Thursday, April 30, 2009

Al Fatihah Untuk Ust Kamarudin Inin

Ustaz Kamarudin Inin, merupakan seorang aktivis Pas di Kawasan Tanjung Malim. Beliau banyak berjasa dalam memastikan kelangsungan kegiatan dan dakwah Parti Islam Semalaysia Kawasan Tg Malim terus subur dan maju.

Antara jasa allahyarham yang terbesar ialah membina Markas Tarbiah Pas yang terletak di Serigala, masih berdiri megah hingga kini, merupakan titik peluh beliau yang bertungkus-lumus membinanya.

Pas kawasan kehilangan seorang aktivis yang begitu berjasa.

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Trolak Utara selepas solat Fardhu Zuhur tadi.

Takziah kepada semua ahli keluarga. Semoga ruhnya ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat keredhaan Allah. Amin..

No comments: