Thursday, January 19, 2012

Setuju Dengan Tuntutan Pas Perak

IPOH: PAS Perak `melanggar' persetujuan pembangkang untuk mengekalkan status quo kerusi yang akan ditandingi di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menuntut tiga kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana yakin peluang parti itu memenanginya lebih cerah berbanding PKR.
Tiga kerusi itu ialah Parlimen Bagan Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan DUN Behrang, tetapi dibantah PKR negeri.
Pada PRU-12, ketiga-tiga kerusi itu dimenangi oleh calon PKR tetapi mereka membuat keputusan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas beberapa bulan kemudian.

Bagaimanapun, hasrat PAS Perak diumumkan semalam dilihat bertentangan dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bulan lalu yang dilaporkan berkata Perak antara enam negeri yang mengekalkan status quo pengagihan kerusi pada PRU-13, hasil persetujuan pimpinan pakatan pembangkang peringkat negeri itu yang sudah dimaklumkan ke pimpinan pusat.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, berkata tuntutan dibuat sebagai menghormati kehendak ahli parti di ketiga-tiga kawasan terbabit yang merasakan pakatan pembangkang boleh mengekalkan kerusi terbabit jika ditandingi calon PAS.

Sumber : Berita Harian

Ulasan

Tindakan yang baik. Pas Kawasan Tg Malim mengalu-alukan dan menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan Pas Perak.


No comments: