Monday, July 27, 2009

Hari Terbuka Pas Besout 3

26 Julai- Sempena Ihtifal Pasti Kawasan Tg. Malim 2009, Pas Cawangan Besout 3 buat julung-julung kalinya telah menganjurkan hari terbuka Pas. Program yang bermula dengan Ihtifal Pasti pada sebelah pagi hingga tengah hari dan diakhiri dengan jamuan makan malam serta ceramah pada malamnya.

Serentak dengan berlangsungnya Ihtifal Pasti, pasukan bola sepak 7 sebelah berentap di padang yang terletak bersebelahan Dewan Besar Felda Besout 3, yang menjadi tempat berlangsungnya Hari Terbuka Pas ini.

Semua pimpinan Pas Kawasan, Pemuda, Muslimat dan Nisa' turut memeriahkan majlis ini. Kelihatan Niza' Tg Malim tidak melepaskan peluang membuka gerai bagi menambah dana mereka. Menurut seorang petugas Nisa' yang ditemui berkata, program begini amat menggalakkan masyarakat untuk hadir dan terlibat serta lebih mengenali dan memahami Pas secara lebih dekat lagi.

Sebelah malamnya, para hadirin dihiburkan dengan Nasyid yang disampaikan oleh Pemuda-pemuda Besout sambil menikmati hidangan makan malam.

Ceramah dimulakan dengan aluan pembukaan disampaikan oleh AF Tn Hj Aminuddin Zulkipli, Ketua Pemuda Pas Tg Malim, diikuti pula oleh AF Ustaz Mohd Tarmizi Ab Rahman, YDP Pas Tg Malim dan ditutup oleh penceramah jemputan iaitu Sdr Salman bin salleh. Naib Ketua Pemuda Pas Perak.

Majlis berakhir kira-kira jam 11.40 malam dengan laungan takbir sebanyak 3 kali..



Antara Pimpinan sedang nebikmati sarapan

Ayahanda Imam Kholili dan AF Ustaz Mohd Shafie

Tn Hj Napiah sedang menyampaikan hadiah kepada murid Pasti


Ust Nik, Sdr Syukri dan Imam Kholili sedang bertukar-tukar pandangan


Beberapa lagi gambar menarik boleh dilayari di http://dpptmalim.blogspot.com/

No comments: