Friday, November 30, 2012

Jamuan Amal Pemuda Pas

Slim River : 28 Nov - Sekalung tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim kerana berjaya menganjurkan Jamuan Makan Malam Amal bagi mencari dana pilihanraya ke -13. YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkpli yang berucap pada malam tersebut turut meyakini tentang kebersediaan ahli-ahli Pas dan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya yang dikatakan tidak lama lagi. Pemuda yang merupakan sayap kanan bagi perjuangan Pas kini terbukti mampu mendepani cabaran serta berani menghadapi segala risiko demi memperjuangkan agenda Negara Berkebajikan menjadi kenyataan.


Antara pemidato yang menyampaikan ucapan pada malam tersebut selain YDP, Ketua Pemuda Sdr Junaidin Yusop, Cik Chua Yeeling (PKR) Us Zawawi Hassan Ketua Pemuda Pas Perak, Tn Hj Hamzah (PKR), Mejar (B) Kamal Ketua Cabang PKR Tg Malim, Us Abu Bakar Husin, Pesuruhjaya Pas Perak dan YAB Ir  Nizar Jamaludin, Menteri Besar Perak yang sah. 

Majlis makan malam yang bermula seawal jam 8.00 malam telah dipengerusikan oleh artis undangan khas, Sdr Leman raja lawak. Beliau dengan ketokohan dan kepakaran yang dimiliki telah membuatkan Dewan Cina Slim River riuh dengan gelak ketawa hadirin yang terhibur dengan telatah beliau.

Majlis berakhir sekitar jam 12.00 malam dengan pemidato terakhir menyampaikan ucapan, YAB Tn Hj Ir Nizar Jamaluddin.

Cik Chua Yeeling sedang menyampaikan ucapan

Tetamu tekun dan santai mendengar ucapan pimpinan

YAB Ir Tn Hj Nizar Jamaluddin 

YAB Nizar bersama pimpinan Keadilan selepas majlis

Bantuan kebajikan..

Pengerusi majlis - Leman Raja Lawak


No comments: