Tuesday, January 11, 2011

Mantan Setpol MB Perak Kemalangan

Sebentar tadi, Pas Kawasan Tg Malim dimaklumkan tentang berita kemalangan yang melibatkan mantan Setiausaha Politik MB Perak yang sah, iaitu AF Ustaz Misbahul Munir.

Beliau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur bersama anaknya telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS laluan antara Tg Malim dan Behrang. Kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Ketika kejadian, kereta yang dinaiki oleh beliau dipandu oleh anaknya telah terbabas. Keadaan kereta beliau remuk.

Beliau dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan. Sejurus selepas itu, beliau terus dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.

Menurut AF Ust Mohd Shafie, AJK Pas Kawasan Tg Malim, keadaan luka di kepala beliau agak parah, namun kedua-dua anaknya dilaporkan dalam keadaan stabil, hanya cedera ringan.

Marilah semua berdoa agar AF Ustaz Misbahul Munir diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan bersama Gerakan Islam dan Pakatan Rakyat.

Pihak Pas kawasan Tg Malim mengucapkan takziah atas ujian yang menimpa AF ustaz dan berharap keluarga dan sahabat handai terus bersabar dan berdoa kesejahteraannya.

Gambar di bawah menunjukkan keadaan kenderaan beliau...







No comments: