Saturday, May 9, 2015

Taklimat Bersama Ketua dan Setiausaha Cawangan

Kepimpinan Pas Kawasan Tanjung Malim telah mengambil inisiatif memanggil semua ketua dan setiausaha cawangan bagi menyelesaikan dan menyelaras gerak kerja peringkat kawasan dan cawangan.

Antara yang ditaklimatkan ialah laporan minit ke pertubuhan. Semua setiausaha diedarkan dengan borang 9 dan draf minit mesyuarat agung tahunan.

Boleh muat turun fail berikut :



Selain itu, Penolong setiausaha 1 juga mengendalikan urusan aktiviti yang dicadangkan oleh pihak cawangan untuk dibawa ke Retreat Pas Kawasan pada 31 Mei nanti.

Terdahulu, YDP telah memberikan Tawjihad kepada semua ajk yang hadir.
Turut dijemput bersama dalam program ini ialah Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda.

No comments: