“Jom countdown kenaikan harga RM0.20 sekilo gula bermula 12 tengah malam ini. Hadiah BN sempena tahun baru.”
Tepat jam 12 tengah malam, 1 Januari 2010 disaat orang ramai dimabukkan dengan pertunjukan bunga api di merata tempat dan laungan ucapan Selamat Tahun Baru, sedar tidak sedar rakyat Malaysia telah dibebankan sekali lagi dengan kenaikan harga barang. Kali ini harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.
Kerajaan Malaysia turut berbesar hati untuk menghadiahkan rakyat Malaysia dengan kenaikan harga roti putih ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan juga berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.
Kenaikan ini pasti sedikit sebanyak akan membebankan rakyat golongan bawahan dan peringkat pertengahan. Apa tidaknya, dengan kenaikan ini pastinya akan menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain terutama produk yang melibatkan penggunaan kedua-dua barangan pengguna ini.
No comments:
Post a Comment