Monday, March 29, 2010

Kehidupan Terjaga Bila Infakkan Diri Untuk Allah



Dalam kita menjalani kehidupan kita seharian, manusia sering merasakan seolah-olah urusan hidupnya ditentukan oleh dirinya sendiri, sedangkan dia terlupa bahawa manusia hanya diberi ikhtiar oleh Allah SWT, tetapi pengatur sebenarnya ialah Allah SWT.

Apabila manusia yang berjuang dijalan Allah dengan penuh keikhlasan dan menyerahkan segala urusan kepada Allah, nescaya Allah akan memudahkan semua urusan dunianya. Inilah kemanisan yang dinikmati oleh pejuang-pejuang Agama Allah.

Menurut Ust Mior Isfandi bin Mior Azizan lagi selaku perasmi Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim kali ke 8, pemuda-pemuda juga perlu banyak bercakap mengenai kebesaran dan ayat-ayat Allah. Selain itu, banyakkan mengadu kepada Allah, banyakkan Solat Istikharah dan sentiasa mengamalkan Musyawarah dalam menangani sesuatu permasalahan. setelah itu, pertahankan keputusan musyawarah itu, katanya lagi.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Ustaz Nik Abdul Hadi selaku naib YDP Pas Kawasan Tg Malim sebagai wakil pihak Pas Kawasan.

Mesyuarat agung kali ini dikendalikan oleh Imam Kholili Kasim dan Sdr Zulkifi Che Nas kerana pengerusi tetap yang dilantik mengalami keuzuran, tidak dapat hadir.

Mesyuarat selesai pada pukul 2.00 petang dengan semua Jawatankuasa, perwakilan dan pemerhati menikmati hidangan tengah hari.

No comments: