Tuesday, January 10, 2012

Penyenaraian Ke Felda Global Merugikan Peneroka - Hj Razman


Peneroka Felda seluruh Malaysia akan mengalami kerugian sekiranya Felda Plantation dibuat pelarasan dan disenaraikan dalam bursa saham melalui Felda Global. Penyenaraian ini akan mengakibatkan tergadainya saham KPF Felda yang selama ini membawa keuntungan yang besar kepada peneroka Felda. Dalam jangka panjang, penyenaraian ini akan menggadaikan tanah peneroka.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata demikian ketika memberikan taklimat tertutup kepada ahli-ahli Pas Kawasan Tg Malim serta jemputan yang majoritinya masyarakat peneroka felda.

Tambahnya lagi, Kawasan Tg Malim yang mempunyai 11 kawasan Felda menyaksikan keperluan sokongan peneroka bagi merubah lanskap politik dan tadbir utus Malaysia ke arah yang lebih baik. Kesedaran yang benar tentang isu felda harus disebarluaskan kepada peneroka-peneroka felda agar mereka faham dan tahu bahawa nasib mereka sedang diperjudikan dan diperbodohkan. BN melihat felda adalah satu cara bagi mereka mendapatkan keuntungan secara tunai dengan mudah.

Turut hadir, YDP Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli, Ketua Pemuda, Sdr Junaidin Yusop, barisan exco Pas kawasan dan Pemuda Kawasan.

Majlis diakhiri dengan sesi dialog oleh para peserta dan soalan rata-rata ditanya oleh peneroka felda.


No comments: