Hayati kisah benar ini….
Ketika kami mahu pulang daripada kenduri seorang pimpinan Pas cawangan, Pak Imam telah bertanya kepada tuan rumah,
“Yang lain (pimpinan) tak datang ke?”
Menyampuk salah seorang rakan (jiran) yang ada bersama kami,
“Tak datang pun. Lain kali tak payah jemputlah, kalau jemput pun bukan pernah datang, haha (ketawa) Gurau ja.”
Apa yang kita dapati daripada perbualan ini?
Mungkin itu hanyalah gurauan tetapi itulah sebenarnya luahan hati ahli bawahan yang disampaikan secara spontan kepada kami. Mungkin dirasakan terlalu kasar beliau telah meng’cover’ dengan menyatakan bahawa itu hanyalah satu gurauan. Dan saya yang berada disitu berasa terlalu pedih dengan kata-kata tersebut dan menginsafi segala kekurangan yang ada pada kami. Pak Imam yang mewakili kawasan terdiam tak berkata apa-apa.
Komen Pak Imam dalam perjalanan pulang, “orang melayu ni bukan susah nak ambik hati dia, orang jemput kenduri kita pi, tolong bacakan doa, kalau kematian kita jengok, kalau ada masalah kita bersama mereka walaupun tak dapat membantu. Lama-lama depa hormat kita. Baru orang nak undi. Jangan nanti dah bubar Dun baru kita nak jengok orang ramai. Masa tu kita jadi macam orang tak malu. Orang tak jemput kenduri pun kita pi. Orang pun dah tau datang sebab nak suruh undi. Mana orang nak undi”
Pak imam turut menceritakan kisah seorang calon di Kedah sana yang datang ke rumah kakaknya untuk meraih undi dan dijawab oleh kakaknya apabila memberitahu dia adalah calon di kawasan tersebut.
“ooo macam tu ka, hang ni adik aku tapi pasai apa baru la ni hang nak mai rumah aku.”
Ya mungkin pimpinan kita kini tak ada yang sampai jadi seperti itu, tetapi tuan-tuan harus ingat, masih ramai lagi anak-anak buah anda di cawangan-cawangan yang masih tidak mengenali anda. Bagaimana mereka ingin memenangkan anda sedangkan anda hanya menjengok mereka di saat hampir bubar Dun, sama seperti yang di lakukan oleh orang-orang di seberang Sana.
Jangan berikan alasan kesibukan membuatkan anda tidak dapat meluangkan masa bersama ahli bawahan kerana bukan alasan yang mereka inginkan. Jika tak mampu memegang amanah mengapa anda harus menawarkan diri untuk dicalonkan. Ubahlah sikap demi Islam dan ubahlah sikap demi parti yang cuba memperjuangkan Islam.
Tulisan ini di buat kerana kami hormat pada Pimpinan kami dan tak mahu fitnah menimpa pada agama dan parti yang kami sayangi.
(Copy and Paste dari www.usmad05.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment