Wednesday, May 12, 2010

Lawatan Lajnah Perpaduan Nasional Ke Kelantan

Sekalung tahniah diucapkan kepada Lajnah ini kerana telah berjaya memenuhkan 2 buah bas dengan 80 orang penumpang yang 80 peratus daripadanya adalah ahli Dewan Penyokong Pas Kawasan Tg Malim. Lawatan ini telah diadakan pada 30 April hingga 2 Mei yang lalu.

Apa yang menariknya, sebelum berlakunya lawatan ini, terdapat ahli rombongan yang diugut oleh Ketua UMNO (salah satu cawangan di Kawasan Tg Malim) untuk tidak diberi rumah sekiranya menyertai rombongan ini. Terdapat juga seorang ahli JKKK yang turut serta dan meluahkan perasaan sekiranya dipecat pun, beliau lebih rela daripada mengikut ugutan-ugutan jahat dan tidak bertamadun ini.

Ahli rombongan telah dibawa melawat rumah Menteri Besar Kelantan, YAB TG Nik Abdul Aziz dan Masjid Pulau Melaka. Peserta juga diberi taklimat daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di kediaman rasmi MB, JKR 10.

Secara kebetulan, sewaktu mengikuti rombongan, rumah salah seorang ahli rombongan yang tinggal di Pekan Trolak telah dinaiki air. Tindakan pantas Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, AF Ustaz Mohd Shafie memaklumkan perkara itu, telah menghasilkan satu kutipan kilat sejumlah kira-kira RM500.00 berjaya dikumpul dan diserahkan kepada mangsa tersebut. Beliau amat terharu dengan keperihatinan tersebut sambil mengucapkan terima kasih, kelihatan berlinangan air mata...menceritakan perasaannya.

Rombongan selama 3 hari 2 malam ini juga turut disertai oleh beberapa pimpinan kawasan yang lain, iaitu AF Imam Kholili (Ketua Penerangan), Ust Hashim (Urusan Ulama'), Mejar (B) Ahmad Shahabudin (AJK), Ust Nik Abdul Hadi (Naib YDP) dan 2 orang pimpinan Muslimat kawasan.

Lawatan ini meninggalkan banyak kesan dan kenangan kepada semua yang menyertai, lebih-lebih lagi kepada Chandra (Setiausasa Dewan Penyokong Pas) yang memaklumkan bahawa beliau telah tidak minum bir dan kurang merokok sejak balik dari rombongan kerana mengamalkan minum air yang didoakan oleh TG Nik Aziz..

Usaha dan doa dipanjatkan kehadrat Allah SWT, dan Hidayah adalah milik-Nya..Wallahua'lam.





No comments: