Monday, June 15, 2009

Muqayyam Tarbawi

Sungkai- Pas Kawasan telah menjalankan satu Muqayyam Tarbawi melibatkan pimpinan Pas Kawasan, Dewan-dewan dan Semua pimpinan dan ahli di peringkat cawangan. Program yang bermula pada hari Khamis, 8.00 pagi itu telah dirasmikan oleh YDP Pas Tg Malim yang juga merupakan AJK Badan Perhubungan Negeri Perak, AF Ustaz Mohd Tarmizi bin Ab Rahman.

Seramai 300 orang peserta telah hadir mengikuti Muqayyam kali ini yang dijalankan selama 2 hari satu malam. Peserta muslimat juga membanggakan, itu kira-kira sebahagiannya terdiri daripada muslimat. Tahniah kepada kepimpinan Muslimat.

Peserta Muqayyam diwajibkan menyertai permainan yang dijalankan pada sebelah petang. Selepas Zohor, semua peserta daripada cawangan-cawangan dan pemuda berkumpul di dalam sungai untuk memulakan pertandingan Bola Tampar Air. Tahniah kepada pemuda yang memenangi pertandingan tersebut.

Pada sebelah malamnya pula, dibentangkan kertas kerja bertajuk Pengurusan Organisasi. Kertas ini dibentangkan oleh Tn Hj Noh (Cikgu Noh) YDP Lumut juga merupakn mantan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak.

Qiamulail diteruskan pada jam 3.00 pagi dengan dipimpin oleh Tn Hj Shahabuddin.

Alhamdulillah, program Muqayyam ini amat berjaya disamping dapat memupuk ukhuwah di kalangan pimpinan dan ahli bagi memeruskan perjuangan yang panjang ini. Difahamkan, Pas Tg Malim merupakan kawasan yang pertama mengadakan Muqayyam selepas pemilihan pimpinan baru pada mesyuarat agung yang lalu.

Program berakhir pada jam 11.00 pagi. Semua peserta bersalam-salaman dan berselawat tanda ukhuwah sesama ahli serta menampakkan kesediaaan memikul tanggungjawab memenangkan Islam di bumi Tg Malim ini, seterusnya di muka bumi Allah ini..

No comments: