Thursday, May 14, 2015

Laporan Polis Terhadap Salah Guna Wang Tabung Haji

Pas kawasan Tg Malim melalui Bendahari Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Napiah Tokoromo dan barisan Jawatankuasa Harian kawasan telah membuat laporan polis terhadap penyalah gunaan wang Tabung Haji.

Laporan ini bertujuan melahirkan rasa tidak puas hati pendeposit terhadap tindakan pihak kerajaan BN yang mempergunakan wang rakyat sesuka hati demi memenuhi tuntutan nafsu serakah pihak pimpinan negara.

Laporan ini juga adalah manifestasi ketidakpuasan hati rakyat terhadap salah urus kerajaan BN.

Turut bersama membuat laporan, Setiausaha Pas Kawasan Tg Malim, Sdr Zulkifli Che Nas, Ketua Pemuda Sdr Faiz Zainal, Naib YDP, Penolong setiausaha dan beberapa pimpinan kawasan dan pemuda.

No comments: