Wednesday, May 22, 2013

Lahirkan Agamawan yang Memimpin dan Pemimpin yang Beragama


Sempena sambutan hari guru Pasti 2013, buat julung kalinya Pasti kawasan Tg Malim telah menganjurkan majlis bagi meraikan guru-guru Pasti yang terdiri dari sembilan buah Pasti di kawasan ini. Majlis yang serba sederhanana ini turut mengundang YDP Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli juga merupakan Calon N58 Slim pada PRU-13 baru-baru ini.

Dalam ucapannya, YDP melahirkan harapan yang amat tinggi kepada guru-guru Pasti agar melahirkan golongan agama yang boleh memimpin dan pemimpin yang beragama. Ini selaras dengan tuntutan Islam yang tidak memisahkan antara agama dan kehidupan, malah Islam itu diamalkan sebagai satu cara hidup.

Selain itu, beliau juga berharap agar anak-anak lepasan Pasti mampu menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris sebagai persediaan mendalami ilmu-ilmu Islam serta mampu menjadi pendakwah yang baik pada masa hadapan.

Turut hadir pada majlis tersebut, pengurus-pengurus unit, ahli keluarga guru Pasti serta Jawatankuasa Pasti kawasan Tg Malim.

Terdahulu, Pengerusi Pasti kawasan turut menyampaikan ucapan alu-aluan serta disambung dengan tazkirah yang disempurnakan oleh Ustazah Junaidah.

Sebelum menikmati jamuan tengah hari, YDP telah menyampaikan anugerah tokoh guru Pasti 2013 kepada sembilan orang guru yang mewakili setiap Pasti.





1 comment:

adi idrus said...

Syabas Tuan lawyer Amin dan cikgu Ghani...esok May 25, kita jumpa di Amcorp Mall?