Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud:"Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya."
Dalam konteks kedatangan Islam di negara kita, Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan ombak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islamlah, mereka sanggup bekorban apa sahaja.
Pengorbanan yang amat dituntut daripada ahli gerakan Islam dapat digariskan seperti berikut:
1. Masa
2. Tenaga
3. Wang ringgit/ harta
4. Nyawa
Realiti dalam Pas, ramai pengikut tapi kurang orang yang hendak kedepan memimpin kerana takut dengan berbagai ugutan. Akhirnya seorang ahli terpaksa memikul tugas yang bertimbun-timbun.
Realiti yang dihadapi oleh pejuang Pas juga ialah masa yang begitu kurang dengan anak-anak. Justeru itu anak-anak perlu diberi tarbiah bahawa inilah perjuangan Pas supaya mereka memahami tugas ini adalah satu pengorbanan untuk kesenangan mereka pada masa hadapan.
Oleh kerana Pas sebagai sebuah gerakan ummah maka keahliannya terbuka. Ini satu pengorbanan yang besar kepada mereka yang memimpin Pas untuk menguruskan ahli yang berbagai status untuk disesuaikan dengan piawai standard minimum sahaja.
Pengorbanan seorang ahli Pas ialah apabila ia menghilangkan sikap ego ketika bersama dengan Pas kerana mera�i ahli Pas yang berbagai latar belakang. Walau pun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, sebaliknya memimpin sebuah jamaah yang ahlinya bekerja secara sukarela, bukan ada gaji.
Justeru, sebagai ahli gerakan Islam/ ahli Pas perlu menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil kerana ini merupakan penghalang besar untuk menjadi pejuang.
Seterusnya, memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah. - Bersedia untuk berhadapan dengan halangan - Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar - Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah -Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur - Sentiasa mengingati syurga dan neraka ini adalah balasan terakhir manusia -Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa - Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja parti. Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh. Merasa diri bersalah dengan Allah apabila melihat kemungkaran dan kezaliman bermaharajalela.
Benarlah, apapun kejayaan yang nak dicapai itu, perlulah didahului dengan pengorbanan. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment