Saturday, June 12, 2010

Tahniah Kepada Dewan Pemuda Pas Tg Malim


Tahniah dan teruskan usaha demi memasyarakatkan Pas dan merealisasikan slogan Pas Untuk Semua. Usaha begini amat bermakna untuk memastikan masyarakat terutama generasi pelapis akan terus memahami Islam dan tampil sebagai Pejuang Islam yang tulen pada masa hadapan.

Begitulah antara kata-kata yang sempat penulis nukilkan hasil daripada komen yang dilontarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Tn Imam Kholili sewaktu ditanya tentang program Kem Ibadah Al Islam yang dianjurkan oleh Pemuda Pas di Felda Residence, Trolak, dengan kerjasama Surau Al Islah.

Seramai kira-kira 30 orang peserta telah mengikuti kem ini yang dijalankan selama 2 hari satu malam.

Program berakhir dengan penyampaian hadiah dan sijil serta majlis penutup disempurnakan oleh Tn Hj Aminuddin Zulkipli selaku penasihat merangkap Ketua Pemuda Pas Tg Malim.

No comments: