Monday, May 4, 2009

Hub Halal Di Slim River



Satu majlis Perasmian Hub halal telah diadakan di Kedai Majlis di Hadapan Stesyen bas Slim River. Majlis persmian ini telah disempurnakan oleh AF Ustaz Tarmizi bin Ab Rahman, YDP Pas Tanjung Malim.


Turut hadir di majlis perasmian itu ialah Ajk Pas Kawasan, AJK Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama' serta orang perseorangan.


Menurut pemilik Hub Halal ini, Pn harisah Sidek, beliau amat bersyukur kerana hasratnya yang tersimpan lama untuk mewujudkan sebuah kedai hub halal dimakbulkan Allah. Beliau amat mengharapkan sokongan daripada semua pihak terutama orang-orang Islam di sekitar Slim River dan sekitarnya.


Dalam ucapan perasmian, Ustaz Tarmizi mengingatkan tentang Wajib memilih yang halal sebagai sumber makanan, kerana daging yang tumbuh melalui hasil atau makanan yang haram, maka api nerakalah yang selayaknya dibalas oleh Allah.


Marilah bersama kita doakan agar hub halal ini menjadi lambang kesungguhan kita untuk memastikan pilihan makanan kita adalah Halal.. Sama-samalah kita memberi sokongan.

1 comment:

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung said...

Tahniah! emm.. ada idea tak nak bukak cawangan di Bukit Beruntung ni?