500 orang.

Majlis diserikan lagi dengan acara persembahan selingan antara Azhan dan Ringgo dengan kumpulan al-Ifzan dari Besout dan Kumpulan Ust Ridzuan.

Apa yang lebih menarik ialah persembahan sajak bertajuk 'KATAK' yang dideklamasikan oleh Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Maklumat lanjut, sila layari blog dppk Tg Malim.. http://dpptmalim.blogspot.com







Thursday, November 5, 2009

Hari Anugerah Cemerlang PASTI 2009



Hari Anugerah Cemerlang Pasti Kawasan Tg Malim akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Hari : Ahad
Tarikh : 8 November 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

Semua dijemput hadir..

Thursday, October 15, 2009

Takziah Kepada Mantan Bendahari Pas Kawasan

Pas Kawasan beserta barisan jawatankuasanya mengucapkan takziah kepada mantan Bendahari Pas Kawasan Tg Malim, Cikgu Mat Isa di atas pemergian Bonda tercinta pada jam 7.40 malam semalam. Jenazahnya disembahyangkan pad jam 10.00 pagi tadi di rumahnya di Felda Sungai Klah.

Beberapa pimpinan turut menziarahi jenazah allahyarhamah.

Semoga Ruhnya ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin..

Monday, October 12, 2009

Salam Aidilfitri PAS Perak 1430H/ 2009

Antara Maruah Dan Rasuah

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah.








"Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Image Mengulas lanjut, Lo' Lo' percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

"Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara," katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.

Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini.

Monday, September 14, 2009

Sumbangan Aidil Fitri 1430H

Seperti lazimnya, setiap tahun, Pas Kawasan tanjong Malim akan mengedarkan sumbangan kuih raya kepada pesakit dan staf di Hospital Slim river. Amalan itu diteruskan lagi untuk ke sekian kalinya bagi merealisasikan slogan Memasyarakatkan Pas.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Apa yang berbezanya pada tahun ini, sumbangan kuih raya juga disampaikan kepada Orang asli sekitar Parlimen Tanjong Malim. Ternyata program ini berjaya merapatkan ukhuwah dikalangan masyarakat terutamanya masyarakat orang asli dengan Pas.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah AF Ustaz Mohd tarmizi Ab Rahman, YDP Pas Tanjong Malim, Timbalan YDP, Naib YDP dan AJK Pas Kawasan. Selain itu, pimpinan Pemuda Kawasan juga tidak ketinggalan bersama dalam majlis tersebut yang diketuai oleh ketuanya, Tn Hj Aminuddin Zulkipli. Manakala muslimat pula diketuai oleh Pn Hjh Harisah serta AJK nya turut kelihatan.

Dalam menyampaikan sumbangan kuih raya di hospital itu, turut diedarkan juga ialah panduan Solat untuk orang sakit/ uzur. Risalah ini merupakan panduan Solat bagi yang tidak mampu berdiri semasa menunaikan Solat.

Sumbangan kepada orang-orang asli di adakan pada sebelah pagi, manakala sumbangan di hospital dibuat pada sebelah petang.



Petugas bersedia untuk mengedarkan sumbangan


Sibuk mengagihkan sumbangan




Ketua Unit amal Tg Malim sedangn sibuk bertugas


Tn Hj Salam, Tim. YDP Pas sedang menyampaikan sumbangan


Naib YDP Pas Ust Nik turut membantu Tn Hj salam




Tn hj salam sedang berucap sebelum majlis penyerahan bermula

Tuesday, August 18, 2009

Jadual Iftar 1430H/ 2009 M

Sila Downloads Jadual Iftar bagi Tahun 2009 / 1430 H Sekarang.

Di Sini

Monday, August 17, 2009

Pas Lawan Umno di Permatang Pasir



BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil kerusi Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir menyaksikan saingan satu lawan satu apabila hanya BN dan PAS yang menyerahkan borang penamaan calon.


Status calon kedua-dua parti itu diumumkan sebentar tadi. PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Monday, July 27, 2009

Hari Terbuka Pas Besout 3

26 Julai- Sempena Ihtifal Pasti Kawasan Tg. Malim 2009, Pas Cawangan Besout 3 buat julung-julung kalinya telah menganjurkan hari terbuka Pas. Program yang bermula dengan Ihtifal Pasti pada sebelah pagi hingga tengah hari dan diakhiri dengan jamuan makan malam serta ceramah pada malamnya.

Serentak dengan berlangsungnya Ihtifal Pasti, pasukan bola sepak 7 sebelah berentap di padang yang terletak bersebelahan Dewan Besar Felda Besout 3, yang menjadi tempat berlangsungnya Hari Terbuka Pas ini.

Semua pimpinan Pas Kawasan, Pemuda, Muslimat dan Nisa' turut memeriahkan majlis ini. Kelihatan Niza' Tg Malim tidak melepaskan peluang membuka gerai bagi menambah dana mereka. Menurut seorang petugas Nisa' yang ditemui berkata, program begini amat menggalakkan masyarakat untuk hadir dan terlibat serta lebih mengenali dan memahami Pas secara lebih dekat lagi.

Sebelah malamnya, para hadirin dihiburkan dengan Nasyid yang disampaikan oleh Pemuda-pemuda Besout sambil menikmati hidangan makan malam.

Ceramah dimulakan dengan aluan pembukaan disampaikan oleh AF Tn Hj Aminuddin Zulkipli, Ketua Pemuda Pas Tg Malim, diikuti pula oleh AF Ustaz Mohd Tarmizi Ab Rahman, YDP Pas Tg Malim dan ditutup oleh penceramah jemputan iaitu Sdr Salman bin salleh. Naib Ketua Pemuda Pas Perak.

Majlis berakhir kira-kira jam 11.40 malam dengan laungan takbir sebanyak 3 kali..



Antara Pimpinan sedang nebikmati sarapan

Ayahanda Imam Kholili dan AF Ustaz Mohd Shafie

Tn Hj Napiah sedang menyampaikan hadiah kepada murid Pasti


Ust Nik, Sdr Syukri dan Imam Kholili sedang bertukar-tukar pandangan


Beberapa lagi gambar menarik boleh dilayari di http://dpptmalim.blogspot.com/

Wednesday, July 15, 2009

Pas Menang Di Manik Urai


Syukur, Pas telah berjaya memenangi PRK DUN Manik Urai. Ini membuktikan Pas masih diterima dan akan terus bersedia sebagai 'Galang Ganti' pemerintahan negara pada pilihanraya umum ke 13 nanti.


Walaupun kemenangan yang agak tipis dan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Pas, tetapi ahli Pas perlu memahami bahawa perlunya bekerja lebih gigih untuk menawan hati rakyat bagi menerima Islam yang dibawa oleh Pas.


Tahniah juga kepada petugas-petugas Pas terutama dari Tg. Malim, Sdr Junaidin, Pak Imam Kholili, Sdr Zulkifli Che Nas dan ramai lagi yang tidak semapt disenaraikan di sini.


Akhirnya, bersyukurlah dengan kemenangan ini, dan bermuhasabahlah terhadap apa-apa yang menggagalkan kita. Insyaallah, isyarat kemenangan semakin hampir. Teruskan Perjuangan..

Monday, July 13, 2009

Pemuda Mesti Sedia Memimpin Perubahan

Pemuda mesti bersedia memimpin perubahan kerana semua melihat Pas akan menerajui kepimpinan negara dalam jangka waktu yang terdekat. Pas yang membawa imej golongan yang mentaati Perintah Allah lebih diyakini dan dipercayai oleh kawan dan lawan.

Demikianlah ucapan Ketua Pemuda pas, Tn Hj Aminuddin Zulkipli dalam satu majlis Rehlah yang diadakan di Felda Besout 3. Majlis tersebut diadakan pada hari Jumaat (10 Julai 2009) yang lalu yang turut dihadiri oleh YDP Pas Tg Malim, AF Ustaz Mohd Tarmizi Abd Rahman serta beberapa pimpinan Pas Kawasan.

Majlis yang diadakan secara santai menyaksikan sambutan daripada pemuda-pemuda yang begitu meyakini Pas hadir beramai-ramai walaupun mereka masih belum menyertai mana-mana parti politik. Sebanyak 30 borang ahli baru juga diserahkan untuk diproses pada malam tersebut.

Suasana sambutan yang begitu bermakna kepada Pas memberi isyarat yang jelas bahawa Pas akan dapat menakluki DUN Slim pada pilihanraya akan datang, sama ada pilihanraya kecil, pilihanraya DUN Perak ataupun pilihanraya umum.

Gambar suasana menarik dapat dilihat di http://dpptmalim.blogspot.com

Friday, July 10, 2009

Rehlah Pemuda Pas Tg Malim

Rehlah Dewan Pemuda Pas Tg Malim akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Felda Besout 03 (Rumah Tn Hj Napiah Tokoromo
Acara :
1) Membakar ayam
2) makan Durian
3) Ramah mesra

Semua dijemput hadir memeriahkan majlis tersebut pada malam ini. Kehadiran tuan-tuan amat dialu-alukan.

Thursday, July 2, 2009

Mantan Setiausaha Pas Cawangan Besout Meninggal Dunia

Pas Kawasan dimaklumkan, Mantan kepada Setiausaha Pas Cawangan Besout 2, Sdr Sarip Hj Mahmud telah kembali ke Rahmatullah hari ini.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Felda Besout 2 selepas Solat Asar.

Pas Kawasan Tg. Malim mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham.
Semoga Ruhnya dicucuri Rahmat..

Nizar yakin DUN Perak bubar sebelum pilihan raya

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan situasi semasa yang menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi ‘politik tegang’ yang melanda negeri tersebut. Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan berlaku lagi kekecohan sidang DUN Perak yang akhirnya menyebabkan BN terpaksa memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil di negeri tersebut. “Mahu tidak mahu dalam keadaan ini,


Perak terpaksa mengadakan sidang DUN dalam masa terdekat bagi meluluskan belanjawan 2010, saya percaya akan berlaku situasi kekecohan yang seperti mana sebelum ini. “Atas alasan tersebut saya menyatakan keyakinan penuh bahawa DUN Perak akhirnya terpaksa dibubarkan untuk mengelak situasi ini tidak berulang,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi beberapa blog di internet yang mendakwa tindakan membubarkan DUN terpaksa diambil memandangkan beberapa ADUN BN dikatakan akan berpaling tadah dan bertindak menyokong Pakatan Rakyat (PR).


Mengulas lanjut, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan beliau tidak mengetahui spekulasi tersebut namun mengaku ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai perkara itu. “Saya tidak boleh mengesahkan perkara ini betul atau tidak, tetapi perkara ini sudah lama dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu namun saya menolak dakwaan mengatakan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu ada datang memohon maaf, berjumpa biasa adalah,” katanya. Bagaimanapun Nizar mengakui bahawa terdapat pemimpin BN yang menyatakan sokongan penuh supaya pembubaran DUN Perak terpaksa diadakan bagi menyelamatkan parti tersebut.


“Saya sempat berjumpa beberapa ahli parlimen daripada BN, mereka tidak menafikan krisis yang melanda Perak merugikan perjuangan parti itu di seluruh negara, ekoran itu mereka juga menyatakan sokongan kepada pembubaran DUN, tetapi mereka tidak boleh menyuarakan pendapat tersebut atas kapasiti parti,” katanya.

Tuesday, June 30, 2009

Istilah baru BN ialah 'Bini Najib'

NIBONG TEBAL, 30 Jun (Hrkh)BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu 'Bini Najib' kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.


Ujarnya ketika berceramah sempena Majlis Makan Malam di Dewan JKKK Sungai Chenaam, Nibong Tebal semalam, pemerintahan sekarang seolah diterajui sama oleh isteri Perdana Menteri yang dikaitkan dengan gadis Monggolia, Antantuya.


"Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, " terangnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.


Bagi beliau, istilah itu jika dikaji ada kebenaranya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya.


Perbuatan itu jelasnya, merupakan tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara dan tdak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar mengadakan pertemuan khas dengan isteri Perdana Menteri secara individu.


"Kalau di kaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.


Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja, " tegas Mahfuz.


Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.


Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara, katanya.


Dulu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikaitkan dengan menantunya, Khairy Jamaludin yang sering dilihat masuk campur tentang pentadbiran negara kali ini Najib pula menerima nasib yang sama bukan daripada menantunya sebaliknya 'Bininya'.


Menyentuh mengenai kenyataan Najib kononya slogan '1 Malaysia' berjaya diserapkan ke hati keseluruhan rakyat negara ini beliau menyifatkan, ia hanya mimpi semata-mata mengantikan slogan Islam Hadhari tajaan Tun Abdullah bila mengambil alih pemerintahan pada penghujung tahun 2003 lalu.


Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menetapkan sahaja slogan untuk memajukan negara mengelak daripada diperkenalkan setiap kali pertukaran kepimpinan.


"Kita tengok mana dia Islam Hadhari yang dijaja oleh ulamak Umno dan kepimpinannya semasa era kepimpinan Tun Abdullah. Begitu juga Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir serta Bersih , Cekap dan Amanah yang pernah menjadi trend percakapan orang kuat BN di kedai-kedai kopi, " tambah Mahfuz dalam program anjuran PAS Kawasan Nibong Tebal itu lagi.


Turut berucap pada majlis itu ialah wakil Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang, C. J Ong, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim dan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak.


Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Haji Abdul Rahman Ramjan dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Helmi Harun. - azm _

Thursday, June 25, 2009

Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - "Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan."

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang.

"Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya.
Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali.

"Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya.

Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan seperti, 'istiqamah' yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dan memperkukuh institusi kenegaraan seperti "membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil" yang diucapkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.
Selain itu, beliau turut menghargai peranan yang dimainkan oleh pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan KeADILan, Dr Syed Husin Ali,Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam isu kerajaan perpaduan.

"Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat,"tegasnya. - mks._

Wednesday, June 17, 2009

Nizar Di Majlis Makan Malam DAP Tg Malim


DS Nizar sedang berucap


Antara Pimpinan Pas Kawasan Tg Malim yang hadir


DS Nizar di meja hidangan


Pimpinan Pas Kawasan sedang mengikuti ucapan


YB Nga Ko Meng Sedang berucap