Monday, February 22, 2010

Tamrin Qiadi DPPN Perak di Kg Rasau

Pemuda Pas Perak dengan dibantu oleh DPP Tg Malim sebagai Tuan Rumah program Tamrin Qiadi 2010 telah berjaya menaikkan semangat juang petugas-petugas Pas terutama pemuda-pemuda yang cukup komited menghadiri dan mengikuti program tamrin dari awal hingga akhir.

Program ini dihadiri oleh kira-kira 100 pemuda dari seluruh kawasan Negeri Perak.

Ustaz Mohd Shafie dan Imam Kholili selaku AJK Pas Kawasan telah turut meraikan program ini. Kehadiran Jawatankuasa ini sudah semestinya menaikkan lagi semangat pemuda0pemuda untuk terus berjuang demi memenangkan Islam.

"Saya amat kagum dan gembira melihat anak-anak muda yang bersungguh-sungguh menggerakkan perjuangan Islam. Saya amat yakin, kemenangan Islam amat hampir, Insyaallah," begitulah luahan hati Tn Imam Kholili selaku Ketua Penerangan Pas Kawasan Tg Malim.









2 comments:

sunsnake@budakbalun said...

Salam kepada pejuang2 Slim River..
Semoga terus istiqamah dalam perjuangan yang dilihat oleh penduduk langit ini!

Kalaulah ana duk kampung.. kompom InsyaAllah leh joint DPPKTM..
Tapi ana duk Bukit Beruntung.. so joint DPPK Hulu Selangor le..

Yang penting Takbir!

Pas Kawasan Tanjung Malim said...

Syukran Budak Balun. Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri kita..Teruskan perjuangan.