Saturday, November 3, 2012

Hanifa Maidin - Sebarkan Islam Dengan Akhlak Islamiyyah

Kekuatan dan tarikan kepada Islam itu sebenarnya banyak bergantung kepada umatnya yang beramal dengan akhlak Islamiyyah yang unggul. Ini dapat dibuktikan dengan menelusuri Sirah Nabawiyah dimana banyak terdapat kisah bagaimana tokoh-tokoh hebat yang menerima Islam kerana tertarik dengan akhlak penganut Islam itu sendiri. Saidatina Aishah R.A. pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah, lalu dikatakan Akhlak rasulullah itu ialah Al Quran.

Tanggungjawab umat akhir zaman ini, wajib perlengkapkan diri dan bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu serta beramal dengan apa yang telah diperolehi. Walaupun usaha dakwah tidak boleh dikesampingkan seperti ceramah, kuliah, bengkel, seminar, tetapi pendekatan dengan amalan ini jauh lebih berkesan dan memberi impak yang amat besar dalam merubah dan merungkai kebejatan sosial dan kezaliman dalam masyarakat. Ahli Pas sebagai pendokong Gerakan Islam perlu lebih bersungguh-sungguh demi mendaulatkan Islam di Malaysia dan seluruh alam.

Beliau berkata demikian dalam siri kuliahnya yang diadakan di Markas Pas Kawasan Tg Malim malam tadi. Turut berucap dan memberikan kata-kata aluan, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, YDP Pas Kawasan.

Seterusnya Sdr Hanipa menyampaikan ceramah bersama En Richard Wong dan pimpinan Pakatan Rakyat di Felda Trolak Selatan.

No comments: