Monday, January 25, 2010

Rumah Ibu Ketua Unit Amal Terbakar

Kampung Rasau – Satu kebakaran melibatkan rumah ibu kepada Pengerusi Unit Amal Tanjung Malim, Sdr Azmi bin Abu Bakar telah dimaklumkan berlaku kira-kira jam 11 malam, 22 Januari lalu.



Dalam kejadian tersebut, rumah mangsa hangus yang dikatakan berpunca dari bahagian bilik tidur telah mengakibatkan kerugian kira-kira RM15,000.00. Menurut Sdr Azmi, semua barang-barang di dalam rumah tersebut hangus terbakar, terutamanya pakaian dan perabut. Selain itu, alatan elektrik juga turut musnah.



Semasa kejadian, Sdr Azmi bertugas di Ceramah Pakatan Rakyat, manakala ibunya tiada di rumah.



Pihak bomba telah melakukan siasatan dan kemungkinan besar kebakaran berpunca daripada lilin yang dipasang oleh Hussin (adik Sdr Azmi) yang difahamkan menghidapi masalah Autisme.



Pimpinan Pas kawasan telah menziarahi kebakaran pada malam tersebut, terdiri daripada Ketua Peneranag, Imam Kholili, Ketua Pemuda, Tn Hj Aminuddin dan beberapa pimpinan yang lain. Keesokannya, Setiausaha dan Naib Ketua Dewan Pemuda Tg Malim turut menziarahi kebakaran tersebut.



Dewan Pemuda Pas melancarkan derma bagi membantu mangsa. Derma boleh disumbangkan terus kepada Dewan Pemuda Pas Tg Malim di talian 019-4551536 (SUK) atau berhubung terus dengan Sdr Azmi di talian 019-4936710.


No comments: