Monday, November 26, 2012

Konvoi Jelajah DUN Slim Berjaya...

Konvoi Jelajah DUN Slim yang diadakan pada 24 November telah berjaya menggusarkan pihak lawan sehingga mereka telah mengatur satu perancangan bagi menggagalkan program jelajah tersebut. Namun, berkat kesabaran dan ketokohan kepimpinan Pas kawasan Tg Malim, hal ini telah berjaya menaikkan momentum perjuangan di kalangan ahli dan menarik sokongan dan simpati daripada pihak yang tidak berparti untuk bersama memenangkan Pas.

Konvoi yang dijadualkan bermula di Besout 4 & 5 telah diganggu oleh pihak yang tidak bertamadun. (Maklumat lanjut boleh baca di http://rojakpasembor.blogspot.com/2012/11/konvoi-jelajah-dun-slim-disekat-di.html )

YDP Pas Tg Malim selaku pihak yang dihalang untuk ke Besout pada pagi itu telah bergerak ke Kg Changkat Sulaiman untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian, terus menuju ke Sungkai untuk bersarapan dan sesi taklimat daripada pengarah program, Us Mohd Shafie Hamid.

Kg Klah Baru merupakan tempat pertama yang dikunjungi dan menyampaikan sumbangan kebajikan serta sumbangan kepada mangsa banjir. Kira-kira 15 buah rumah telah diziarahi. sumbangan disampaikan oleh Tn Hj Aminuddin Zulkipli dan dibantu oleh Tn Hj Razman, Timb. Pesuruhjaya II, Pas Perak.

Seterusnya, pasukan konvoi bergerak ke Pekan Trolak dan Slim River sebelum ke Kg Kuala Slim untuk berehat serta makan tengah hari. Selepas solat Zohor di Masjid kuala Slim, solat hajat diadakan bagi memohon kemenangan sahabat pejuang Islam palestin khususnya serta pejuang Islam seluruhnya.

Konvoi bertolak dari Kg Kuala Slim sekitar jam 3.00 petang menuju ke Felda Trolak Utara dan selepas Solat Asar, terus ke Markas Pas Trolak Selatan kira-kira jam 5.00 petang. Walaupun jadual asalnya akan ke Felda Trolak Timur, namun insiden sekatan berlaku sekali lagi. Akhirnya, jawatankuasa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan ceramah di Trolak Timur demi mengelak berlakunya sebarang pergaduhan.

Walau bagaimanapun, atas sikap biadap dan tidak bertamadun beberapa pihak dan individu yang menyekat dan melakukan provokasi untuk menggagalkan konvoi ini, pihak Pas Tg Malim akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak tersebut. kita tunggu berita seterusnya akan menyusul...

Gambar sekitar konvoi boleh dilihat di www.facebook.com/pastanjungmalim

No comments: