Monday, July 26, 2010

Unit Amal Sebagai Dai'e


Pas ditubuhkan dan didaftarkan pada tahun 1951 adalah untuk berperanan sebagai satu Jamaah yang bertujuan menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar, yang mana ianya selaras dengan perintah Allah dalam Surah Ali Imrah : ayat 114.

Sehubungan itu, Pas terus berkembang dan mendapat sambutan ramai. Pas telah mengorak langkah demi langkah dengan tujuan melibatkan semua golongan tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa, lelaki, perempuan..semua bertanggungjawab dan perlu dilibatkan dalam gerakan Amar Makruf Nahi Mungkar ini. Maka golongan pemuda yang merupakan tulang belakang perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini telah diberi amanah mewujudkan Unit Amal sebagai salah satu wasilah mencapai cita-cita murni tersebut.

Keterlibatan unit Amal dalam masyarakat amat besar ertinya bagi mempromosikan Islam di kalangan masyarakat yang begitu tersentuh jiwanya dengan cakna yang ditunjukkan oleh ahli-ahli amal ini. Maka, ahli-ahli amal perlu terus berkhidmat dan menabur bakti kepada masyarakat agar Islam lebih dikenali dan mendapat tempat dihati rakyat.

begitulah antara tawjihad yang disampaikan oleh AF Tn Imam Kholili selaku Penasihat Amal Tg malim merangkap Ketua Penerangan Pas Tg Malim dalam sesi perasmian penutup Jambori Amal Tg Malim 2010 yang diadakan di Kg baru, Sabar Jaya, Sungkai. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Sdr Zulkifli Che Nas selaku Pengarah Pilihanraya Kawasan Tg Malim, Pengerusi Lajnah IT dan beberapa pimpinan lain yang turut menjayakan jambori kali ini.

Jambori yang diadakan selama tiga hari ini telah disertai oleh kira-kira 50 orang remaja dari pelbagai latar belakang.

Majlis penutup telah berlangsung pada jam 11.00 pagi dengan dengan penyampaian Anugerah Jasamu dikenang kepada Tn Imam Kholili dan Anugerah sahabat Amal kepada En Rahim. Majlis berakhir dengan semua peserta bersalam-salaman dan berselawat.

No comments: